1022 : Damailah Engkau Di Sana


Al-Fatihah buat ayah. Siksa ayah di dunia telah Allah ringankan dan Allah telah memanggil ayah kembali dengan aman pada petang 27 Januari 2023 (Khamis), lebih kurang pukul 6.15 petang. Pergilah ayah menghadap Yang Maha Pencipta. Kami lepaskan ayah pergi dengan sendu dan air mata. Tiada lagi bicara antara kita, hanyalah doa yang kami panjatkan kepada Yang Esa untuk ayah yang disayangi. Bahagialah ayah di sana sehingga kita diketemukan semula. 

Ayah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Putra. Atas bantuan dan jasa baik keluarga mertua adik untuk memudahkan urusan kami, jasad ayah telah di bawa ke Bandar Seri Putra pada malam itu juga, disembahyangkan di Masjid Seri Putra sesudah solat Subuh pada pagi 28 Januari 2023 (Jumaat) dan disemadikan lebih kurang pukul 9.00 pagi.

Keluarga mertua adik juga telah sudi untuk menganjurkan Majlis Tahlil pada malam itu juga.

Pusara ayah.

You Might Also Like

15 comments

  1. Salam takziah buat Afeezz sekeluarga. Pemergiannya pada hari yang diberkati, petang Khamis malam Jumaat. Semoga rohnya tenang di sana, dikumpulkan bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum abang...
    Takziah abang.. Kita mengalami kehilangan yang sama.. Abah meninggal dekat mekah abang... 7/1..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Salam takziah juga kepada awak. Semoga kedua2 orang tua kita ditempahkan dikalangan mereka yang beriman. Amin

      Delete
  3. Salam takziah afeez.. al-fatihah utk arwah ayah

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirajiuun... semoga rohnya ditempatkan bersama roh org2 yg beriman... Aamiin...

    ReplyDelete
  5. Innalillahhiwainnailaihirojiun... sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNYA kita kembali.

    Salam Aidil Adha 1444H Afeez...

    ReplyDelete
  6. Salam Takziah.
    اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    Alhamdulillah urusan terakhir arwah dipermudah oleh Allah.

    Saya juga kehilangan abah hujung tahun lepas Dec 2022.
    Semoga Allah berikan kekuatan pada kita untuk menjalani kehidupan yang mendatang tanpa orang yang kita sayangi.

    ReplyDelete