720 : Singapore Day Trip - Universal Studios Singapore (Episod Pertama)

20 Disember 2014 yang lalu aku bekesempatan untuk bercuti ke Singapura. Walaupun hanya untuk satu hari, ianya cukup memuaskan dan memenatkan. Tujuan utama aku ke Singapura itu adalah untuk berhibur di Universal Studios Singapura.

Awal pagi 20 Disember itu, seawal 12.30 pagi, bas bertolak dari KL Sentral menuju selatan tanah air. Bas membuat beberapa persinggahan untuk mengambil beberapa orang ahli kumpulan yang lain di Hentian R&R Nilai dan Senawang. Bas kemudiannya berhenti untuk berehat di Yong Peng sekitar pukul 4.00 pagi. Setengah jam kemudian, bas meneruskan perjalanan ke hentian terakhir di R&R Gelang Patah lebih kurang pukul 6.00 pagi. Kami berhenti di sini untuk mandi, solat dan sarapan pagi. Aku tak mandi pon, cuma membuang air, membasuh muka dan gosok gigi, kemudian, sembur minyak wangi banyak-banyak. Sarapan pagi itu adalah nasi lemak telur dadar dan nescafe o ais.

Pukul 7.00 pagi kami berkumpul semula di dalam bas dan diberi taklimat sedikit sebelum berhenti di imigresen kedua-dua buah negara dan kemudian memasuki Singapura. Berlaku sedikit kelewatan di Imigresen Singapura memandangkan banyak kenderaan yang ingin memasuki negara itu. Lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami telah memasuki Singapura. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di sini. Happy nyer....

Destinasi pertama kami hari itu adalah ke Merlion Park lebih kurang pukul 9.30 pagi. Merlion Park adalah satu kawasan wajib kunjung bila berada di Singapura. Di kawasan ini lah terletaknya patung Merlion, mercu tanda negara Singapura, haiwan berkepala singa dan berbadan ikan. Di kawasan ini juga kita dapat menikmati permandangan indah kota Singapura dan bangunan hotel yang tersohor di Termasik iaitu Marina Bay Sands. Aktiviti utama kami di kawasan ini hanyalah bergambar dan berselfie. Di masa kami tiba, memang sudah ramai pelancong lain, makanya, kawasan ini agak sesak dan kalau berangan nak amik gambar seorang diri tanpa gangguan itu amatlah sukar. Kami menghabiskan masa lebih kurang 30 minit di kawasan ini.


Destinasi kami seterusnya adalah ke Chinatown Street Market yang terletak di Pagoda St. (kalau tak silap) untuk aktiviti shopping cenderahati. Aku dah target nak cari satu cenderahati untuk menambah koleksi cenderahati antarabangsa aku yang tak seberapa itu. Memang banyak cenderahati yang dijual di sini dan pada aku harganya agak murah (kalau kita tak fikir pasal tukaran kadar matawang). Aku dan sahabat aku singgah di satu kedai dan kami memborong di kedai itu saja. Aku dapat apa yang aku cari dengan harga $2.90 disamping aku membeli fridge magnet, 3 bijik untuk $5.00. Sahabat aku plak membeli t-shirt Singapore kanak-kanak pada harga 4 helai untuk $10.00 dan sebijik brooch dengan harga $2.00. Masa yang diperuntukkan hanya 30 minit saja. Tak puas jalan kat sini, tak sempat nak singgah semua kedai. Kami perlukan lebih masa di sini !!!


Seterusnya kami ke Kampung Gelam berhampiran dengan Masjid Sultan Kampung Gelam. Tujuan utama ke sini adalah untuk merasa Murtabak Singapura yang popular itu walaupon aku pon tak pernah tahu aper istimewanya murtabak ini. Kepada sesiapa yang nak merasanya, kami diminta untuk tapau sahaja dan makan kemudian semasa waktu lunch. Aku tak beli pon kerana aku akan masuk USS dan tiket masuk yang aku dapat adalah bersama dengan baucer makanan. Tetapi semerbak sedap sungguh bau bila orang yang beli murtabak tu bawak masuk ke dalam bas. Tiba-tiba rasa lapar plak... Kami tidak diperuntukkan banyak masa di sini dan aku pun tak turun dari bas. Masjid Sultan juga sedang dalam proses renovasi, makanya tak dapat nak berselfie dengan Masjid Sultan.

Bas meneruskan perjalanannya ke Pulau Sentosa.

... bersambung

You Might Also Like

0 comments