959 : Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan (Episod 11) - Satu Hari Di Bulan Ramadhan 1442/2021

Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, marhaban ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan... Bulan Ramadhan muncul lagi. Bersyukur lah kita semua kerana dipertemukan dengan bulan Ramadhan tahun ini. Tahun ini, InsyaAllah, Ramadhan tidak seperti tahun yang lepas. Tahun lepas, kita menyambut Ramadhan dengan berkurung di rumah masing-masing. Persediaan menyambut Ramadhan amat sederhana. Juadah berbuka puasa disediakan sendiri. Tiada aktiviti membeli belah di Bazar Ramadhan. Tiada solat tarawikh. Dan yang paling sedih, Hari Raya juga tidak disambut. 

Gambar hiasan


Alhamdulillah, walaupon kita masih diarahkan untuk mematuhi SOP itu dan ini, jangan ke sana dan ke sini, tahun ini kita bisa menyambut Ramadhan sedikit meriah dari tahun terdahulu. Kali ini dah ada Bazar Ramadhan, yeaaa.... Rindu aku dengan juadah-juadah Bazar Ramadhan, walaupon kebanyakkannya tak berapa nak sedap. Takpelah, janji ada, hidup sorang-sorang ni malas nak masak sendiri. Beli je lah senang dan menjimatkan masa dan tenaga.

Alhamdulillah, semalam merupakan hari pertama kita berpuasa. Seawal pukul 4.50 pagi alarm hp aku berbunyi menandakan masa untuk bersahur. Terasa berat mata hendak dibuka, terasa berat badan untuk meninggalkan ranjang. Pukul 5.15 pagi aku gagahkan diri untuk bangun. Hanya roti dah air kosong menjadi rezeki aku pagi itu. Jadilah, semoga dapat bertahan sehingga waktu berbuka.

Usai subuh aku mempersiapkan diri untuk ke kantor. Tak boleh nak tidor sekejap, silap-silap nanti terlajak. Terlajak kereta boleh digostan, terlajak tidor, ambil EL lah jawabnye. Pukul 6.30 pagi tatkala hari masih lagi gelap aku sudah memulakan perjalanan aku mencari rezeki. Tenang sahaja sepanjang perjalanan pagi itu. Jalan raya dan lebuhraya masih belum sesak. Aku tiba di perkarangan kantor lebih kurang 7.15 pagi. Masih awal, makanya aku lepak sebentar di dalam kereta melayan perasaan. 2-3 minit sebelum 7.30 pagi aku memasuki kantor dan clock-in. Clock-in awal ni boleh lah balik awal nanti. Bulan Ramadhan ni, waktu bertugas dipendekkan 1/2 jam kerana waktu rehat tengahari dipendekkan kepada 1/2 jam sahaja. Maka petang nanti boleh lah clock-out pukul 4.00 petang.

Di kantor juga agak tenang. Tak banyak kerja makanya banyak masa terluang sehingga tak tahu nak buat ape. Mengantuknya jangan cakap lah sampai pening kepala dibuatnya menahan ngantuk. Akhirnya aku tewas, terlelap juga di meja. Sedar-sedar bos dah ada kat sebelah. Kantoi aku di situ, tapi nasib baik bos itu memahami dan boleh bertolak ansur atas perkara-perkara kecil. 

Waktu yang ditunggu-tunggu pon tiba, waktu lunch hour. Walahpon hanya 1/2 jam, sempat juga aku melempiaskan rasa mengantuk. Zzzzz.....

Pukul 4.00 petang aku segera clock-out dan meninggalkan kantor. Jalan belum sesak jadi boleh lah sampai awal di rumah dan singgah di Bazar Ramadhan nanti. Terbayang-bayang juadah-juadah di bazar. Tak sabar nak membeli belah. Malangnya, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Dalam perjalanan pulang itu, hujan turun dengan lebatnya sehingga ke Cyberjaya. Punah harapan nak ke Bazar Ramadhan memandangkan hujan tiada tanda-tanda untuk reda. Sampai di rumah aku terlelap lagi. 

