711 : Cinta Pantai Merdeka (Episod Akhir) - Ku Ukir Namamu Di Awan Gunung Jerai

... sambungannya

Di hari ketiga kami di bumi Kedah Darul Aman. Hari ini merupakan hari majlis persandingan sebelah lelaki dan kami menuju ke majlis lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Majlis diadakan di rumah orang tua pengantin lelaki di Guar Chempedak tidak berapa jauh dari homestay kediaman kami. Setibanya kami dan pasangan mempelai, tetamu tengah ramai dan sebagai tetamu terhormat, kami dapat makan di meja yang disediakan khas untuk kami. Selepas makan, kami dijemput masuk untuk berehat sebentar. Lebih kurang pukul 2.00 petang kami meminta diri.

Lebih kurang pukul 5.00 petang, kami beramai-ramai menuju ke Puncak Gunung Jerai untuk sesi photoshoot pengantin. Perjalanan dari kaki ke puncak akan memakan masa lebih kurang 30 minit. Jarak dari kaki ke puncak pula lebih kurang 11 kilometer. Jalan menuju puncak agak kecil dengan selekoh tajam memerlukan kecekapan pemandu. Ramai juga pengunjung yang aku lihat berjogging dan ada yang berbasikal menuju ke puncak.

Setibanya kami di atas, agak ramai juga pengunjung dan suhu agak sejuk berbanding di bawah. Pasangan pengantin meneruskan agenda photoshoot mereka manakala kami pula menikmati permandangan indah di puncak Gunung Jerai.

Beberapa permandangan di Puncak Gunung Jerai

Lebih kurang pukul 7.30 malam kami turun dan keadaan telah pun gelap. Kami terus bergerak pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga dan tiba di Selayang lebih kurang pukul 1.00 pagi.


#SalamSayang


You Might Also Like

0 comments