713 : Lawatan Ke Klinik Pergigian

Dah lama rasanya tak cabut gigi. Seingat-ingat aku, last cabut gigi masa sekolah rendah, darjah enam. Lepas tu, tak pernah pergi klinik gigi untuk cabut gigi. Kalau ada pon, untuk tampal dan buat scaling sahaja. 

Nak dijadikan cerita, masa bulan puasa lepas, punya lah pulun makan karipap masa berbuka puasa, aku tergigit bahagian keras pada karipap itu dan membuatkan tampalan gigi aku tercabut. Melihatkan tak berapa serius, dan tak rasa sakit, aku menangguhkan langkah kaki aku ke klinik gigi. 

Setelah beberapa lama, kerosakan pada gigi aku tu menjadi bertambah serius walaupon tidak aku merasa sakit. Gigi itu telah bergoyang, yang aku agak, ia telah patah pada bahagian akarnya. Nak tak nak, semalam aku gagahi juga ke klinik gigi. Melihat keadaan gigi aku itu, doktor gigi mengesahkan bahawa gigi itu telah rosak dan menyebabkan ia patah di bahagian dalam. Hanya gusi saja yang memegang gigi itu. Gigi itu tidak dapat diselamatkan lagi kerana aku tidak mendapatkan rawatan awal. Doktor kemudiannya menerangkan prosedur yang akan dilakukan. Beliau akan melakukan pembedahan disebelah kiri dan kanan serta depan gigi tersebut. Dari situ beliau akan cuba mencabutnya, jika gagal beliau akan membedah lebih dalam lagi. Bla.. bla.. bla.. (panjang lagi penerangannya). Macam kompleks jer prosedur yang akan dijalankan itu. Aku siap tanya lagi, "sakit tak doktor?"

Mendengarkan penjelasan itu, aku merasa sedikit cuak dan serah diri saja kepada kepakaran doktor itu. Lebih mencuakkan aku bila doktor tu suruh aku membaca bismillah dan bersalawat tiga kali. Gusi aku dibius. Sakit terasa semasa beliau mencucuk bius itu. Dalam 5 minit kemudian, bila mulut aku terasa kebas, doktor itu memulakan prosedurnya. Aku dapat rasa beliau, cungkil sebelah kiri, kemudian kanan kemudian ntah aper yang beliau buat lagi. Kemudian beliau suruh aku berkumur dan meletakkan gauze di dalam mulut aku. "OK.. dah siap", jelas doktor itu. Aku terkejut, "aiik... dah siap ke?" Doktor itu kemudian menunjukkan aku gigi yang telah dicabutnya itu. Katanya, takda masalah dalam prosedur mencabut itu, pasal tu lah cepat jer.

Sebelum pulang, aku diberi MC selama 2 hari, semalam dan hari ini. Tapi rugilah, sebab semalam aku dah bekerja setengah hari. Kalau tau, aku datang hari rabu. Hehehe ...

#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments