939 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 28) - Ubi Getuk Jawa, Pertama Kali Dengar, Pertama Kali Cuba Buat, Alhamdulillah Menjadi
Lepas-lepas kerajaan mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri, aku dengan kadar segera mengemas beg pakaian, ambil sahaja apa yang tercapai oleh tangan dan segera memandu kereta ke selatan tanah air. Pulang ke kampung adalah aktiviti pilihan ramai pada bulan ini, termasuklah aku walaupon bukan pulang ke kampung halaman sendiri.
Pulang dari kampung selalunya mesti ada bawa buah tangan hasil kampung. Kalau musim durian, bole lah bawak balik durian barang sebakul dua. Tapi kampung aku tu takde durian, makanya tak dapatlah bawak balik durian sebakul. Rezeki dari kampung aku kali ni adalah ubi kayu dan serai. Ramai pulak rakan-rakan di KL yang minta sedikit ubi kayu aku tu namun tidak dapat aku tunai memandangkan aku cuma cabut dua pokok sahaja. Tak larat nak cabut lagi sebab kesuntukan masa dan kekurangan tenaga kerja. Dua orang cabut dua pokok pon dah tak larat, orang bandar sangat kan. Untuk rakan-rakan yang minta ubi tu, insyaAllah, next trip ke kampung akan aku usahakan cabut lagi.
Ubi yang ada itu dibahagi dua, sahabat ambil banyak sebab pokok dia, aku amik secukupnya sahaja. Pikir-pikir apa nak buat dengan ubi yang ada tu. Memula perancangannya nak buat bingka ubi sahaja. Sedap juga bingka ubi, lama tak makan. Entah macam mana, keluar pulak cerita pasal ubi getuk. Macam sedap juga ubi getuk, dah lama tak makan juga. Tapi si sahabat ni dok bercerita pasal ubi getuk versi lain pulak, yang tak pernah aku nengok dan rasa. Tahu pasal kewujudannya pon tidak. Search punya search, rupanya nama versi ubi getuk itu adalah Ubi Getuk Jawa. Maklumlah, sahabat tu pon ada darah-darah Jawa. Melihatkan resepinya pon agak mudah. Maka aku putuskan untuk mencuba Ubi Getuk Jawa ni
Di sini aku nak sharekan resepinya. Resepi aku dapat dari laman web myresepi.com. Boleh klik link itu untuk mendapatkan lebih banyak resepi menarik.
Bahan-bahannya
1. 1kg ubi kayu (aku rasa aku tak guna pon sampai 1kg)
2. 150g gula melaka (tapi aku guna gula merah pasal gula melaka takde)
3. 50g gula merah (aku gunakan 150g sebab takde gula melaka seperti di atas)
4. 10g gula pasir
5. 1/2 sudu teh garam
6. Air secukupnya
7. 1/2 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
8. 1 helai daun pandan
9. Loyang yang telah disapu mentega (aku tak sapu pon)
Cara-caranya
1. Kupaskan ubi kayu itu dan potong kecil-kecil supaya cepat empuk bila direbus nanti. Sebelum rebus tu, basuhlah beberapa kali untuk menghilangkan getahnya.
2. Masukkan ke dalam periuk atau kuali yang bersesuaian dan rebus ubi tersebut sehingga empuk. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu (dalam resepi takde plak bubuh garam, tapi aku gatal plak pi letak). Nak kukus pon boleh ubi tersebut.
3. Potong gula melaka kecil-kecil dan dijerang bersama gula-gula yang lain dan garam sehingga larut (bahagian ni aku cuma larutkan gula-gula itu bersama sedikit air panas jer).
4. Apabila ubi telah empuk, lecekkan sehingga lumat. Masukkan air gula tadi sedikit demi sedikit (tapis tau air gula itu) sehingga rata dan mendapat consistency yang tidak berapa keras dan tidak berapa lembek.
5. Apabila sudah mendapat consistency yang diinginkan, boleh masukkan ke dalam loyang yang diingini, rata dan tekan sehingga padat. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
6. Kukuskan kelapa parut bersama sedikit garam dan daun pandan. Kukus selama lebih kurang 15 minit atau sehingga naik bau
7. Bila ubi telah sejuk, boleh dipotong dan dihidangkan bersama kelapa.
Disebabkan ini merupakan kali pertama aku mencuba resepi ini, aku tak berapa pasti akan consistency adunan ubi itu. Tapi bagi aku, adunan yang aku buat itu sedikit lembik dan tak cantik apabila dipotong.
Dari segi rasa pula, memandangkan ini merupakan kali pertama aku merasa Ubi Getuk Jawa ini, aku tak pasti akan rasa yang sepatutnya, tapi bagi aku rasanya lebih kurang macam ubi getuk goreng yang selalu kita makan tu.
Apa-apa pun percubaan aku untuk membuat Ubi Getuk Jawa ini boleh aku anggap sebagai sukses.
Bagi aku, ini merupakan versi ubi getuk yang lebih sihat kerana tidak perlu digoreng. Sesuai untuk orang yang sedang berdiet.
10 comments
macam tak susah nak buat kan, nampak pun sedap hehe
ReplyDeletetak susah pon, rasa pon lebih kurang mcm ubi getuk yang bulat-bulat tu
DeleteWah! Di kelate kami panggil poli ubi...ubi dilenyek, pas tu campur air gula melaka..bungkus dlm daun pisang. Akhir sekali dikukus. Sedap dimakan dgn teh o panas waktu banjir.
ReplyDeleteWah!. boleh lah abe kie buat poli ubi tu nanti dan sharekan resepinya dengan saya. bole saya terai nanti..
Deletebest klu balik kampung ,then kampung ada kebun sendiri.. nak apa cabut and petik saja!
ReplyDeletememang best, tapi di kampung ni banyak ubi ngan serai jer. tanaman lain baru jer tanam, belum mengeluarkan hasil lagi. dapat ubi ngan serai pon dah cukup gumbira
Deletenanti yg lain dah ada hasil, meriah la
Deletetak sabar nak tunggu time tuh
Deletefestime juga tengok ubi getuk cemni.. yang saya tahu yang jenis bulat2 gaul dengan kelapa yang orang buat goreng tu hehe..
ReplyDeletememula mmg nak buat buat ubi getuk yg bulat2 tu. then sahabat cadang buat versi jawa ni, itu yang terai jer. apa2 pon dua2 versi sedap
Delete