987 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 36) - Mixed Fruits Cookies / Biskut Buah-Buahan Campuran

Bila dah lama sangat duduk di rumah, perut sentiasa minta diisi. Tapi bukan nak makan yang berat-berat, cuma perlukan cumilan-cumilan sahaja. Mulut sentiasa nak mengunyah. Kalau pergi beli barangan dapur, mesti beli sekali dengan jajan. Jajan-jajan yang dibeli tu sekali hadap mesti habis. Tak larat dah asik nak membeli jajan.

Gambar hiasan

Tekak teringin sangat nak makan Biskut Buah Campur. Cari-cari sekitar Google, Youtube dan IG tak jumpa pun apa yang dicari. Sebenarnya ada je resepit-resepi Biskut Buah Campur ni, tapi tidak seperti yang dicari. Aku mencari resepi yang tradisional, yang dibentuk menggunakan acuan-acuan kecil, seperti yang pernah arwah ibu aku buat. Mungkin aku ni merupakan anak yang paling lama tinggal dengan arwah ibu, dari sejak lahir hingga ke akhir hayatnya, benda-benda macam ni yang selalu aku ingat. Apa-apa pun, Biskut Buah Campur tradisional tu memang dah tak jumpa dah sekarang.

Oleh kerana teringin sangat dan aku tengok bahan-bahan semua ada di dalam stok, maka aku cuba satu resepi yang aku dapat di Youtube Azie Kitchen. Boleh lah lawati Youtube tersebut untuk mendapatkan resepinya.

Biskut Buah-Buahan Campuran percubaan pertama (09/08/2021)

Malangnya, rasanya tidak menepati cita rasa aku. Biskutnya tidak rangup, mungkin bakar tidak lama ataupon oven tidak cukup panas walaupon aku dah ikut resepinya bulat-bulat. Rasa macam tak puas hati pulak makan. Oleh kerana tidak mahu membazir, habis juga biskut tersebut.

Oleh kerana tidak puas hati dengan hasil Biskut Buah-Buahan Campur yang lepas aku mencuba satu lagi resepi yang aku improvised sendiri. Aku gunakan resepi Biskut Coklat Chips tetapi Coklat Chips tu aku gantikan dengan buah-buahan campur. 

Biskut Buah-Buahan Campuran percubaan kedua
Resepi yang aku improvised sendiri (15/08/2021)

Hasilnya lebih baik dari percubaan pertama aku dulu, tetapi masih ada yang kurang (terlebih sebenarnya). Biskut tu terlebih manis bagi aku walaupon aku telah kurangkan kandungan gulanya, dah buah-buahan campurannya juga terlalu banyak. Sebab itulah ia menjadi terlalu manis pada taste aku. Terpaksa habiskan juga sebab tidak mahu membazir. Sebenarnya sedap jer manis-manis ni kan.

Beberapa malam lepas, oleh kerana kebosanan, aku mencuba lagi buat Biskut Buah-Buahan Campuran ni. Aku gunakan resepi yang sama, resepi Biskut Coklat Chips tu. Kali ini aku kurangkan lagi kandungan gula dan buah-buahan campurannya. Aku tambah pula kacang badam cincang.

Biskut Buah-Buahan Campuran percubaan ketiga (23/08/2021)

Hasilnya, kali ini, aku berpuas hati. Kali ketiga baru dapat yang kene dengan selera aku. Walaupun mungkin tidak sama seperti yang arwah ibu buat dulu. Yang itu, rasanya pun aku dah lupa, tapi yang aku tahu memang sedap biskut itu.

You Might Also Like

23 comments

  1. Nanti nak pergi beraya rumah affeez la...nak abiskan segala biskut yg ada. buleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bang, kalau dah boleh rentas sempadan nanti jemput lah

      Delete
  2. Inilah yang dikatakan practise make perfect. Akhirnya kali ketiga berjaya mencapai tahap KPI selera yang Afeezz nak. Biskut ni kalau taknak dihabiskan boleh buat base mango cheesecake pun sedap jugak tu. Mujurlah juga berjaya dihabiskan. Hebat pandai buat biskut jika dibandingkan dengan saya. Pengagal buat biskut. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. practise make perfect kan.. saya buat biskut ni 100% ikut resepi, bukan pandai sangat pon... Alhamdulillah, mostly menjadi lah walau pon kadang2 tak berapa nak capai KPI selesa saya

      Delete
    2. Kadang bereksperiment masak ni seronok juga kan. Belajar dari kesilapan dan lepas tu boleh ikut taste kita.

      Delete
    3. Tahniah Afeez dgn jayanya..kirim skit nak rasa..capaian KPI tu hahaaa ^_^

      Delete
    4. nanti PM alamat ye... InsyaAllah..

      Delete
  3. Replies
    1. semerbak harum serumah bila biskut tu dah masak.. sedap baunye

      Delete
  4. Terbaik.. Boleh poskan sebalang.. Hehe

    ReplyDelete
  5. mmg best buat sendiri sbb buat adjust resepi ikut citarasa.. ye laa .. lain org lain lidahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau kuih raya beli bukannya apa, kadang nasib tak baik dapat yang tak sedap..

      Delete
  6. Bestnya Mrs. A ni apa-apa cookies pun bedal sejenis peminat cookies.
    Tahniah Afeez berjaya akhirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe… cube buat ikut cita rasa sendiri. Sib baek menjadi

      Delete
  7. Kena selalu try and error. Bagus sangat percubaan Afeezz, boleh banding beza hasil.
    Lama-lama nanti Afeezz boleh kenal segala sifat, fungsi, kesan dan akibat penggunaan satu-satu bahan untuk menghasilkan biskut yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kan, sekarang ni kalau masak ke ape mesti tak tahu apa yang kurang apa yang lebih. memang kene cuba try and error ni...

      Delete
  8. Try buat sambal pulak
    Boleh buat bisnes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sambal lah saya selalu fail… asiknye hangus.. hahaha

      Delete