15 minit kemudian, terjaga ku dari tidur yang lena. Melangkah malas menuju jendela. Hujan sudah reda, tapi bila dah sampai ke rumah memang malas nak keluar semula. Nak makan apa untuk berbuka nanti? Tengok-tengok grabfood dan food panda, tiada yang menarik, dan takda banyak pilihan. Bulan-bulan puasa ni banyak kedai tak buat servis penghantaran plak. Nak tak hendak, terpaksa beli juga sebab malas nak keluar. Tom yam cendawan, telur bungkus dan 'nasi putih kayangan' (nasi putih sebungkus RM4, ko agak?) menjadi rezeki berbuka aku malam itu. Beli macam tu pon dah RM21.50, mahal giler kedai tu.

Rezeki berbuka di puasa pertama. Nasi putih, telur bungkus 
dan tom yam cendawan beserta air putih


Tatkala azan Maghrib sedang berkumandang, aku berbuka dengan tiga biji buah kurma dan seteguk air. Kononnya nak Maghrib dulu kemudian baru makan. Alhamdulillah, kembung perut walaupon makan taklah banyak mana.

Pukul 8.00 malam aku bersip-siap untuk ke masjid berdekatan untuk menunaikan fardhu Isya dan solat sunat Tarawikh. Alhamdulillah, malam kedua aku dapat bersolat sunat Tarawikh. Masjid penuh dengan jemaah tetapi masih mematuhi SOP yang dikuatkuasakan. Aku cuma buat lapan rakaat sahaja, masih belum mampu untuk menunaikan 21 rakaat.

Suasana dalam masjid di hari pertama Terawikh. Masih belum ramai jemaah, 
sengaja datang awal kerana khuatir tidak dibenarkan masuk jika telah memenuhi 
kuota first come first serve. Kuota yang dibenarkan 450 muslimin dan 100 orang muslimat

Jemaah sudah memenuhi ruang masjid. Terawikh malam kedua lebih ramai 
dari malam pertama. Mungkin sebab malam pertama tu hujan turun semasa Maghrib.

Rezeki moreh untuk malam kedua. Sedap kuih-kuih tu kecuali kariapap

Alhamdullillah, puasa pertama semalam dapat aku laksanakan dengan sukses. Walaupon ada kerisauan diserang gastrik. Dah tua-tua ni macam mudah sangat perut masuk angin bila tak makan atau makan lambat. Dengan niat berpuasa dan untuk melakukan kebaikan, semuanya dipermudahkan.

You Might Also Like

16 comments

  1. Selamat menjalani ibadah puasa pada kali ini..salam ramadhan

    ReplyDelete
  2. Semoga mendapat puasa al-mubarak thn ni. Nanti thn dpn boleh kot puasa berdua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abe kie. mcm takde tanda2 lagi nak berpuasa berdua tahun lepas. abe kie doa2kan saya ye...

      Delete
  3. Alhamdulillah...Selamat berpuasa. Semoga puasa kita diterima Allah SWT. 🤲🏼

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Dapat sempurnakan ibasah puasa di hari pertama.
    Harga nasi putih kosong tu memang mahal sangatlah dik.... ! Tak apalah, diganti dengan rezeki moreh. Moga sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak mie. sebab malas nak masak nasi sendiri la terpaksa beli nasi yang mahal tu.. tmpt2 lain saya tgk paling mahal pon rm2 jer... kedai tu jer smpi rm4

      Delete
  5. Replies
    1. tak kene ngan taste saya... heheheh tp bole lah di makan..

      Delete
  6. Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lg dgn ramadhan al mubarak tahun ni... selamat berpuasa afeez

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selamat berpuasa kepada kakmin sekeluarga

      Delete
  7. Selamat berpuasa. betul betul kayangan nasi putih tu. RM4 dah kira tahap mahal dah tu. ish ish..nak kaya cepat ke penjual tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... itulah pasal, tak pernah saya jumpe nasi putih sampai rm4..

      Delete
  8. saya baru ada kesempatan singgah sini.. salam ramadhan..
    selamat berpuasa ya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana masih lg sudi singgah. Salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa

      Delete