984 : Durian

Musim durian masih ada lagi ke? Sepanjang PKP3.0 ni memang jarang keluar rumah. Kalau keluar pon untuk urusan yang penting  sahaja. Kat kawasan aku ni susah nak jumpe orang jual durian kat tepi jalan. Kalau ada pon seorang dua, itu pon tak meriah. Kalau nak meriah dengan orang jual durian ni kene lah pergi ke kampung sebelah, kat sana meriah gila. Sana sini orang jual durian.

Selalunya kalau musim durian ni, paling tidak sekali aku akan membeli durian. Itu pon sahabat yang siap guling-guling atas lantai teriak ajak cari durian. Kalau tak memang tak beli lah. Aku memang suka durian, tapi tidaklah sampai ke tahap hantu durian. Kalau teringin aku beli, kalau tak, tak beli lah. 

Ini jer rezeki musim durian kali ni. Durian Kampung, 
amik 5 bijik cuma RM42.00. Sedap jugak durian kampung ni.

Dalam pada orang sibuk-sibuk cerita pasal durian, durian harga yahudi lah dan durian musang king penceroboh tanah kerajaan lah, aku mendapat rezeki makan durian free. Terima kasih kepada sahabat yang sudi memberi. Semoga murah rejeki selalu.

Inilah durian yang sahabat beri kepada aku. Jangan tanya dia dapat dari mana.
Yang penting bukan dia curi. Rezeki aku, tak dapat durian yang original, 
dapat durian macam ni pon jadilah. Harga pon sama yahudi macam harga 
durian tanah ceroboh tu, katanya lah.

Musang King Pancake

Sejujurnya aku tidak pernah rasa Durian Musang King (sebab harga yahudinya). 
Jadi aku tak tahu rasanya macam mana. Musang King Pancake ni rasanya
macam Durian Crepe. Duriannya terasa tetapi crepenya bagi aku
agak keras dan bila makan rasa macam rapuh, you know, 
rasa macam makan apam balik yang nipis tu, rangup tapi sejuk.

Black Thorn Bar

Sekali lagi, sejujurnya aku tak pernah rasa Durian Black Thorn atas sebab yang sama
seperti di atas. Keluarkan dari kotaknya, kita dapat durian yang macam ni.
Keluar dari kotak, semerbak bau durian.

Keluarkan dari bekas plastiknya, dapatlah durian yang macam ni.
Nampak macam seulas durian, tapi tiada bijinya. Dimakan macam ais krim

Oleh kerana aku tak pernah rasa Durian Black Thorn ni, maka aku tak
dapat beri pendapat sejujurnya mengenai rasa Black Thorn Bar ni.
Walau bagaimanapun, rasanya sedap macam makan durian frozen.
Tapi aku prefer lagi makan durian yang bukan frozen.

Durian Snowy, Durian Flavour and Strawberry Flavour. 

Keluarkan dari kotak, akan dapat macam ni. Empat bijik setiap kotak.
Nampak macam mochi. Bila nak makan tu, kasi lah suhu dia turun dulu.
Kalau keluarkan dari kulkas terus makan, mau tercabut gigi palsu nanti.

Ok, yang ni serius sedap, especially yang strawberry tu.
Dalam dia ada campuran durian dan strawberry dibalut dengan mochi tu.
Gabungan yang pelik tapi menjadi. Ada rasa-rasa masam  strawberry dan
rasa manis-manis durian.

Musang King Durian Sambal. Yang ini aku
tak rasa lagi, Tak tau lah rasanya macam mana.
Macam sambal tempoyak kot. Bau dia sedap..

Itu lah rezeki durian musim ni. Ada juga beli durian dari tepi jalan, Durian Kampung harga cuma RM7 sekilo. Ambil 5 bijik cuma RM42 sahaja. Alhamdulillah, semua elok. Sedap juga Durian Kampung ni.

You Might Also Like

29 comments

  1. Alhamdulillah.. rezeki kn? Kakmim pn bkn hantu durian tp kalau ada, adalah.. kalau xde ok je.. produk2 lain berasaskan durian pulak mmg x mkn..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi lah kak tak makan produk2 berasaskan durian…

      Delete
    2. Xpe.. durian dh mkn ok lah tu..hehe

      Delete
    3. hehehe... ok kak, janji dapat menikmati durian tu..

      Delete
  2. Nasib baik abe kie tak makan durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak makan ke abe? Aduh, hilang satu nikmat dunia

      Delete
  3. Macam-macam produk berasaskan durian ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni kire produk2 hipster. Klu yg tradisional… tempoyak

      Delete
  4. Oh? senang la kalau dah pack macam tu... Packagingnya pun menarik

    ReplyDelete
  5. Kak shida mmg suka mkn durian tp..kalau sejenis buat mknan dr durian cuma blh telan tempoyak dgn durian crepe jer heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isk… rugi lah klu camtu kak…

      Delete
    2. Alaaaa kpe rugi pulak..xboleh nk msk yg lain2 afeezz..boleh menugai tekak hahahaa^^

      Delete
    3. okay2 boleh tambah skit menu selain tempoyak dan durian creepe..ermmmm
      cucur durian dgn bubur durian yg colek dgn roti or roti jala..setakat ni lah ^_^

      Delete
    4. Hahaha... kan, banyak jer menu2 lain dari durian yang boleh makan. rasanya cume produk2 moden lagi hipster jer kot yang tak boleh diterima tekak

      Delete
  6. Mujurlah kita bukan hantu durian. Harga durian zaman sekarang memang harga yahudi, durian pulak turun dari kayangan. Mahal bebenor. Durian dah mahal, inikan pulak makanan frozen yang berasaskan durian. Syukur ada yang sudi berkongsi rezeki. Dapat juga merasa walaupun bukan durian fresh. Semuanya ni tak pernah makan. Unik produknya. Ada aiskrim, crepe, mochi dan sambal pun ado!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita makan durian kampung je lah kak fiza, murah dah rasa sedap jugak, bukannya tak sedap. Klu ade lebih kite buat bubur kacang durian atau serawa durian… lagi sedap…

      Delete
    2. Asalkan rasa durian kira dah melepasi rasa teringin makan tu. Jenis jenis pun bukan tahu sangat. Hehe..Betul betul sedap tu buat bubur kacang campur durian dan roti cicah serawa durian pun sedap!

      Delete
    3. sambal tempoyak pon sedap... hehehe

      Delete
  7. Try la Musang King tu.. bukan mahal pun sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku taraf2 durian kampung jer... Musang King tu mampu jer beli tapi tak sanggup nak beli..

      Delete
  8. Malam tadi dapat merasa durian musang king free.
    Biasa saja rasanya, manis pahit sikit.
    Bolehlah sekadar nak merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. untung la kak amie, dapat durian king free... saya tak pernah merasa lagi.. nak beli tu mampu sebenarnya tapi tak sanggup..

      Delete
  9. Macam2 produk hiliran durian sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, tapi saya lebih suke durian yang original

      Delete
  10. jajan durian eskem bagai macam2 skrg kann.. nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, macam2 produk berasaskan durian ada di pasaran sekarang. Ini sebahagian daripadanya

      Delete