941 : Catatan Terakhir 2020

Tahun 2020 akan meninggalkan kita tidak berapa lama lagi. Terasa begitu singkat tahun 2020 ini. Tahun 2020 banyak betul dugaan yang melanda bukan sahaja pada Malaysia malah pada seluruh dunia. Tahun 2020 juga banyak memberi pengajaran kepada kita, mengajar kita untuk menjadi lebih tabah. Sebagai seorang penjawat awam, boleh aku katakan yang aku tidak teruk terkesan dengan pandemik ini. Aku masih lagi mempunyai kerja dan gaji tetap diperolehi tepat pada masanya. 

Azam Tahun 2020

Seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk tahun 2020 ni, aku berazam untuk tidak berazam. Alhamdulillah, azam aku itu tercapai.

Kehidupan Pada Tahun 2020

Kehidupan aku pada tahun 2020 ni pada awalnya berjalan seperti biasa. Pagi pergi kerja, petang balik umah, esok pagi pergi kerja semula dan petang balik umah semula. Amat membosankan rutin harianku. Tiba-tiba kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan. Semua pergerakkan rakyat dikawal, rakyat tidak dibenarkan keluar tanpa  sebarang sebab. Rakyat disuruh bekerja dari rumah. Jujur aku katakan yang aku gembira bila kerajaan mengumumkan PKP. Bukan sebab apa, sebab tak perlu pergi bekerja di pejabat. Pada awal-awal PKP itu memang heaven, goyang kaki sahaja di rumah. Pagi buka laptop, check emel, kalau tiada apa-apa yang memerlukan maklumbalas, bermaksud tiada kerja yang perlu dilakukan pada hari itu. Sepanjang hari kita goyang kaki dan goyang apa sahaja yang boleh digoyangkan. Lama-kelamaan, baru terasa susahnya bekerja dari rumah bila mana tak semua kerja boleh dilakukan di rumah especially tugas-tugas yang memerlukan tindakan segera. Terpaksa juga ke pejabat beberapa kali semasa tempoh PKP terpaksa menggunakan sistem yang hanya boleh digunakan di PC pejabat, itupon hanya dihadkan untuk 2 jam sahaja. Terpaksalah bertungkus lumus cuma menyelesaikan tugas dalam masa 2 jam itu. 

Bila keadaan sudah reda, aku diarahkan untuk bertugas seperti biasa sebelum kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pula. Sekali lagi aku terpaksa bertugas dari rumah. Jauh di sudut hati, aku gembira, hahaha. Walau bagaimanapun, banyak kali juga aku bertugas di pejabat sepanjang PKPB ini, sebab aku yang mohon untuk bertugas di pejabat. Satu perkara yang best bertugas semasa PKPB ini adalah waktu clock-in dan clock-out. Aku selalunya akan clock-in di rumah sebagai work-from-home. Kemudian aku akan ke pejabat, sampai dalam pukul 9.00 lebih macam tu. Dalam pukul 4.00 petang aku akan balik dan bila sampai di rumah baru aku akan clock-out.

Pada awal bulan November lepas, keistimewaan untuk work-from-home telah ditarik balik, dan semua kakitangan di tempat aku bekerja terpaksa bertugas di pejabat seperti biasa.

Tugas-tugas aku di pejabat nampaknya tiada perubahan. Aku masih melakukan tugas-tugas dan tanggungajawab yang sama. Aku suka, sebab bila usia dan meningkat ni, aku dah malas nak membebankan fikiran dan tenaga aku dengan kerja-kerja di pejabat. Aku nak pergi kerja sampai masa aku balik. Tapi tak dinafikan, masalah-masalah tugas itu sentiasa ada.

Dalam tempoh PKP dahulu, oleh kerana terlalu banyak masa yang terluang, aku cuba mengasah bakat memasak aku. Banyak resepi-resepi yang telah aku cuba dari kuih-muih hinggalah ke lauk pauk. Alhamdulillah, berbakat juga aku sebenarnya walaupon kadang-kadang ada yang rasanya tidaklah berapa nak sedap pada tekak aku.

Pada tahun ini juga aku lebih komited untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Selepas PKP ditamatkan, aku mula melakukan aktiviti-aktiviti sihat seperti melakukan brisk-walking hampir setiap petang. Aku juga menjaga pemakanan aku  dan menghitung bilangan kalori yang aku ambil. Alhamdulillah, usaha aku membuahkan hasil dan berat badan aku juga telah turun hampir 6kg. Usaha aku terbantut setelah PKPB diumumkan. Tak dapat aku beriadah seperti selalu di taman-taman berhampiran. Bagi menggantikan aktiviti yang tidak dapat dilakukan itu, aku melakukan senaman ringan di rumah sahaja. Kemuncak kepada segala penghalang usaha aku itu, bila kesihatan aku tidak mengizinkan. Hampir 4 minggu aku tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti riadah ini samada di luar atau di rumah. Yang menyedihkan, nak mulakan balik punya la malas. Sekarang dah naik balik hampir 3kg. Ahakz...

