967 : Hadiah Ketiga Tahun 2021 - Duit Raya Untuk Pengomen Bertuah Bulan April 2021 Amie's Little Kitchen

Gambar hiasan - google

Terima kasih daun keladi ingin aku ucapkan kepada tuan punya blog Amie's Little Kitchen, Kak Amie kerana telah sudi memilih aku sebagai salah seorang pengomen bertuah blog beliau. Sebenarnya, nama aku tersenarai di tempat ketiga carta Top10 Komentator April 2021 blog beliau. Memandangkan ini merupakan julung-julung kalinya nama aku tersenarai di dalam carta tersebut, Kak Amie telah sudi memilih aku sebagai salah seorang dari empat orang pengomen bertuah  yang bakal menerima duit raya dari beliau pada tahun ini.

Gambar hiasan - Amie's Little Kitchen


Aku baru sahaja mengikuti blog Kak Amie ni, kalau tak silap aku pada akhir tahun lepas atau awal tahun ini. Apa yang menariknya blog beliau bagi aku adalah, beliau memperkenalkan kita dengan resepi masakan dan makanan khas masyarakat Sabah yang kebanyakkannya bagi aku agak asing. Kalau tidak mengikuti blog beliau, mungkin sehingga sekarang aku tidak tahu apa itu Nasi Linopot, Kuih Gandos dan kewujudan nasi pandan hitam dan macam-macam lagi lah. Aku harap Kak Amie akan terus membuat posting-posting yang menarik seperti ini untuk pengetahuan pembaca-pembaca yang lain.

Untuk hadiah duit raya itu, aku telah menerimanya. Agak lumayan jugalah jumlahnya. 

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Kak Amie.

You Might Also Like

16 comments

  1. bestnyaaa dapat duit raya !!! tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la… dah tua2 mcm ni susah nak dpt duit raya…

      Delete
  2. Terima kasih juga Kak Amie ucapkan sebab sudi datang dapur dan meriahkan dengan komen.
    Dapat duit raya rasa kembali muda ye Afeezz heheheeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau datang dapur dapat makan lagi best... hehehe

      Delete
  3. wah wahhh rezeki dapat duit raya !!

    jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hehehe... uncle bile plak nak kasi duit raya kat saya... hahaha

      Delete
    2. hahaha... dah ok ke tersedak tu uncle?

      Delete
  5. Alhamdulillah. Tahniah Affeez dapat duit raya. Seronok singgah blog kak amie. Macam macam menu rare lain dari yang lain di Semenanjung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebab tu suke singgah sana, tak dapat rasa dpt tengok pon jadilah

      Delete
  6. Replies
    1. alhamdulillah, bukan senang nak dapat tu...

      Delete