946 : Setelah Sekian Lamanya

Setelah sekian lamanya, pada minggu lepas aku dengan jayanya telah menggunakan kenderaan awam untuk ke satu destinasi. Aku pon dah tak ingat bila kali terakhir aku menggunakan kenderaan awam di Kuala Lumpur ni. Bagi yang tak biasa ia agak mencabar dan bagi aku yang dah lama tak guna ni pon agak mencabar. Tapi nasib baik lah penggunaan LRT atau mana-mana sistem rel di Kuala Lumpur itu agak mudah. Aku survived menggunakan kenderaan awam di Tokyo dan Seoul dulu, takkan di Kuala Lumpur aku boleh gagal plak (berlagak)..

Route LRT di Stesen KL Gateway Universiti

Disebabkan Kuala Lumpur dan Selangor masih lagi di dalam PKP2.0, maka untuk mengelakkan aku terpaksa menempuh sekatan jalan raya dan berkemungkinan di saman, aku terpaksa menggunakan LRT untuk ke Subang Jaya. Aku ke Subang Jaya itu adalah atas urusan yang tidak dapat dielakkan tetapi bukan urusan rasmi. 

Memandangkan aku dari Cyberjaya dan kenderaan awam paling hampir dengan aku adalah KLIA Transit di Putrajaya Sentral yang jaraknya lebih kurang 5km, aku memutuskan untuk memandu kereta sahaja hingga ke Kuala Lumpur memandangkan sepanjang perjalanan aku dari Cyberjaya ke Kuala Lumpur tiada sekatan jalan raya yang diadakan. Aku meletakkan kenderaan aku di pakir KL Gateway Mall dan aku menaiki LRT dari Stesen KL Gateway Universiti yang terletak hanya di hadapan mall itu ke Stesen SS15.

Suasana Stesen KL Gateway Universiti pada pagi itu

Permandangan KL Gateway Mall dari kejauhan.
Sunyi je mall tu, tak banyak perniagaan yang beroperasi

Train dah tiba, tapi untuk laluan ke Kuala Lumpur

Bye train... see u again

Bayaran yang dikenakan hanyalah RM3.50 sehala jika kita membeli tiket menggunakan tunai di mesin yang disediakan atau di kaunter. Jika kita menggunakan Touch 'n Go seperti aku, bayarannya hanya RM3.10 sehala. Ada kadar bayaran yang lebih murah, boleh lihat di laman web rasmi myrapid.com.my. Perjalanan aku memakan masa lebih kurang 20 minit merentasi 9 stesen.

Suasana dalam train. Bersih dan sunyi jer bertemankan
suara oang yang memberi pengumuman. Dulu dia guna
suara Yasmin Yusuf, sekarang tak tau la suara sape

Suasana di Stesen SS15

Keadaan dalam train juga bersih dan masa aku naik tu tak ramai penumpang lain, mungkin sebab dah pukul 10.00 pagi. Paparan tanda arah dan lokasi train juga berfungsi dengan baik. Pengumuman dibuat di dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Bagi aku, tak susah kalau kita nak menggunakan sistem-sistem rel di Kuala Lumpur ni samada My Rapid LRT, Monorel, MRT, KTM Komuter, KLIA Transit dan KLIA Express. Sebab itu aku lebih suka menggunakan sistel rel ni berbanding naik bas. Kalau suruh aku naik bas, aku rasa memang aku akan sesat lah. Dah lama gile tak naik bas, sampai dah tak tau sistem bas KL ni macam mana dah.

Apa-apa pun aku amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan itu. 

You Might Also Like

10 comments

  1. Suka juga naik tren kalau nak release tension dulu. Sekarang tak lagi :)

    ReplyDelete
  2. Mrs. A pun sama dah lama tak naik public transport.
    Lebih kurang 11 tahun yang lalu naik jemu pulak naik komuter travel sbn-KL/ KL-sbn setiap hari huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masa memula keje dulu mmg naik public transport je lah. dari rumah sampai tempat keje kene naik 2 public transport pastu kene jalan kaki dalam 15 minit lagi...

      Delete
  3. Aah la, lamanya tak naik tren. Last naik dulu, teringat2 sakit tumit dan peha huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kalau jalan2 pakai kasut tumit tinggi 3 inci tu mmg la sakit tumit

      Delete
  4. abe kie cuma mahir zaman naik BMW masa study di UM dari 91 - 97 je. iket 60 sen je. Naik la ke mana2 pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kite naik BMW je masa tu. dari tambang 50 sen, 60 sen sampai la jadi 90 sen

      Delete
  5. skrg semua org work at home maka x ramai dlm tren..,😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ramai yg bertugas dr rumah maka senang la sikit nak ke mana2 guna kenderaan awam.

      Delete