719 : Trip Kengkawan Ke Penang (Hari Kedua)
Seawal pukul 6.30 pagi ada yang telah bangkit dari tidor. Selesa sungguh tidor di rumah itu walaupon hanya bertilamkan toto. Sejuk terasa suasana.
Plan hari ini untuk ke Bukit Bendera. Tapi sebelum itu kite sarapan nasi kandar dulu. Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kami telah check-out dan terus menuju ke Ayer Hitam. Tempat yang kami tuju adalah ke Kedai Kopi Kampung Melayu yang menghidangkan nasi kandar sebagai sarapan pagi. Sesampai saja kami di sana, orang ramai sudah pon beratur untuk mendapatkan nasi kandar. Ingatkan kat Nasi Kandar Beratur jer kene beratur, kat sini pon kene beratur jugak. Selain nasi kandar, aku lihat ada juga roti canai di jual di sana. Untuk pagi itu, nasi kandar aku hanya berlaukkan ayam kari dan telur rebus di samping ambil sedikit papedom orang sebelah dan air nescafe ais. Harga sasi kandar sahaja adalah RM6.50.
Sarapan Nasi Kandar di Kedai Kopi Kampung Melayu, Ayer Hitam
Lebih kurang pukul 10.00 pagi, kami semua menuju ke Bukit Bendera yang terletak tidak jauh dari kedai kopi ini. Tetapi oleh kerana kami mengikut GPS berjenama Waze, peranti ini telah membawa kami ke pintu lain Bukit Bendera, kalau tak silap aku Taman Botani. Kami yang follow kenderaan hadapan tertanya-tanya ke mana arah tuju mereka, kata nak ke Bukit Bendera, tapi kenapa ikut jalan lain. Akhirnya, barulah kami tahu yang mereka telah mengikut GPS dan GPS telah membawa kami ke sana. Kami berpatah balik dan selamat tiba di tempat yang dituju lebih kurang satu jam kemudian.
Banyak sudah perubahan yang berlaku sejak kali terakhir aku ke sini lebih kurang 2 tahun lepas. Bayaran naik masih lagi RM8 kepada rakyat Malaysia dengan MyKad. Sampai di atas sana, kami menyewa buggy untuk pusing keliling (tak keliling pon) Bukit Bendera. Buggy berhenti di beberapa tempat untuk kami mengambil gambar dan menikmati permandangan sekeliling.Kami menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di atas Bukit Bendera. Sebelum turun, kami singgah di cafe untuk minum.
Bukit Bendera
Destinasi seterusnya adalah ke Rumah P. Ramlee. Kami tiba lebih kurang pukul 2.30 petang dan disambut dengan hujan yang lebat. Disebabkan hujan lebat itu, kami lepak di dalam galeri dan melihat semua pameran tentang P. Ramlee yang di pamerkan. Apabila hujan telah reda, kami bergerak pula ke Rumah P. Ramlee yang terletak bersebelahan sahaja dengan galeri itu. Kami meninggalkan Rumah P. Ramlee lebih kurang pukul 3.30 petang dan terus ke jeti untuk mengambil feri ke tanah besar.
Destinasi kami seterusnya adalah untuk makan tengahari cum minum petang di Sungai Dua. Matlamat kami untuk makan char koay teow. Kehadiran kami di Sungai Dua disambut dengan hujan yang amat lebat. Sesampai saja tempat yang dituju, kedai itu nampaknya tutup. Kecewa sekejap. Kami dimaklumkan bahawa kedai itu hanya akan dibuka pada pukul 6.00 petang. Untuk mengisi masa yang terluang dan perut yang sudah berkeroncong minta diisi, kami singgah di Restoran Ida Mee Udang yang terletak tidak jauh dari situ. Pekene mee udang dulu. Katanya sedap, tak tahu lah kan. Kami semua order mee udang semangkuk seorang. Mee udang di sini biasa saja, takde la sedap mane pon. Disebabkan perut sudah lapar, makan je lah. Kami lepak di kedai itu sehingga pukul 6.00 petang dan kemudian kami terus ke Restoran Sg. Dua Char Koay Teow untuk makan char koay teow plak.
Walaupon baru bukak, telah ramai pelanggan yang datang. Memang sedap lah kot char koay teow di sini. Kami order sepinggan sorang. Ermmm... sedap nyer, terasa segala-galanya, terasa hangus nyer. Memang aku rekomen makan kat sini. InsyaAllah akan datang lagi.
Selesai makan, kami pon bergerak balik ke KL. Sampai di Selayang lebih kurang pukul 12.00 malam...
#SalamSayang
0 comments