... dan aku menulis untuk diri sendiri

Selama aku travel ke beberapa destinasi antarabangsa ni, jujur aku katakan yang aku tidak pernah mengambil travel insurance. Bukannya sebab aku ni jenis berani mati atau hati kering, tetapi sebenarnya aku tak tahu pon wujudnya travel insurance ni ketika aku mula-mula belajar travel dulu. Tambahan pula aku hanya ke destinasi yang dekat-dekat jer sekitar Asia Tenggara, maka aku fikir, tak mengapa lah. 

Aku mula membeli travel insurance untuk melindungi diri aku sejak aku ke Tokyo, Jepun pada tahun 2017. Masa itu aku hanya menggunakan polisi insuran yang ditawarkan di jabatan aku, maka ianya percuma sahaja dan coverage dia aku tak berapa pasti sebab takde lah nak baca sangat polisinya. Aku terlintas untuk mendapatkan travel insurance semasa ke Jepun adalah kerana aku akan berada di Jepun bagi tempoh 7 hari dan aku akan menggunakan kenderaan awam. Tambahan lagi, perancangan perjalanan ke Jepun itu dirancang sendiri dan aku tidak menggunakan apa-apa khidmat travel agency. Tambahan lagi, aku mula terbaca kisah-kisah traveller yang ditimpa kesusahan semasa berada di luar negara. Belanja terutamanya belanja perubatan di luar negara adalah sangat mahal bagi orang-orang asing.

Untuk perjalanan ke Korea Selatan pada 2019, sekali lagi perancangan perjalanannya dirancang sendiri oleh kami dan kami tidak menggunakan khidmat mana-mana travel agency.  Untuk travel kali ini aku telah mendapatkan perkhidmatan travel insurance dari Etiqa. Aku telah memilih plan Trip Care 360 pada kadar premium RM48.70. Apa yang menarik tentang plan ini adalah faedah Cashless Overseas Medical Care yang diberikan yang mana ia bermaksud semua perbelanjaan perubatan yang berlaku di luar negara itu akan ditanggung oleh pihak syarikat penanggung dan kita tidak perlu membayar dahulu kemudian claim dengan syarikat insuran. Jika sebarang musibah berlaku, kita hanya perlu call Etiqa Travel and Medical Assistance Helpline yang dibuka 24 jam sehari, dan pihak Etiqa akan menguruskan semuanya.

Tidak banyak syarikat insuran yang aku survey yang menawarkan faedah seperti ini. Kebanyakannya, menawarkan pembayar balik sebarang tuntutan yang dibuat. Ini bermakna, jika sebarang musibah berlaku ke atas diri kita di luar negara, kita perlu membayar dahulu perbelanjaan perubatan tersebut, dan membuat tuntutan semula perbelanjaan tersebut. Kalau dalam RM100 - RM200 mungkin boleh didahulukan, kalau kene RM10,000, mana nak cari duit masa tu. Takkan nak menjual tubuh plak, hahaha...

Bagasi aku setibanya di Incheon International Airport

Alhamdulillah, tiada apa-apa musibah yang berlaku kepada aku dan juga sahabat-sahabat aku sepanjang kami di Korea. Malangnya, setibanya aku di KLIA2, sahabat menyedari yang bagasi aku telah mengalami kerosakkan. Satu dari empat rodanya telah hilang dan bahagian roda itu juga telah terkopak. Memandangkan travel insurance yang aku beli juga melindungi kerosakkan dan kehilangan harta, maka ianya boleh dituntut dari syarikat insuran tersebut.

Bagasi aku yang mengalami kerosakkan setibanya di KLIA2

Sebelum membuat tuntutan, kita perlu mendapatkan laporan dari pihak penerbangan. Kalau anda naik Air Asia seperti aku, kena mendapatkan laporan dari pihak Air Asia. Untuk KLIA2 dan Air Asia, laporan boleh dibuat di Pejabat Lost and Found (MLO) di lantai Ketibaan berhampiran bahagian Tuntutan Bagasi. Pejabat ini terletak berhampiran conveyor belt No. 10 (atau J, kalau tak silap). Setelah laporan dibuat, pihak Air Asia akan mengeluarkan Property Irregularity Report dan laporan ini perlu dihantar kepada syarikat insuran semasa membuat tuntutan. Jika bernasib baik seperti aku, pihak Air Asia akan bermurah hati untuk memberikan sebuah bagasi sebagai ganti kepada bagasi yang rosak itu. Tetapi dengarnya, jika kita ambil beg itu maka kita tidak boleh membuat tuntutan insuran dan laporan juga tidak akan dikeluarkan. Macam kes aku, pegawai tu siap cakap, 'Encik ambil jer beg ni kemudian buatlah tuntutan insuran'. Terima kasih aku ucapkan kepada dua orang pegawai yang bertugas ketika itu

Property Irregularity Report yang dikeluarkan.

