947 : My 2021 Birthday Presents

Happy birthday to me soon... 
(gambar ciplak dr google)

My birthday is just around the corner. Makanya, bulan Februari 2021 ni is my birthday month. Disebabkan aku ni jarang menyambut birthday sendiri dan kawan-kawan aku pon tak pernah ingat birth date aku bila, makanya takde lah apa-apa event special sempena birthday aku tu. Walau begitu, masih ada yang sudi memberikan aku birthday presents sempena birthday aku yang akan datang tidak lama lagi. Terima kasih aku ucapkan. Muah.. muah..

Yang pertama, aku ingin mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Cik Bites, TheFoodPerveyor atas eVoucher bernilai RM10 yang aku boleh nikmati untuk shopping-shopping di Village Grocer. eVoucher ini valid sehingga 30 April 2021. Disamping itu juga, Cik Bites, The FoodPerveyor juga ada memberikan aku another eVoucher bernilai RM15.00 yang perlu digunakan selewatnya 25 Februari 2021. Terima kasih Cik Bites, baru setahun kita berkenalan dah dapat birthday presents dari awak.

Terima kasih Cik Bites, TheFoodPerveyor

Yang kedua, aku ingin mengucapkan ucapan terima kasih daun sawi kepada Bro Adidas 3Stripes. Bro Adidas telah sudi menghadiahkan aku voucher 20% diskaun untuk barangan Adidas. Baucer ini sah sehingga 28 Februari 2021. InsyaAllah lepas PKP habis nanti, bolehlah jalan-jalan Adidas kot-kot ada barangan yang berkenan. Terima kasih bro... love u

Terima kasih Bro Adidas 3Stripes

Yang ketiga, terima kasih daun kucai aku ucapkan kepada Sushi King san atas hadiah birthday berupa complementary dessert. Hadiah ini perlu dituntut selewat-lewatnya 28 Februari 2021. InsyaAllah, lepas PKP nanti aku akan menziarahi Sushi King san untuk tuntut hadiah itu. Domo arigatou Sushi King san. Tanjoubi omideto gozaimas...

Terima kasih Sushi King san

Seterusnya, terima kasih kepada Puan Caring atas birthday coupon bernilai RM10.00 untuk pembelian barang-barang di famasi Caring. Kupon ini sah sehingga 3 Mac 2021. Nampaknya banyak aktiviti-aktiviti shopping perlu dilakukan selepas tamatnya PKP nanti. Harap-harap tamatlah PKP pada 18 Februari nanti. Apa-apa pun, terima kasih kepada Puan Caring atas kupon tersebut. Disamping itu juga, Puan Caring juga ada memberikan ang pau bernilai RM8. Boleh diambil dari Puan Caring selewat-lewatnya 28 Februari nanti. Xie xie Puan Caring.

Terima kasih Puan Caring

Seterusnya, ucapan terima kasih kepada FamilyMart san untuk hadiah birthday berupa aiskrim Soluto of any flavour percuma. Boleh tuntut dari FamilyMart san sepanjang bulan Februari ini. Domo arigatou FamilyMart san. 

Terima kasih FamilyMart san

Seronok kalau kite jadi member bisnes-bisnes macam yang aku cerita di atas tu. Disamping boleh dapat diskaun atau dapat point yang boleh ditukar kepada hadiah, birthday kita pon selalunya kita akan dapat hadiah. Walaupon tak seberapa, sekurang-kurangnya aku happy sebab ada juga yang nak bagi hadiah bila kawan-kawan lain tak sudi bagi kita hadiah. Heheheh...

You Might Also Like

10 comments

  1. Happy birthday in advance! Wah bestnya dpt voucher mcm2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abe kie... dok tunggu hadiah dari yang laen2 plak ni

      Delete
  2. rasanya tak smuaaa igt birthday kita zaman skrg.. bergantung reminder fb jer.. so jgn sedih sedih k

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kan. kalau xde reminder tu mmg takde la org tau. cume sahabat2 sejati jer yg akan ingat tanpa fb reminder tu..

      Delete
  3. Happy birthday afeezz! Banyak dapat hadiah tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. thanks kak syaz. nak hadiah dr kakm syaz plak

      Delete
  4. Assalamualaikum afeezz.. Wah seronok dapat macam2 hadiah n voucher... Happy birhday in advance!SAya hadiahkan doa - Semoga Allah merahmati seluruh usia afeezz dan dilimpahkan rezeki. amiinn

    ReplyDelete
  5. Happy birthday in advance! Kita pun jarang sambut birthday sebab orang selalu tak ingat hahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih adinda. hehehe, sian kan kite, takde sape ingat bday kite..

      Delete