1043 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 39) - Sup Ikan Merah
Assalamualaikum
Kita berhenti sebentar dari bercerita mengenai pengembaraan ke Georgia. Kita menulis kisah yang ringan-ringan pula. Penat pula nak menulis panjang-panjang.
Dapur rumah dah lama tak berasap. Kalau tak digunakan, takut berkarat pula dapur tu nanti. Akhir-akhir ini lebih senang membeli sahaja makanan, samada dari luar atau melalui aplikasi online sahaja. Tak larat (a.k.a malas) nak memasak sendiri, walaupon tekak ini mengidam nak makan macam-macam..
Hari itu aku meneman seorang sahabat membeli barang dapur. Takde merancang untuk membeli apa-apa, sekadar menemankan beliau sahaja. Belek-belek, terpandang ikan-ikan merah yang segar bugar didagangkan di pasaraya itu. Teringat pula Sup Ikan Merah, dah lama tak makan, kalau buat sendiri mesti puas makan. Air liur mula meleleh.
Aku nekad. Aku ambil seekor, timbang dan minta disiangkan. Beratnya 1kg lebih sikit. Harga RM26.00. Mahal juga kan. Ermmm...
Aku ambil pula bahan-bahan lain, bawang besar, bawang puith, halia, kentang, cili api dan bahan paling penting, sup bunjut Adabi.
Esoknya aku memulakan aktiviti memasak. Masak main campak-campak jer asalkan jadi dan ada rupa Sup Ikan Merah..
Alhamdulillah, ada rasa dan rupa sup walaupon daun sup pon tak letak. Sedap la bagi tekak aku. Makan pula dengan nasi panas.
Next tiem nak masak apa pulak ye?


0 comments