Liburan Tahun 2020

Tahun ini aktiviti liburan amat terhad. Pintu sempadan ditutup makanya, liburan international tidak dapat dilakukan. Kalau tidak sure kami dah sampai ke mana-mana. Wishlist, insyaAllah nak ke Jepun lagi, kali ni nak main salji di Saporro. Tapi apakan daya, kita merancanglah saja. Ada rezeki, kita pergi.

Walau bagaimanapun, awal tahun dahulu sebelum PKP diumumkan, aku dan sahabat sempat juga Bercuti-Cuti Malaysia di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malan. Kemudian, dari Pangkor, kami singgah pula ke Cameron Highlands dan bermalam semalam di sana. 

Pada bulan Ogos 2020 pula, aku juga sempat join satu perkhemahan bersama kawan-kawan di Ulu Yam, selama 2 hari 1 malam. 

Tragedi Tahun 2020

Pada bulan Oktober, ayah aku dikejarkan di hospital kerana sesak nafas. Kami adik-beradik segera ke hospital tetapi memandangkan keadaan pandemik sekarang ni, kami tidak dibenarkan masuk untuk melawat ayah. Kami hanya akan dimaklumkan keadaan ayah oleh kakitangan Unit Kecemasan yang bertugas. Namun sehingga ke sudah tiada apa-apa perkembangan mengenai ayah yang kami terima. Nasib baiklah, adik kepada adik ipar aku merupakan seorang Pegawai Perubatan di hospital itu. Apa-apa maklumat mengenai ayah semuanya kami dapat dari dia. Alhamdulillah, ayah tidak dijangkiti Covid, cuma ada masalah dengan pernafasan dia. Alhamdulillah, ayah semakin sihat, sihat bagi orang yang berumur 80an.

Pengakhir Oktober pula kami dikejutkan pula dengan kes pecah rumah kami di Selayang. Kes telah dilaporkan kepada pihak polis, siasatan telah dijalankan dan tiada bahan-bahan bukti yng dijumpai untuk melanjutkan kes itu. Kes telah ditutup. Sehingga sekarang, kami masih belum sempat untuk melihat keadaan rumah itu dan mengenalpasti barang-barang yang hilang. Abang juga telah mengemas rumah itu beberapa minggu lepas.

Klimak kepada tragedi-tragedi di tahun 2020 ini adalah apabila aku hampir disabitkan dengan kes kesalahan gangguan seksual. Data aku telah digunakan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan gangguan seksual kepada seorang wanita. Kes ini telah aku laporkan kepada pihak polis dan juga pihak SKMM. Sehinnga kini, aku masih belum menerima apa-apa maklumbalas mengenai kes ini dari pihak polis dan aduan di SKMM masih berstatus 'New'. Akaun FB yang digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab itu juga masih aktif dengan 4,823 teman. Aku tak tahu samada dia masih lagi menggunakan identiti aku untuk melakukan kejahatan. Harap-harap tidak..


Sama-samalah kita berdoa agar tahun 2021 yang bakal menjelang akan lebih baik dari tahun ini untuk kita semua. InsyaAllah, amin.

You Might Also Like

12 comments

  1. Replies
    1. InsyaAllah, semoga tahun 2021 menjadi lebih baik untuk kita semua.

      Delete
  2. Roundup for 2020. I hope you will get a better year ahead.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, semoga tahun 2021 menjadi lebih baik untuk kita semua.

      Delete
  3. dugaan tragedy 2020 tu :(... hopefully tak berulang.... moga 2021 tahun yg lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, semoga tahun 2021 menjadi lebih baik untuk kita semua.

      harap juga semoga tiada tragedi atau dugaan yang berat menimpa kita semua di tahun hadapan

      Delete
  4. P.S. Tahniah Afeezz kerana terpilih sebagai salah seorang pengomen tegar blog Abam Kie 2020. Untuk makluman lanjut dan cara menuntut hadiah, sila layari http://www.zukidin.com/2020/12/senarai-pengomen-tegar-blog-abam-kie.html

    ReplyDelete
  5. samalah yaaa tanak ada azam hahahahaha brazam untuk tak berazam hahaha..
    banyak pahit manis 2020 ni.. semoga 2021 lebih ceria dan bahagia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah lama mengamalkan azam untuk tidak berazam tu dan ofkoz setiap tahun azam saya tercapai. takde nak stress kan diri.. semoga 2021 ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kite semua

      Delete
  6. kalo tgk dari blkg tu dh slim., hehehe

    ReplyDelete