986 : Money Collection Album dan Koleksi Yang Tak Berapa Nak Ada

Minggu lepas, semasa aku sedang window shopping di Shopee, aku came across dengan Paper Money Album. Paper Money Album ni adalah sebuah album macam album gambar tetapi untuk menyimpan wang kertas. Since aku pon ada sedikit koleksi wang kertas ni, aku pon membelek dengan lebih lanjut. Dan akhirnya aku terberkenan dan terus rembat sebuah. Dalam banyak-banyak yang aku dah masukkan dalam aku punya Shopee Shopping Cart, akhirnya aku check out dengan KuDa Money Collection Album (Red) sebab ia nampak lebih baik dari yang lain. Design juga sangat menarik bagi aku. Harga agak mahal kerana aku ambil yang mempunyai bilangan 90 pockets dengan harapan koleksi aku akan bertambah.

Gambar hiasan


Selepas menunggu lebih dari seminggu kerana barang aku tu diperam oleh syarikat penghantaran, akhirnya sampai juga album itu. Aku berpuas hati dengan pembelian aku itu. 

KuDa Money Collection Album (Red). Ada juga kaler-kaler lain
seperti biru dan hijau. Aku berkenan yang hitam, tapi takde stok plak.
Amik saja lah yang ini. Cun jugak kan..

Ini merupakan koleksi aku yang tak berapa nak ada. Bilalah boleh tambah koleksi aku ni.

Helaian 1 : Koleksi Wang Kertas Lama Malaysia (Ringgit Malaysia) - RM1 dan RM2
Masih belum sempat untuk mengkaji sejarah wang-wang ini.

Helaian 2 : Koleksi Wang Kertas Lama Malaysia (Ringgit Malaysia)
RM5 dan RM10

Helaian 3 : Wang Kertas Indonesia (Indonesian Rupiah)
IDR1000, IDR2000 dan IDR5000

Helaian 4 : Wang Kertas Indonesia (Indonesian Rupiah) - IDR10000 
Wang Kertas Cambodia (Cambodian Riel) - KHR100 dan KHR500

Helaian 5 : Wang Kertas Cambodia (Cambodian Riel) - KHR1000
Wang Kertas Thailand (Thai Baht) - THB20

Helaian 6 : Wang Kertas Singapura (Singaporean Dollar)
SGD2 (wang lama), SGD2 dan SGD10

Helaian 7 : Wang Kertas Brunei Darussalam (Brunei Dollar) - BND1 (wang lama agaknya)
Wang Kertas Republik Rakyat China (Chinese Yuan Renminbi) - CNY20
Wang Kertas Arab Saudi (Saudi Arabian Riyal) - SAR10

Helaian 8 : Wang Kertas Republik Islam Iran (Iranian Rial) - IRR1000
Wang Kertas India (Indian Rupee) - INR100

Helaian 9 : Wang Kertas Korea Selatan (Korean Won)
KRW1000, KRW5000 dan KRW10000

Helaian 10 : Wang Kertas Jepun (Japanese Yen) - JPY1000


Helaian 11 dan 13 : Wang Kertas Amerika Syarikat (US Dollar)
USD1, USD5 dan USD20

Helaian 14 : Wang Kertas Lama
10 cent, Board of Commissioners of Currency Malaya
100 Dollars, Japanese Government

Buat masa sekarang ini sahaja koleksi Wang Kertas Asing dan Lama yang aku ada. Memang kayangan dan orang ada-ada sangat nak buat koleksi macam ni. Sebenarnya bukan aku nak buat koleksi pon dan bukannya hobi aku juga. Ada yang orang dan kawan bagi kat aku dan ada juga yang aku sendiri ke negara-negara tersebut. Sikit-sikit lama-lama jadi banyak macam tu. Bila dah banyak, sayang pulak nak bagi kepada orang lain. 

