938 : Catatan Perjalanan - Siem Reap, Cambodia (Sambungan) : Pengalaman Pahit Yang Menjadi Kenangan Manis
Hampir enam tahun sudah berlalu namun peluang, pengalaman dan kenangan semasa berada di Siem Reap, Kemboja masih tidak dapat dilupakan. Kemboja merupakan negara ke lima yang aku diberi peluang untuk menjejakkan kakiku untuk menikmati keindahan alam dan rakyatnya. Ternyata Kemboja memberi pengalaman yang lain daripada negara-negara yang pernah aku lawati. Namun, disebalik keindahan itu, ada beberapa perkara yang agak pahit untuk dihadam. Walaupon pahit, ia akan tetap menjadi manis apabila dikenang semula. Itulah namanya pengalaman.
1. Percubaan Mengepow Oleh Pegawai Imigresen
Sesampai sahaja di sesebuah lapangan terbang, untuk penerbangan antarabangsa, wajib kita akan melalui bahagian imigresen. Sampai sahaja di bahagian imigresen Kemboja itu, seperti biasa aku akan memberikan senyuman yang paling manis dan akan berkelakuan yang paling sopan kepada pegawai yang bertugas. Setelah diambil dan diperiksa Arrival Card dan passport aku, pegawai lelaki itu terus berkata, 'Tip...tip...'. Aku pada awalnya, tidak faham apa yang dimahukan pegawai itu, dua tiga kali jugaklah aku minta dia ulang apa yang dia katakan. Akhirnya baru aku fahami, dia nak mintak tip. Aku pon macam, WTF dalam hati, dan terus berkata, 'I don't have small change'. Patut lah aku nampak sahabat aku menghulurkan USD1 pada dia sebelum tu.
Setelah gagal mendapatkan tip dari aku, dia terus sahaja cop passport aku, dan aku terus berlalu meninggalkan pegawai itu. Boleh pulak nak mintak-mintak tip, engkau kan seorang Pegawai Kerajaan, mane bole nak mintak tip (minta rasuah bole la).
2. Pemandu Tuk-Tuk Yang Dibooking Tidak Kelihatan
Untuk perjalanan kami sepanjang empat hari kami di Siem Reap, kami telah booking servis seorang pemandu tuk-tuk melalui hotel penginapan kami. Butir-butir penerbangan telah kami berikan kepada pihak hotel sebelum kami berlepas lagi. Melewati Pintu Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap itu, kami lihat ramai orang yang telah menunggu dengan name card ditangan masing-masing. Aku dan sahabat perhatikan satu per satu mencari nama aku (sebab aku yang buat booking), namun tiada.
Kami terus berpeleseran di hadapan lapangan terbang itu dengan harapan pemandu kami akan datang. Beberapa orang pemandu lain dan ejen pelancongan menghampiri kami dan kami tolak dengan baik. Dari kejauhan ternampak seorang lelaki tergesa-gesa berjalan di tengah panas dan ternampak juga satu name card ditangannya. Lelaki itu melewati kami dan aku sempat menjeling ke name card yang dipegangnya. Ternyata name card itu dari hotel yang kami booking. Kami menghampiri lelaki itu dan memang nama aku tertera di name card yang dipegangnya. Sebenarnya bukan nama aku, tapi nama bapa aku yang salah dieja, nasib baik ada nama hotel, kalau tak, memang tak tahu lah lelaki itu pemandu kami. Pemandu itu memohon maaf kerana terlewat. Beliau terpaksa pakir tuk-tuk beliau agak jauh, di luar lapangan terbang itu. Tak kisah la uncle, janji u datang.
3. Macam Kena Pow Jer Beli Beras Itu
Hari ketiga kami di Siem Reap, kami telah ke Tasik Tonle Sap. Kami telah menaiki bot dan menuju ke sebuah perkampungan terapung di tasik tersebut. Kami dibawa ke beberapa buah binaan di perkampungan itu termasuklah sebuah sekolah. Pemandu bot itu kemudiannya bertanya samada kami sudi untuk membuat amal di sekolah itu dengan membuat permberian berbentuk makanan. Dalam keadaan serba salah, kami bersetuju. Selepas itu kami di bawa ke sebuah kedai serbaneka di perkampungan itu untuk membeli barang makanan, tapi hanya barang-barang tertentu sahaja yang diminta seperti beras, sardin, sayur-sayuran (sebut yang ingat jer). Pada mulanya aku nak beli sardin jer (satu pack ada enam tin besar), pastu pemandu bot tu macam tak setuju plak (ehh.. bole plak macam tu, sukati saya lah). Last-last kami terpaksa belikan beras jer. Bukan sikit tau, satu guni. Harganya kalau tak silap aku dalam USD50, sila lah convert sendiri berapa harganya dalam RM. Memandangkan bagi tujuan amal, aku tutup mata je lah walaupon sebenarnya hati tu berat jer.
