716 : Ambil Iktibar Atas Apa Yang Telah Berlaku (Episod 4)
Dua Jumaat lepas aku menerima pesanan ringkas melalui Whatapps dari anak buah aku yang tinggal di rumah, 'Pakcik ~~~ rumah masuk air. Hujan lebat. Habis banjir'. Terkejut jugak aku pada mulanya. Seumur hidup aku tinggal di rumah itu, tidak sekali pon pernah berlaku kejadian banjir walau selebat mana pon hujan. Aku terus bertanya lagi untuk mendapatkan kisah sebenar mengenai kejadian itu. Tepat pukul 5.00 petang hari itu, aku bergegas pulang ke rumah. Malangnya aku terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas disebabkan jalan yang ditutup akibat pokok tumbang. Aku berpatah balik dan terpaksa mencari jalan alternatif lain untuk sampai ke rumah secepat mungkin. Aku sampai di rumah kira-kira pukul 7.00 malam, lewat 1 jam dari biasa.
Damage analysis melalui pemerhatian aku lakukan. Keseluruhan rumah dimasuki air kecuali bilik belakang dan bilik aku yang terletak di ruang hadapan rumah. Disebabkan rumah aku diliputi dengan lebih kurang 75% karpet, maka semua karpet dan permaidani telah basah dan menakung air. Tiada ape yang dapat kami lakukan melainkan cuba mengeringkan air-air yang bertakung di dalam rumah.
Punca kejadian dikenalpasti. Disebabkan lokasi rumah aku agak rendah di kawasan itu, hujan yang extra lebat petang itu telah menyebabkan longkang-longkang kawasan sekitar itu tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak. Masalah longkang tersumbat juga boleh menyumbang kepada kejadian ini. Disebabkan ini, air yang banyak itu juga cuba mencari alternatif lain untuk mengalir dan ia telah mengalir dari belakang rumah dan terus masuk ke rumah melalui dua pintu tanpa disedari. Apabila disedari, ia sudah pon terlewat.
Keesokan harinya, kami berkumpul adik-beradik bergotong-royong membersihkan rumah. Karpet di bahagian ruang tamu terpaksa dibuang. Isnin lepas kami telah memanggil perkhidmatan pembersihan untuk membersihkan karpet di dalam rumah dan tiga helai permaidani. Walaupon telah dibersihkan, tiga helai permaidani itu masih berbau kurang enak.
Gambar-gambar pada hari kejadian dan sehari selepasnya.
#SalamSayang
0 comments