682 : Camping @ Chiling

Hujung minggu lepas aku ke Chiling sekali lagi. Kali ni datang dengan lebih ramai ahli. 14 orang kesemuanya. Walaupon pada permulaannya terdapat beberapa masalah, tetapi aktiviti camping ini berjaya juga dilangsungkan. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan.

Pagi sabtu itu, lebih kurang pukul 9.00 pagi, kumpulan pertama berlepas ke Santuari Ikan Sungai Chiling, seramai 6 orang ahli dengan 2 buah kenderaan yang sarat dengan peralatan camping. Setelah berurusan dengan bahagian pentadbiran, dan bayaran sebanyak RM1 seorang pengunjung, RM4 untuk sebuah khemah (sewa tapak) dan deposit kebersihan sebanyak RM150 dikenakan, kami pon memilih lokasi terbaik untuk mendirikan khemah. Kami telah memilih lokasi berhampiran dengan sungai utk memudahkan kami untuk mencuci apa-apa yang patut dan yang penting untuk mandi.

Khemah didirikan, 5 buah kesemuanya. Kemudian kami keluar sekali lagi untuk mengambil barang-barang yang lain pula. Perjalanan dari tempat meletak kenderaan hingga ke kawasan perkemahan adalah dalam 200 - 250 meter. Penat mengangkut barang yang agak banyak itu, kami berehat seketika dan terus tertidor. Tersedar dari lamunan, kami semua terus terjun ke dalam sungai untuk menyejukkan diri.

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kumpulan kedua dengan sebuah kenderaan dan 5 orang ahli tiba. Sekali lagi kami menapak keluar untuk mengambil barangan. 2 buah khemah lagi didirikan dan sebuah kanopi dinaik kan untuk menghalang panas. Selesai urusan menaikkan khemah dan menyusun barang, kami terjun ke dalam sungai sekali lagi. 

Lebih kurang pukul 3.00 petang, kumpulan ketiga, sebuah kenderaan dengan 3 orang ahli tiba. Dalam pukul 5.00 petang, persiapan untuk menyediakan makan malan bermula. Malam malam simple sahaja memandangkan ada aktiviti barbeku yang dirancang kemudian. Menu makan malam kami, nasi putih, sambal sardin, telur dadar, sayur kobis goreng, ayam goreng dan ikan gelama masin. Berselera sungguh makan malam itu. Alhamdulillah. 

Lebih kurang pukul 9.00 malam, aktiviti barbeku pon bermula. Ada ayam, udang, sotong, sosej dan ubi rebus dan ubi bakar.

Keesokan paginya, selepas bersarapan ala kadar, kami semua naik ke kawasan air terjun Sungai Chiling, kira-kira satu jam berjalan kaki dari tempat perkhemahan itu. Perjalanan kali ini tidak terasa penatnya. Tak lama kami di atas. Dalam perjalanan turun, kami berhenti di beberapa pintasan sekadar berehat dan melihat ikan-ikan kelah yang banyak di situ.

Kami sampai semula di kawasan perkhemahan lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan kumpulan terakhir dengan 6 orang ahli telah pon tiba dengan membawa makanan tengahari, nasi lemak sambal sotong. Nyam3. Terima kasih kepada yang sudi sponser makan tengahari kami.

Selesai makan, kami bersiap-siap untuk pulang. Barang yang banyak membuatkan kami rasa amat penat kerana terpaksa membawa barang yang banyak dan berat termasuk sampah-sampah keluar dari kawasan itu. Kalau tak, tak dapat balik deposit kami. InsyaAllah, terasa amat seronok dan berazam untuk berkhemah di sini lagi di masa akan datang. 


#SalamSayang

You Might Also Like

2 comments

  1. Manjer tak penah camping tido dlm khemah walaupun umah ni ada khemah saja beli utk anak2 main duk dlm tu.. kekadang diaorang suka main rumah2 kononnya.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suke camping2 ni, tp tak dpt banyak peluang utk bercamping...

      Delete