702 : Riang Ria Aidilfitri 2014 (Part II)
Bulan Syawal masih berbaki beberapa hari lagi. Jemputan ke rumah-rumah terbuka masih lagi diterima setiap minggu sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas sekitar Kuala Lumpur hatta pada hujung minggu. Setiap jemputan harus dipenuhi kerana rugi kalau tak pergi. Makanan yang dihidangkan semuanya hebat-hebat belaka. Memang tak kuar duit belanja makan setiap hujung minggu sepanjang Syawal ini, cume perlu keluar duit minyak ngan duit tol sahaja.
Aku menerima undangan ke majlis rumah terbuka seawal minggu kedua lagi. Rumah seorang bekas teman sepejabat di Salak Tinggi dan ada juga jemputan di Cheras. Aku juga menerima jemputan ke rumah keluarga mertua adik aku di Bangi. Malangnya, aku tidak dapat memenuhi kesemua undangan memandangkan aku terpaksa mengikuti satu kursus anjuran jabatan di Melaka. Time-time macam ni lah diaorang nak wat kursus. Tapi aku akur kerana saya yang menurut perintah.
Pada minggu ketiga bulan Syawal baru aku dapat memenuhi semua undangan. Undangan pertama aku telah ke Beranang ke rumah seorang kawan atas kawan. Aku pergi bersama dua orang sahabat yang lain. Di sana, kami telah dijamu dengan nasi minyak dan laksa sebagai menu utama. Aku cuma menjamu nasi minyak sahaja memandangkan laksa bukan feveret aku. Destinasi kedua pula adalah ke rumah boss seorang sahabat aku di Nilai. Boleh dikatakan, tiap-tiap tahun aku pergi rumah boss dia ni. Di rumah boss, kami dijamu pula dengan sate dan nasi hujan panas (kot). Aku cuma makan sate dan juga pulut dengan kuah durian. Tak larat rasanya untuk merasa hidangan-hidangan yang lain. Kenyang makan di Beranang masih belum hilang lagi. Padat sudah perut rasanya. Kemudian kami ke destinasi seterusnya, ke rumah boss sahabat yang sorang lagi di Nusa Putra, Puchong. Macam pernah ku dengar nama tempat ini, tapi di mana ya? Tuju punya tuju rupanya dekat dengan rumah kakak aku ler. Di Nusa Putra, tuan rumah telah menyediakan nasi ape ntah dan soto sebagai menu utama. Tak larat dah nak tengok makanan, aku cume menjamah tembikai sahaja. Sedap-sedap roti bom panas baru di masak pon aku dah tak larat nak makan. Terfikir jugak aku macam mana orang bole tahan pergi sampai 5-6 rumah. Aku yg baru pergi 3 pon dah tak larat nak makan. Keras dah perut. Destinasi terakhir kami pada hari itu, memandangkan aku dah dekat sangat dengan rumah kakak aku, aku pergi la singgah sekejap. Di rumah kakak juga kami dihidang dengan nasi impit, kurma ayam dengan sambal sotong. Sorry sis... dah tak larat nak makan...
Di minggu keempat ini pula, hari Jumaat lepas aku telah dijemput ke rumah terbuka seorang bekas teman sepejabat berhampiran dengan Universiti Malaya. Kami di jamu dengan nasi aper ntah, mee kari dan sate. Aku belasah semuanya. Hari Ahad pula aku dijemput ke rumah seorang lagi bekas kawan sepejabat di Segambut.
Buat masa sekarang, aku belum mendapat undangan ke rumah terbuka untuk minggu depan, minggu terakhir bulan Syawal. Kalau ada pon, aku tidak dapat memenuhi undangan tersebut kerana aku telah ada satu program perkhemahan yang telah dirancang.
#SalamSayang
0 comments