983 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 35) : Ayam Bakar Ala Domino's dan Nasi Butter

Alhamdulillah, nikmat kesihatan sudah dikembalikan semula. Seminggu lebih juga rasanya ditarik sementara nikmat kesihatan itu. Mood untuk berblog juga terus ke laut dalam. Banyak sudah ketinggalan gosip-gosip terkini dari rakan-rakan blog. Kini baru mood itu datang semula. I'm back...

Hari ini sempena cuti umum  Maal Hijrah, bukan sahaja mood berblog kembali, mood untuk memasak jugak kembali. Jadi untuk menyambut Maal Hijrah tahun ini (haha... tak lah), aku  telah masuk ke dapur yang dah lama tak berasap itu dan berjaya menyediakan Ayam Bakar Ala Domino's dan juga Nasi Butter untuk makan tengahari seisi keluarga. Selamat juga duit dari membeli makanan melalui Grab dan Food Panda.

Resepi Ayam Bakar Ala Domino's itu ada dapat di www.keluarga.my. Bolehlah lawat site tersebut kalau berminat untuk mencuba resepi Ayam Bakar Ala Domino's itu. Senang sahaja, bahan-bahannya aku yakin semuanya ada di rumah masing-masing. Sesekali tukar selera makan ayam bakar, kalau nak beli kat Domino's pon, lumayan mahal harganya kan.

Gambar Hiasan

Perapan ayam tersebut aku dah sediakan malam semalam, lantas aku perapkan ayam itu semalaman untuk mendapatkan rasa yang lebih mantap. Aku letakkan juga sedikit mixed herbs dan oregano untuk menambahkan tendangan.

Alhamdulillah, menjadi dan sedap rasanya.

Untuk makan bersama ayam bakar itu, aku telah menyediakan Nasi  Butter. Resepi Nasi Butter ini aku dapat dari Youtube mane ntah, tak ingat pulak aku. Tapi aku ingat resepinya. Di sini aku nak sharekan resepinya kot-kot ada yang berminat nak cuba.

Bahan-Bahan

  1. Beras (mengikut jumlah orang yang hendak dijamu)
  2. Bawang Merah / Bawang Besar
  3. Bawang Putih
  4. Halia
  5. Empat sekawan (Kayu Manis, Bunga Lawang, Bunga Cengkih dan Buah Pelaga)
  6. Butter 
  7. Daun Pandan

Cara Penyediaan

  1. Tumiskan semua bahan-bahan di atas (kecuali beras) sehingga naik bau
  2. Apabila telah naik bau, masukkan beras dan gaulkan sebati
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam periuk nasi dan tanak seperti menanak nasi biasa (papandailah sukatan airnya ye).

Apabila nasi telah masak, bolehlah dihidangkan bersama Ayam Bakar Ala Domino's itu dan makan bersama keluarga yang tersayang. Boleh dihidangkan bersama daun salad dan juga tomato.


Ayam yang telah diperap dengan bumbu-bumbunya.
Sedia untuk dibakar di dalam oven.

Ayam Bakar Ala Domino's. Nampak sedap kan.
Jemput tengok semua.

You Might Also Like

18 comments

  1. Pergghh.. Chef Wankalau tengok boleh menangis dia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa dia gelak kan jer, sialp2 kene kecam.. hahaha

      Delete
  2. Yeay! Afeezz dh kembali.. alhamdulillah dh sihat dh boleh masak dh boleh update blog.. siap share resepi lg tu 👏👏👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. saya dah kembali... nantikan resepi2 yang lain pulak

      Delete
  3. Tengah tengok le ni...

    (Sambil lap air liur....)

    ReplyDelete
  4. Pasti sedap hingga menjilat jari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. honestly.. jilat jugak la jari hari tu.. hahaha

      Delete
  5. Menyelerakan sungguh hidangannya Afeezz!
    Perapan ayam tu Kak Amie bagi thumbs up! Sama seperti rupa perapan ayam dan lamba yang selalu kami beli di pasaraya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cuba-cuba jer tu kan, nasib baik rasanya bole tahan jugak. bole lah buat lagi laen kali

      Delete
  6. Tq share resepi nasi butter ni..boleh kak shida cuba, sbb kak shida suka juga ade satu resepi ayam bakar ala domino..sedap betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe… klu x sedap jgn marah saya ye kak…

      Delete
  7. Sesekali tukar menu lain dari yang biasa, barulah selera nak makan. Sedap ayam bakar. Masak sendiri memang selamat sikit duit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah plannya, cube resepi baru baru lah bertambah selera nak makan. Masak sendiri lg jimat, kalau order paling kurang rm15 sekali order… ini sekali masak bole makan 2-3 kali. Tu yg kene rajin masak skrg ni, heheheh

      Delete
  8. Terliur tengok ayam bakar tu . Dari segi perapan pun dah tahu mesti sedap .. Terasa perapan tu ke dalam isi

    ReplyDelete
    Replies
    1. diperap semalaman tu. sedap juga pada taste saya tapi macam terlebih sos tomato rasanya. takpe next time bole buat lagi

      Delete