940 : Ambil Iktibar Atas Apa Yang Telah Berlaku (Episod 6)

Al-kisahnya bermula pada 14 Disember 2020. Pagi itu aku telah menerima panggilan telefon dari Unit Integriti tempat aku bekerja, memaklumkan kepada aku bahawa unit itu telah menerima satu aduan mengenai aku dan aku diminta untuk hadir ke unit tersebut untuk diambil keterangan. Aku agak terkejut tetapi tetap tenang dan kami telah menetapkan 15 Disember 2020 pada pukul 3.00 petang untuk sesi mengambil keterangan itu.

Aku resah dan tidak tenang sepanjang pagi itu memikirkan mengenai aduan yang aku terima. Kalau kes itu sudah sampai ke Unit Integriti, pasti itu satu kes yang besar. Fikiran terus berfikir kesalahan-kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang aku berkhidmat. Kalau ada pon, cuma masalah-masalah kecil dan boleh diselesaikan di peringkat jabatan, tidak perlu sampai ke Unit Integriti. Geram pulak hati kepada si pengadu itu. Aku duduk diam-diam, buat kerja sendiri, tak kacau orang lain pon kene komplen. Celaka sungguh.

Sehingga keesokan harinya aku masih memikirkan dosa apakah yang telah aku lakukan sehingga mendapat aduan di Unit Integriti. Walaupun hati tak tenang, aku rasa malam itu aku telah tidor dengan amat lena, tanpa sebarang gangguan atau mimpi ngeri.

Hari dan masanya pon tiba jua. Aku ke Unit Integriti dengan tenang. Tiga orang pegawai duduk dihadapan aku untuk mengendalikan kes aku. Sebuah fail kes yang agak tebal berada di hadapan salah seorang pegawai itu. Semua mata tertumpu pada aku. Aku cuak. Pegawai itu memulakan bicara dengan sesi perkenalan. Pegawai itu tenang dan ceria, tiada tanda-tanda tertekan atau hendak memarahi aku. 

Fail berwarna oren dihadapannya dibuka. Terpampang gambar satu profil facebook yang tidak aku kenali, gambar kad pekerja aku dan satu slide powerpoint yang aku tidak ketahui isinya. Pegawai itu bertanyakan sama ada aku kenal atau tidak gambar-gambar di helaian pertama fail itu. Aku berkara yang gambar kad pekerja itu adalah gambar kad pekerja aku, tetapi profil facebook itu bukan facebook aku. Kemudian, pegawai tu terus memaklumkan kepada aku mengenai aduan yang aku terima itu.

Rupa-rupanya ada seorang individu yang tidak aku kenali telah menggunakan gambar kad pekerja aku itu  tanpa pengetahuan dan kebenaran aku untuk menjalankan satu 'kaji selidik' mengenai seks. Individu itu yang mengatakan bahawa beliau merupakan seorang pelajar telah menggunakan gambar kad pekerja aku itu sebagai pengenalan dirinya. Dengan menggunakan aplikasi Facebook Messenger, individu itu telah menjalankan 'kaji selidik' itu ke atas seorang wanita yang juga tidak aku kenali. Perbualan individu itu akhirnya berbaur seks dan lucah, dan beberapa klip video seks lagi lucah juga turut dihantar kepada wanita itu. Wanita itu yang merasakan dirinya telah diganggu secara seksual akhirnya telah melaporkan perkara ini kepada pihak pengurusan tempat aku bekerja.

Sesi soal jawab dan mengambil keterangan berjalan dengan baik.

Setelah keterangan aku diambil, pegawai itu menasihatkan aku untuk membuat laporan polis dan juga laporan SKMM untuk menafikan perkara ini dilakukan oleh aku dan juga sebagai perlindungan kepada diri aku dari perkara-perkara lain yang mungkin boleh terjadi.