Bagasi-bagasi yang dibawa pulang ke Malaya
1. Bagasi Hitam Besar adalah bagasi yang diberi oleh Air Asia sebagai ganti bagasi yang rosak itu
2. Bagasi Pepel adalah bagasi yang rosak itu
3. Bagasi Hitam Kecil adalah bagasi yang dibeli di Korea tatkala bagasi sedia ada ada
tidak mencukupi untuk memuatkan hasil tangkapan di Korea.
4. Bagpack Hitam pon penuh jugak untuk perjalanan pulang.

Untuk membuat tuntutan pula, pada mulanya aku menggunakan Live Chat dari website Etiqa untuk bertanya bagaimana untuk membuat tuntutan. Aku kemudiannya diberikan satu nambor telefon dan diminta untuk membuat tuntutan tersebut dengan menghantar laporan dan juga gambar bagasi yang rosak itu. Nanum, setelah 4 hari laporan dihantar melalui applikasi WhatsApps, dan hampir setiap hari juga aku menghantar peringatan, aku masih belum menerima apa-apa maklumbalas dari pihak Etiqa. Pada hari ke-5 barulah aku menerima jawapan dan pihak Etiqa telah meminta nombor akaun bank aku untuk tujuan pembayaran. Tiga hari kemudian aku mendapat message mengatakan bahawa tuntutan aku akan diproses oleh pihak Etiqa. 

Kemudian ......

Setelah dua minggu menunggu tanpa apa-apa makluman, aku menghantar message sekali lagi. Malangnya, nombor tersebut tidak lagi digunakan dan meminta aku untuk menghubungi satu nombor yang lain. Aku segera menghantar message kepada nombor yang baru itu, tetapi seakan mesin pulak yang menjawabnya, 'Type 1 for English, Balas 2 untuk Bahasa Malaysia'. Aku pon macam bodoh ikut lah arah mesin tu sehingga sampai ke satu ketika, mesin tu balas 'Maaf, kami tidak menerima sebarang jawapan. Sesi perbualan telah berakhir'... Ahh.. sialan, getus hatiku. 

Aku mencuba lagi. Sampai ke suatu ketika mesin tu menjawab, 'Terima kasih atas maklum balas anda. Waktu operasi kami adalah... blah.. blah.. blah..'. Aku yang dah sakit hati ni terus saja memaki, 'Apa status claim saya? Saya bukan nak tau waktu operasi'. Dengan serta merta, ada orang pulak yang menjawab dan memaklumkan bahawa tuntutan aku sekarang sedang dalam proses pembayaran. Dan pada 5 November 2019, setelah hampir sebulan menunggu dan berusaha, aku telah berjaya mendapat tuntutan ke atas kerosakan bagasi aku itu sebanyak RM700.00. 

Dalam marah-marah tu bahasa aku masih lagi berlapis. 
Sib baek dia jawab sebelum aku maki secukupnya.

Dalam kes tuntutan ini, aku rasa aku memang untung besar. Sebab apa? Pertama, berjaya menuntut sebanyak RM700.00. Kedua, aku juga telah mendapat sebuah bagasi baru untuk menggantikan bagasi aku yang rosak itu. Ketiga, bagasi aku yang rosak itu sebenarnya aku dapat free jer. Dan jumlah premium insuran yang aku bayar hanya RM48.70.

Jadi kepada sesiapa yang nak travel jauh selepas musim Covid19 ni, aku syorkan untuk ambil sahaja travel insurance ni. Tak mahal mana pon tapi perlindungannya amat berbaloi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Till then, travel safe, stay safe.

(disclaimer : jalan cerita ini dan cara tuntutan dari syarikat insuran tersebut adalah benar pada hari kejadian. Jika tidak sama sekarang, mungkin prosedurnya telah berubah)

  • 14 Comments

Setahun sudah berlalu, atau lebih tepat lagi pada 3 hingga 9 Oktober 2019, aku bersama dengan tiga orang sahabat yang lain telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Korea Selatan. Kami hanya melancong di kawasan Seoul dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya sahaja. Masih belum berpeluang untuk mengembara lebih jauh dalam negara itu. Walaupon begitu, ia tetap memberikan sedikit sebanyak pengalaman kepada kami tentang negara itu. 

