707 : Cinta Pantai Merdeka (Episod Pertama)

12 hingga 16 September 2014 yang lepas merupakan minggu yang sangat sibuk bagi aku. Aku telah dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin adik kepada seorang sahabat. Majlis pernikahan diadakan pada malam 12 September dan kerja kahwin diadakan pada 13 September 2014. Pada 14 September kami beramai-ramai telah menuju ke utara tanah air untuk majlis di rumah pengantin lelaki pula yang akan diadakan pada 16 September 2014. Dalam kesempatan yang ada itu, sempat juga kami pergi ke beberapa tempat menarik di kawasan sekitar sana.

Mengikut perancangan awal, kami akan bergerak ke utara pada 15 September memandangkan penginapan kami di sana hanya untuk 15 September sahaja. Tetapi kami ingin menggunakan cuti tersebut sebaiknya dan kami menukar plan untuk bertolak sehari lebih awal. Pada pagi 12 September itu, sebelum aku ke mesyuarat, aku telah surf internet untuk mencari penginapan homestay di sekitar kawasan Gurun Kedah. Banyak juga yang aku dapat dan aku telah forwardkan kepada sahabat aku untuk menguruskan urusan booking dan sebagainya. Ada satu homestay itu amat menarik perhatian aku, Joran Homestay di Pantai Merdeka dan sabahat aku juga berpendapat sedemikian. Pada aku, biarlah mereka yang buat keputusan. Beberapa jam kemudian, sahabat aku memaklumkan bahawa dia telah booking sebuah homestay di Gurun. Tetapi pada malam itu pula, sahabat aku memaklumkan pula bahawa keluarganya berminat untuk bermalam di Pantai Merdeka pula memandangkan homestay tersebut betul-betul di tepi laut. Yesszza...

Kami bertolak dari Bandar Baru Selayang ke Pantai Merdeka pada 14 September lebih kurang pukul 3.00 petang dan tiba di Pantai Merdeka lebih kurang pukul 9.00 malam. Kami makan malam dahulu di deretan kedai makan di Pantai Merdeka sebelum ke homestay. Semasa kami sedang makan, hujan turun dengan lebatnya. Lebih kurang pukul 10.00 malam kami menuju ke homestay yang tidak jauh dari situ. Homestaynya biasa sahaja, 2 bilik dan 1 bilik air, lengkap dengan kemudahan asas. Yang penting menghadap ke laut, tapi nak nampak ape-ape lah sebab hari dah malam.

Permandangan di Pantai Merdeka dari homestay pada siang hari

... bersambung

You Might Also Like

0 comments