Sebelum beli album ni, wang-wang itu aku simpan dalam sampul surat yang dah nak lusuh dan letak bawah tilam. Bila dah ada album ni, terjaga jugak lah koleksi aku yang tak berapa nak ada tu. Aku ada juga koleksi syiling yang dikumpul oleh ayah aku semasa mudanya. Malangnya koleksi syiling tersebut ada di rumah kampung aku. Tak tahu sama ada masih ada di sana atau dah kene rembat oleh si perampok bedebah yang memecah masuk rumah aku suatu masa dahulu. Harap-harap masih ada dan si perampok itu tidak berminat dengan syiling. Suatu hari nanti jika sudah boleh balik ke kampung, aku akan ambil syiling-syiling itu. Doa-doakanlah masih ada lagi.

Kepada kawan-kawan yang ada menyimpan wang kertas lama atau wang kertas asing atau syiling yang rasa-rasa macam nak let go, boleh la sekiranya sedekah kepada aku. Nak trade atau jual mengikut kadar semasa pon boleh dirunding. Bukan nak cari untung atau menjadi penyangak mata wang, cuma nak tambah koleksi sahaja.

You Might Also Like

38 comments

  1. Pernah juga jadi collector sesuatu barang. Tapi tak pernah kumpul duit.. sekarang dah takde minat nak kumpul².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon bukan collector pon, tapi bile pergi travel, ade lebih tu saya simpan. Akhirnya jd banyak mcm tu..

      Delete
  2. Dapat tenguk wang kertas negara2 asing

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. menarik kan, insyaAllah kalau pandemik dah ok bole start tambah koleksi lagi

      Delete
    2. lepas tu jangan lupa update tau hehe

      Delete
    3. Tunggukan update terbaru nanti… hehehe

      Delete
  4. Bagusnya ada simpan duit duit lama. Seronok juga menyimpan walau bukan hobi. Boleh buat koleksi. harga sekarang mesti mahal. Teringat pulak komen komen syiling collector kat ig.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, simpan macam tu jer bukannya hobi pon. bila dah banyak mcm tu sayang pulak biarkan dia terabai. tu yg beli album ni. mane lah tahu masa depan nnt bole buat duit plak

      Delete
  5. Wow, menariknya. As pun suka kumpul wang kertas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. kalau ade extra bole la hulur kat saya... hehehe

      Delete
  6. Boleh tahan koleksi duit ko ek. Dulu masa terbang sana sini byk kumpul duit luar. Tapi kebykkan dah hilang or tak tahu mana letak. Semoga byk lagi koleksi duit yang ko kumpul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ade extra atau bila ko jumpe balik nanti, bagi lah aku ye.. nak tambah koleksi.. hehehe

      Delete
    2. kalau jumpa la. dah lama aku xnmpk duit duit tu..

      Delete
    3. Baik bos. Harap2 jumpe lah…

      Delete
  7. wahhh.... nanti² duit² lama ni akn jd sangat² berharga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... bole la jual pada interested buyer dengan harga tinggi.. hahaha

      Delete
  8. Replies
    1. takde la kaya mane uncle, bukan banyak pon..

      Delete
  9. Meh dtg kelantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm kenal jer… klu tak silap lah…

      Delete
    2. Hati kata kenal ye? Alhamdulillah.. betul

      Delete
  10. Alhamdulillah.. insyaallah. Ye bang.. :)

    ReplyDelete
  11. Banyak dah tu...
    the collector.
    Mrs. A ada seorang cousin ni collector jersi fuhh! gila banyak koleksi dia rasanya sekarang ni dia dah mula let go sikit-sikit (maybe selepas wife dia dah meninggal tu) ada buat FB pages tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde niat pon nak mengumpul. Tp bila dah ada tu sayang pulak nak let go. So jd banyak jugak lah..

      Delete
  12. Abe kie cuma simpan stem. Harap ada org yg nak beli dlm masa 20 thn akn dtg. In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  13. Bagus sebenarnya ada hobi begini.
    Kak Amie pun ada koleksi wang asing, tapi tidak bubuh dalam album. Simpan jew gitu dalam kantung. Ada wang kertas, ada syiling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan hobi pon kak, sikit2 kumpul jadi banyak. drp bersepah2 baik letak dalam album, terjaga sikit...

      Delete
  14. Menarik..selain stem boleh kumpul duit lama untk koleksi peribadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kumpul stem dan biasa sangat, kite kumpul duit plak, mane tau bole kaya..

      Delete