Sepanjang kami di sana, banyak pengalaman manis dan tak dapat dinafikan ada juga kenangan-kenangan kurang manis yang berlaku kepada kami. Walaupon kenangan-kenangan itu tidak sehebat apa yang kami alami semasa kami di Tokyo sehingga melibatkan pihak polis Jepun, ia tetap menjadi pengalaman yang tetap kami ingati. 

Di sini aku senaraikan beberapa kenangan kurang manis itu untuk aku tatapi di hari tua kelak. 

1. Roda Bagasi Sahabat Yang Tercabut

Seawal hari pertama kami sudah mengalami masalah walaupon tidaklah begitu serius. Setibanya kami di Seoul, dengan perasaan yang sangat gembira apabila dapat melepasi pihak imigresen dan kastam Korea yang ketat itu, kami terus menuju ke stesen keretapi untuk mengambil keretapi AREX menuju ke bandar Seoul. Dalam perasaan gembira itu, sahabat perasan yang bagasi yang ditariknya seperti tidak stabil. Setelah diperiksa, didapati bahawa salah satu dari empat rodanya telah hilang. Tercabut dan bukannya disebabkan oleh kerosakan bagasi. Berlarilah si sahabat itu menaiki eskelator kembali ke atas untuk mencari roda bagasinya itu. Beberapa ketika kemudian, sahabat turun dengan roda bagasinya di tangan bersama skru yang tercabut itu. Dipasangnya kembali dan Alhamdulillah, sehingga pulang ke Malaysia dan kemudian ke Jakarta pula, roda itu masih utuh.
         
2. Tersalah Rumah

Selesai adegan dengan roda bagasi itu kami menaiki keretapi AREX menuju ke Seoul Station. Dari Seoul Station, kami decided untuk berjalan kaki sahaja menuju ke rumah kediaman yang pada jangkaan kami itu tidak jauh (rupa-rupanya jauh...). Sesampai sahaja di rumah kediaman, mengikut maklumat yang diperolehi dari tuan rumah, rumah kami adalah di tingkat 1, kami cuba untuk membuka pintu rumah itu menggunakan nombor PIN yang diberi, tetapi tidak berjaya (dah la kawasan rumah tu gelap, tak nampak ape pon). Banyak kali jugaklah kami mencuba tetapi masih tidak berjaya sehingga kami ditegur oleh seorang lelaki. Lelaki itu mengatakan bahawa rumah itu adalah rumah beliau (nasib baik dia tak marah. Daripada slang dia cakap tu rasanya dia orang Malaysia, tak sempat plak nak tanya). Dalam keadaan yang keliru, dah la penat dengan perjalanan yang panjang, tiba-tiba salah rumah pula, kami mencuba nasib untuk rumah yang di bawah pula. Alhamdulillah, pintu rumah dapat dibuka.

3. Masalah Menggunakan Google Map

Di Tokyo, aplikasi Google Map amat membantu kami dalam mencari jalan ke satu-satu destinasi, sama ada untuk menaiki train atau berjalan kaki. Tetapi lain pula di Seoul, Google Map tidak membantu seperti yang diharapkan. Jika kita set sesuatu lokasi yang ingin ditujui, Google Map akan menyarankan untuk menaiki bas walaupon lokasi yang hendak dituju itu boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja, dan setting untuk berjalan kaki nampaknya tidak boleh digunakan. Google Map juga akan menyarankan kita untuk menaiki bas walaupon stesen Metro adalah lebih dekat dan mudah. Jalan di Seoul ni jem jugak tau macam kat KL, maka kalau naik bas akan sangkut jugak dalam jem. Makanya, kepada yang hendak ke Seoul, gunalah applikasi lain yang lebih membantu.

4. Namdaemun Market

Namdaemun Market adalah sebuah kawasan wisata wajib lawat jika kalian ke Seoul. Banyak barangan yang boleh dibeli di sini dari cenderahati, pakaian, perhiasan diri hinggalah ke barangan kelengkapan rumah. Kalau kaki shopping, inilah syurganya. Bagi aku Myongdong tu tempat kedua. Kami tak sempat untuk menjelajah Namdaenum Market ini kerana kami tersalah waktu. Untuk pengetahuan, Namdaemun Market ini dibuka waktu pejabat sahaja iaitu seawal pukul 7.00 pagi hingga ke 5.00 petang, kalau lajak pon sampai 6.00 petang. Dua kali kami cuba ke Namdaemun Market ini, malangnya kali pertama kami sampai, ianya telah ditutup dan kali kedua pula ianya hampir ditutup. Kali ketiga kami pergi waktu pagi, tetapi disebabkan kekangan masa ketika itu, hanya sempat menjelajah sedikit sahaja walaupon masih banyak KRW untuk dihabiskan dan dibazirkan.

