937 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 27) - Karipap. Baru Aku Tahu Betapa Lecehnya Membuat Karipap
Pada minggu lepas kakak aku telah menjemput aku ke rumahnya pada hari Ahad untuk meraikan majlis hari lahir anak bongsunya. Majlis secara kecil-kecilan, cuma ahli keluarga kakak aku tu dan aku sahaja. Tak bole nak buat besar-besaran takut nanti pak polisi juga akan turut serta tanpa diundang.
Terfikir-fikir apa yang aku nak bawak. Walaupon ke rumah kakak sendiri, malu pulak kalau datang bawak perut sahaja. Pada mulanya, aku nak buat dan bawa Agar-Agar Santan Gula Merah sahaja, bahan-bahannya pon dah ada dalam stok di rumah. Kemudian, teringat plak yang sahabat ada mengajak aku membuat karipap tak berapa lama dulu, makanya aku putuskan untuk membuat karipap sahaja. Aku terus mengajak sahabat dan beliau bersetuju. Oleh yang demikian, pada malam Khamis itu, kami memulakan projek karipap kami.
Resepi karipap ini adalah resepi turun temurun bapa kepada sahabat. Diturunkan kepada ibu sahabat dan kemudian diturunkan pula kepada sahabat dan isterinya. Kemudian diturunkan kepada aku pula. Pada hari Khamis malam Jumaat itu, kami bergotong royong menyediakan intinya.
Oleh kerana resepi ini resepi turun temurun, makan tiada rekod bertulis mengenai resepinya. Semuanya diturunkan secara praktikal dan menggunakan konsep 'agak-agak'.
Bahan-bahan untuk intinya
1. Ubi kentang (agak-agak kami gunakan dalam 4 kilo)
2. Bawang besar (agak-agak kami gunakan dalam 5 biji)
3. Bawang putih (agak-agak kami gunakan dalam 5 - 8 ulas)
4. Serbuk kari (agak-agak dalam 1 peket 250g)
5. Ikan bilis (agak-agak dalam 1 genggam)
6. Garam (agak-agak secukup rasa)
7. Gula (agak-agak secukup rasa)
8. Pak Aji (agak-agak secukup rasa)
9. Daun sup (agak-agak dalam 4 - 5 pokok)
Cara-cara membuat intinya
1. Ubi kentang dikupas kulitnya dan dipotong dadu. Tidak terlalu besar dan tidak terlampau kecil. Kalau besar takut lambat pulak empuknya dan kalau kecik sangat takut pula hancur nanti bila di masak. Basuh dan toskan airnya.
2. Bawang merah, bawang putih dan ikan bilis dikisar menggunakan blender. Nak guna lesung batu atau batu giling pon boleh.
3. Tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau.
4. Masukkan serbuk kari yang telah dicampur air ke dalam bahan tumisan tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan pula ubi kentang dan masak sehingga kentang menjadi empuk dan bahan-bahan tadi menjadi sedikit kering.
6. Masukkan garam, gula dan Pak Aji secukup rasa dan masakkan lagi sehingga kering.
7. Apabila kentang telah empuk dan kering, boleh masukkan daun sup dan kacau sebati.
8. Siap.
Malam itu, kami hanya membuat intinya sahaja. Sudah terlalu lewat dan penat untuk meneruskan projek itu. Kita tidur dulu, sambung esok sahaja.
Keesokan harinya, kami bergotong-royong lagi untuk membuat kulit karipap dan menyiapkan karipapnya.
Bahan-bahan untuk kulitnya
1. 1 kilo tepung gandum
2. Garam secukup rasa
3. Minyak masak (agak-agak dalam 3 senduk)
4. Air secukupnya
Cara-cara membuat kulitnya
1. Panaskan minyak masak.
2. Sediakan tepung gandum dan garam. Gaul sebati.
3. Tuangkan minyak masak yang masih panas sedikit demi sedikit dan gaul rata. Gaul dengan berhati-hati kerana minyak itu panas.
4. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sempurna.
Setelah siap, boleh lah mula untuk assemble karipap tersebut. Tugas aku adalah mencanai doh untuk mendapatkan ketebalan sekata yang dikehendaki. Doh yang dicanai hendaklah tidak terlalu tebal (lambat nak masak nanti) dan tidak terlalu nipis (takut karipap meletup di dalam kuali). Sahabat pula menjalankan tugas-tugas menyediakan karipap itu, kerana beliau lebih pakar dalam tugas-tugas kelim tepi karipap itu.
Untuk 4 kilo kentang itu, sepatutnya memerlukan 2 kilo tepung gandum. Oleh kerana kami buat 1 kilo sahaja, maka ada inti yang berlebihan. Boleh freeze kan sahaja inti itu untuk membuat karipap di lain kali.
Walaupun karipap yang kami hasilkan ini ada kurang sedikit dari segi rasa, tapi bagi aku ia tetap sedap.
Sekarang baru lah aku sedar betapa susah dan lecehnya membuat karipap ini. Oleh yang demikian, jangan kita mengeluh kalau makcik-makcik jual kuih di luar sana menjual dengan harga yang mahal. Sesungguhnya memang tidak berbaloi untung yang dapat dengan tenaga yang dikeluarkan untuk menyediakan kuih-kuih itu.
4 comments
sedap tu nampaknya karipap. kena pi berguru di cyberjaya nanti. biarpun formula agak2 tp menjadi jugak! hehehehe....
ReplyDeleteHeheheh... nasib baek menjadi jugak...
DeleteSedapnya nampak karipap tu terliur Mrs. A hehehee...
ReplyDeleteWah! memang cantik kelim tepi karipap tu kalu Mrs. A yang kelim tak dapat sekemas itu derrrr... hahhaaa...
ni org yang pakar kelim yg buat, itu yang nampak cantik jer. klu sya yg kelim rasanya tak jd karipap
Delete