718 : Trip Kengkawan Ke Penang (Hari Pertama)

Seawal pukul 4.30 pagi kami sudah bergerak keluar menuju ke utara tanah air dari Selayang. Kami berhenti seketika untuk berehat, solat subuh dan bersarapan di R&R Tapah sebelum meneruskan perjalanan kami. Kami memilih untuk menggunakan Jambatan Pulau Pinang ke-2 untuk ke pulau. Kami tiba di destinasi pertama kami untuk trip ini, Muzium Perang Pulau Pinang lebih kurang pukul 9.00 pagi. Lokasi muzium ini di kawasan Batu Maung adalah tidak jauh jika kita menggunakan jambatan ke-2. Ikut saja signboard dan anda akan tiba di destinasi yang agak terpencil. Bayaran masuk adalah sebanyak RM20 seorang dan RM5 untuk kamera. Jangan lupa bawa kad pengenalan, kalau tak kite akan kene bayar lebih. 

Banyak bangunan ketenteraan yang dibina di sini. Banyak juga peralatan dan barang-barang tinggalan perang dipamerkan di sini. Ada beberapa binaan di sini agak 'scary' juga. Oleh itu berhati-hati lah. 

Muzium Perang Pulau Pinang

Kawasan muzium ini agak luas. Penat jugalah menjelajah keseluruhan kawasan muzium ini. Walau bagaimanapun, amat berbaloi.

Kami meninggalkan Muzium Perang lebih kurang pukul 11.00 pagi dan menuju ke sebuah restoran nasi kandar yang aku pon dah lupa kat area maner, kalau tak salah Teluk Kumbar, untuk makan tengahari. Lalu saja di hadapan restoran itu, pelanggannya sudah ramai dan disebabkan kami tak dapat mencari parking, kami kensel saja hasrat murni kami untuk makan di situ. 

Kami seterusnya menuju ke Georgetown. Untuk makan tengahari, kami telah singgah di Medan Selera Padang Kota Lama. Kami order pelbagai mengikut selera masing-masing. Aku makan pasembor dan air lai chi kang yang tidak sedap. Ape-ape pon, kenyang juga perut untuk tengahari itu.

Selepas makan tengahari, kami menuju pula ke sebuah lagi muzium iaitu Made In Penang Interactive Muzium. Bayaran masuk muzium ini adalah RM15 seorang. Kami tidak masuk pon sekadar mengambil gambar di bahagian luar sahaja.

Makan tengahari di Medan Selera Padang Kota Lama dan lawatan ke Made In Penang Interactive Museum


Kemudian kami bergerak menuju ke Batu Feringgi untuk ke homestay kediaman kami di Delima Kondominium. Rumah 3 bilik 2 bilik air agak selesa lengkap dengan kemudahan asas dengan bayaran yang berpatutan. Kami akan tinggal di situ selama tempoh trip kami selama 2 hari 1 malam sahaja. Dek kerana kepenatan kerana bergerak awal pagi, semuanya tertidor.

Dalam pukul 5.00 petang, kami keluar semula untuk makan malam, tetapi kami singgah sebentar di Pantai Miami untuk menikmati keindahan pantai itu. Pastu ada orang kata nak mandi pantai, tapi tak mandi pon. Ada beberapa orang daripada kami yang sangat lapar dan mereka pon dok makan di deretan kadai yang terdapat di pantai itu. Order char koay teow tapi yang datang macam koay teow goreng jer. Kecewa pada mulanya, tetapi disebabkan koay teow itu sedap, hilang rasa kecewa itu. 

Dalam pukul 6.30 petang kami menuju ke Georgetown untuk makan malam dan tempat pilihan kami adalah Pusat Penjaja Anjung Gurney. Kalau malam-malam minggu macam ni memang ramai orang dan amat susah untuk mendapatkan pakir. Di sana kami telah makan mengikut selera masing-masing. Ada yang order char koay teow, nasi goreng ayam kunyit, oyster omelette dan yang spesial dan first time aku makan - siput cungkil. Menarik sangat siput cungkil ni, rasa dia takde la sedap mana pon, kenyal-kenyal tapi layan jer bila makan. Hehehe.. Char koay teow dia tak sedap, rasa kecewa sangat pasal masih tak dapat rasa char koay teow yang sedap. 

Sepetang di Pantai Miami dan makan malam di Anjung Gurney

Selesai makan malam, kami menuju balik ke Batu Feringgi. Kami singgah di Pasar Malam Batu Feringgi pula. Ada kawan-kawan yang membeli itu dan ini, tapi aku sekadar jalan-jalan sahaja. Memang takde niat nak membeli ape-ape. 

Lebih kurang pukul 10.00 malam, kami sudah kembali ke kediaman kami. Dek kerana penat dan letih, aku merupakan orang pertama yang terlelap dengan lenanya.


... bersambung

You Might Also Like

0 comments