5. Hilang Arah di Seoul Station

Hari terakhir kami di Seoul, dalam perjalanan untuk ke lapangan terbang, kami telah ke Seoul Station untuk sekali lagi mengambil keretapi AREX untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Semasa di Seoul Station, kami telah sesat barat untuk mencari arah ke platform untuk AREX. Kami berpusing-pusing hampir 1/2 jam mencari arah kerana tiada papan tanda arah untuk ke platform keretapi AREX. Kami bertanya beberapa orang di sana tetapi tidak membantu kerana masalah komunikasi. Kami turut dibantu oleh seorang rakyat Malaysia setelah melihat kami macam hilang arah, malangnya beliau juga gagal membantu. Setelah mengikut kata hati, bertanya lagi kepada penduduk tempatan, mencuba kaedah trial an error akhirnya kami sampai juga ke tempat yang dituju dengan susah payah. Punya lah susah, tak sangka besar rupanya Seoul Station ni. Selama ini aku gunakan Metro je, semua stesen bawah tanah. Rupa-rupanya stesen untuk AREX ni ada atas tanah, patut la tak jumpa. 

Teringat kembali kenangan dengan masalah yang hampir sama semasa di Tokyo. Shinjuku Station, Tokyo pon bapak besar...

6. Nyaris tak dibenarkan check-in di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon

Akibat kelewatan di Seoul Station itu, kami tiba agak lewat dari perancangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Semasa membuat checking-in, pekerja kaunter Air Asia itu memaklumkan bahawa nama aku tidak terdapat di dalam senarai penumpang dan mempertikaikan kenapa nama aku di tiket penerbangan tidak sama dengan nama seperti di pasport. Aku menjadi kaget seketika tak tau ape nak jawab. Nasib baik di pasport aku ada tertulis 'Bearer also known as....' aku tunjukkan yang itu, nasib baik di paham. Dibuatnya dia tak paham dan melarang aku untuk checking-in, maka terpaksalah aku berkelana di Seoul untuk seketika dan menjadi PATI.

Nama bapa aku ade 'alias', semasa membeli tiket penerbangan aku menggunakan 'alias' kedua dan di pasport tertera 'alias' pertama. Macam manalah aku lupa pasal nama aku kat pasport semasa booking tiket penerbangan dulu. Kat situlah timbulnya masalah aku tu. Nasib baik dia tak mintak I/C aku, kalau tidak lagi konfius kakak Korea kat kaunter tu nanti. Kat I/C nama penuh. Hahaha...

Semasa pemeriksaan untuk masuk ke balai berlepas pon, kakitangan di situ bertanya perkara yang sama. Aku tunjuk jer di pasport aku yang tertulis 'Bearer also known as....' tu. Syukur aku dilepaskan masuk.

Menjadi pengajaran kepada aku, next time gunakan nama seperti di PASPORT!!!

7. Bermarathon di Incheon International Airport

Akibat dua drama itu, drama di Seoul Station dan semasa check-in, kami sudah sangat lewat. Ditambah pula, kami ke kaunter tax claim dahulu untuk membuat tuntutan cukai ke atas barangan yang telah di beli. Nak cari kaunter ni pon punya susah, sampai dua tiga tempat pergi, akhirnya sampai juga. Jumlah tax claim yang aku dapat cuma KRW2,000. Selepas itu, kami terpaksa berlari-lari macam emak dan bapak mengejar anak untuk ke pintu pelepasan. Penerbangan kami sudah Final Call. Kenapalah kalau naik flight pintu pelepasan aku mesti yang jauh-jauh. Sesampai sahaja di pintu pelepasan, masih ramai lagi penumpang yang belum boarding. Sib baek...

8. Kerosakan Bagasi

Setelah lebih kurang enam jam penerbangan, kami selamat sampai di KLIA2 lebih kurang pukul 10.00 malam. Setelah semua bagasi kami diambil, sahabat perasan yang roda bagasi aku telah hilang dan terdapat kerosakan pada bagasi aku itu. Walau bagaimanapun, kami terus sahaja keluar dari kawasan tuntutan bagasi itu. Kami sempat singgah makan KFC terlebih dahulu kemudian baru nak berbincang bagaimana untuk membuat tuntutan dari syarikat insuran memandangkan aku ada membeli travel insurance sebelum aku ke Korea dulu.