4. Sandal Tercabut Tapaknya
Kejadian berlaku di Tasik Tonle Sap. Selepas kami naik ke daratan semula selepas mengunjungi perkampungan terapung itu, aku rasa kaki aku macam berat sebelah. Setelah diperiksa, aku sedar bahawa tapak sandal yang aku pakai itu telah tercabut tapaknya, terkapai-kapai bila berjalan. Nak tak hendak, aku cabut terus tapak itu dan tinggalkan sahaja ia di Tasik Tonle Sap itu. Tetapi tidak lah pula aku membeli kasut baru sebagai ganti. Boleh pulak aku gunakan sandal itu sehingga balik ke KL semula.
5. Matawang Kemboja Adalah Dollar Amerika
Bagi yang tak tahu, di Kemboja mereka lebih senang berurusniaga menggunakan Dollar Amerika. Oleh itu, barang-barang dan makanan di sana juga agak mahal. Jika kita beli sesuatu barang dan membayar menggunakan USD, ada kalanya mereka akan pulangkan bakinya menggunakan wang Riel Cambodia. Oleh yang demikian, kita tak tahu samada nilai baki yang kita terima itu adalah nilai yang sepatutnya. Dan kalau kita dah kumpul duit Riel banyak-banyak, ada kalanya peniaga taknak terima pulak. Oleh yang demikian, cuba tanya dahulu peniaga itu samada terima atau tidak wang Riel itu. Kalau mereka terima, mereka akan berikan harga dalam Riel yang jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Congaklah sendiri kalau anda bijak matematik untuk tukaran wangnya. (Ini bukan kenangan pahit, sekadar berkongsi tips. Berhati-hati semasa berjual beli)
6. Delayed Selama 3 Jam
Hari terakhir di Kemboja. Pesawat kami telah delayed sebanyak dua kali. Tak berapa nak ingat pukul berapa sepatutnya pesawat kami berlepas dari Siem Reap tetapi penerbangan kami telah di'delayed'kan kali pertama ke pukul 4.45 petang. Terpaksalah kami menunggu di ruang menunggu balai berlepas itu. Kemudian, penerbangan kami delayed sekali lagi ke pukul 6.00 petang. Nak mengeluh pon sudah tidak berguna lagi. Takde pulak penumpang yang marah-marah masa tu, kalau ada boleh gak join marah sekali. Disebabkan kelewatan itu, kami tiba di Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam.
7. Kehabisan Makan Dalam Penerbangan
Oleh kerana kelewatan selama tiga jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap itu, perut tiba-tiba terasa lapar. Kalau ikutkan jadualnya, memang kami tidak pre-order apa-apa makanan memandangkan penerbangannya hanya dua jam sahaja. Tetapi apabila telah delayed, perut pon terus lapar. Rata-rata penumpang di dalam pesawat itu membeli makanan kerana kelaparan sehingga terdengar berita yang makanan di dalam pesawat telah kehabisan, yang tinggal hanya mee segera sahaja. Sehingga pesawat hampir mendarat, Flight Attendant masih lagi sibuk bertugas untuk menyediakan makanan untuk penumpang.
Tetapi nasib kami agak baik, entah macam mana kami telah diberikan Hot Seat, oleh itu kami akan dilayan dahulu oleh Flight Attendant yang bertugas. Makanya, kami dapat membeli makanan berat walaupon makanan yang aku dapat itu adalah yang terakhir.
'There's no place like home but that's no reason to stay'
6 comments
Bawalah daku melancong bersamamu selepas pkp ini. Hehehe...
ReplyDeletebole abe kie, nanti kalau ade plan saya bagitau..
DeleteUSD50 kalau convert, boleh tahan sakit hati hahaha .... harga dia
ReplyDeletehahaha... itu pasal la...
Deleteuiiish kenangan macam2 ya kat situ.. tpi pengalaman itula yang mengajar.
ReplyDeletekalau saya pgawai imigresen buat cemtu dah cuak dah. saya jenis cepat takut..
tu xleh jalan sorang kena ada geng juga..
betul tu, pengalaman memang memberi pengajaran. jangan kan awak, saya pon cuak setiap kali nak berdepan ngan pegawai imigresen, walau bukan buat salah apa2 pon
Delete