Aku memang terkejut dengan perkara ini tapi tidak menafikan ada salah aku juga mengapa perkara ini boleh terjadi kepada aku. Aku pernah memuat naik gambar kad pekerja aku itu di blog ini sebelum ini. Aku tak pasti pada tahun bila, tapi aku rasa sekitar tahun 2012-2014 (malas nak check posting-posting lama). Dan gambar dalam kes ini memang sebijik dengan gambar yang aku pernah muat naik itu. Pada masa itu, aku tidak menggunakan apa-apa watermark ke atas gambar itu, kerana pada masa itu aku tak tahu macam mana nak buat watermark itu. As we grow old, kite belajar, sekarang aku telah meletakkan watermark ke atas gambar-gambar yang aku postkan di blog ini sebagai satu ciri-ciri keselamatan. Pernah juga sebelum ini gambar dari blog aku ni digunakan tanpa kebenaran oleh laman web lain iaitu says.com/malaysia dan ohbulan.com.

Di sini juga aku nak nasihatkan supaya kita lebih berhati-hati dengan apa yang kita postkan dalam blog atau di media sosial yang lain. Yang penting bagi aku dan yang tidak akan aku dedahkan sama sekali selain butir-butir peribadi adalah alamat rumah di mana aku tinggal dan nombor telefon aku. Tempat aku bekerja, tapi pernah juga terlepas beberapa kali di blog ini walaupon aku tidak mendedahkan secara jelas. Nama penuh aku juga aku tidak akan dedahkan di sini walaupon aku rasa pernah juga terlepas beberapa kali (kene check balik ni). Dan satu lagi yang aku rasa tidak patut kita dedahkan kepada umum adalah nombor pendaftaran kenderaan kita walaupon aku pernah juga terlepas di dalam blog ini. Apa-apa pon kita jaga diri kita sendiri. Dunia siber ni makin hari makin canggih, dan akal manusia makin lama makin maju. Mungkin apa yang tidak pernah kita fikir sebelum ini boleh terjadi sekarang.

Lanjutan dari kes ini, aku telah membuat laporan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan laporan polis pada 17 Disember 2020. Aku kemudiannya telah dipanggil oleh seorang inspektor untuk datang memberikan keterangan lanjut di IPD Brickfields pada tarikh yang sama. Aku tiba di IPD Brickfields pada pukul 10.00 malam. Sesi memberi keterangan itu berjalan dengan baik dan selesai lebih kurang pukul 11.00 malam.

Aku berharap agar perkara ini dapat diselesaikan oleh pihak polis dan pihak SKMM dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu yang tidak bertanggungjawab itu. Dan aku berharap juga agak identiti aku tidak lagi digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan aktiviti yang salah.


You Might Also Like

10 comments

  1. semoga nama afeezz berjaya dibersihkan. Memang geram tul org yg guna identiti kita utk buat jenayah. Kalau tolong depositkan duit dlm akaun bank kita tu ada gak faedahnya, kan? Entri panas abe kie akan keudara jam 10 pagi ini. stay tuned!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga perkara ni dapan segera diselasaikan. takut pula klau org yg sama gunakan untuk benda lain pulak

      Delete
  2. Replies
    1. sama-sama kita ambil iktibar utk elakkan perkara yang sama berlaku

      Delete
  3. ini la reason i tukar this blog from sharing personal matter kepada movie/series review sbb byk kali gambar kena curi dan digunakan ats sebab tak baik :( kadang tgk blog2 lain sharing diorg punya gambar... i sendiri rasa tkot

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni saya kene lebih berhati2. cerita pon tidak terlalu personal, kalau ada gambar saya akan letakkan watermark supaya orang lain tak boleh guna gambar kita sewanang2nya lebih2 lagi utk kegunaan yang tak baik.

      Delete
  4. Perkongsian yang sangat menarik berdasarkan pengalaman sendiri. Harap lebih berhati-hati selepas kejadian ini. Personal details sebaik-baiknya jangan share pada public hati manusia tidak semuanya baik macam kita ehhh! Kadang-kadang pada kita yang kita share tu tiada benda pun dan apalah sangat sekadar catatan personal tapi tulah boleh aje manusia-manusia yang berniat jahat ni gunakan untuk kepentingan mereka dan yang tanggung akibatnya kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan kata-kata Mrs. A tu. hati org kita x boleh nak agak...

      Delete
  5. Moga sentiasa dipermudahlan urusan selalu..tak patut betul org tu guna identiti org.betul, kes mcm ni kne buat laporan pd skmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu. Masih belum ada apa2 maklumat lg ttg kes saya tu. harap cepat dpt diselesaikan

      Delete