Untuk membuat tuntutan insuran atas kerosakan bagasi aku tu, aku memerlukan surat laporan dari pihak penerbangan. Tetapi kami tidak tahu di mana untuk membuat laporan dan mendapatkan surat laporan itu. Setelah bertanyakan kepada dua buat information counter, akhirnya kami diarahkan untuk ke pejabat Lost and Found (MLO) di dalam kawasan tuntutan bagasi tadi. Aku terpaksa masuk semula ke kawasan tuntutan bagasi itu untuk ke pejabat yang dikatakan. 

Setelah laporan dan pemeriksaan kepada bagasi aku dibuat, pihak Air Asia telah mengeluarkan Property Irregularity Report dan bermurah hati untuk memberikan aku sebuah bagasi sebagai ganti bagasi aku yang telah rosak itu. Hehehe.. terima kasih Air Asia.

Walau apa pun halangan yang berlaku, jangan kita serik untuk travel lagi.

Baca juga pengalaman pahit manis kami di Tokyo, Jepun pada tahun 2017 : baca di sini

Setibanya kami di Seoul Station

"Travel isn't always pretty. It isn't always comfortable. Sometimes it hurts, it even breaks your heart. 
But that's OK. The journey changes you; it should change you. It leaves marks on your 
memory, on your consciousness, on your heart, and on your body. 
You take something with you. Hopefully, you leave something good behind".
 - Anthony Bourdain

  • 10 Comments
Episod sebelumnya (Episod 7)

10 Oktober 2019 (Rabu)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Seoul, Korea Selatan. Cuaca nampaknya ceria pagi itu, namun hati-hati kami bermuram kerana akan meninggal Seoul. Seoul bakal menjadi kenangan pahit manis, suka duka selama kami di sini. Penerbangan pulang kami bersama Air Asia X, Flight 505 dijadualkan pada pukul 4.25 petang dan kami dijangka akan check-out dari rumah kecil tiang seribu kami selewat-lewatnya pukul 1.00 petang dan akan terus menuju ke Incheon International Airport.

Untuk memanfaatkan masa dan KRW yang masih berbaki lagi, pagi itu, aku berserta dua orang sahabat lagi (sorang lagi tak nak ikut, nak rehat katanya) masih ada misi untuk diselesaikan. Kami keluar dari rumah kecil tiang seribu kami lebih kurang pukul 7.30 pagi dan menuju ke Namdaenum Market. Masih ada barang yang hendak dicari, masih banyak KRW yang perlu dihabiskan. Namdaenum Market masih lengang walaupon ramai juga orang tempatan yang lalu lalang, nak pergi kerja agaknye. Kebanyakkan kedai dan gerai masih belum dibuka.

Sedang kami berlegar-legar di kawasan itu, kami disapa oleh seorang ajushi menjemput ke kedai beliau yang baru dibuka. Kedai beliau menjual t-shirt Korea pelbagai corak dan warna. Kami mampir dan harga yang ditawarkan juga berpatutan, KRW4,000, sama harga dengan kedai ajumma yang kami beli tempoh hari. Kami terus memborong t-shirt di kedai ajushi itu. Agak banyak jugaklah kami memborong. Rezeki ajushi tu, bukak-bukak kedai dah dapat customer.

Selesai memborong dan menghabiskan beberapa puluh ribu KRW di situ, kami meneruskan pencarian kami dan singgah sekali lagi di kedai ajumma menjual brooch semalam. Sahabat masih masih lagi ingin membeli brooch untuk orang-orang tersayang yang ditinggalkan di Malaya. Senyum panjang ajumma itu tatkala nampak kami datang semula. Habis lagi beberapa puluh ribu KRW di situ, tapi puas hati. Katanya brooch di situ sangat berkualiti, tapi tak tahulah, pasal aku tak pakai brooch. Tapi nampak memang cantik-cantik belaka. Kalau mak ni geng Sajat, harus mak beli banyak di situ.

Selesai, kami masuk pula di bangunan sebelah. Di sini nampaknya banyak menjual barangan perhiasan rumah. Cantik-cantik juga nampaknya, tapi tak dapat nak round pasal mengejar masa. Walau bagaimanapun, sempat juga kami membeli beg cenderahati made in Korea berharga KRW5,000 setiap satu. Aku ambil 3 dan sahabat pula ambil lebih banyak dari itu. Selepas itu, kami bergegas lagi dan masuk pula ke bangunan sebelah. Di sini kebanyakkannya pula menjual cadar, sarung bantal dan yang seumpama dengannya. Banyak juga kedai yang menjual hanbok di sini. Cantik-cantik plak aku tengok hanbok-hanbok yang dipamerkan di situ. Ada saiz dewasa, kanak-kanak dan pakaian tradisional lelaki pon ada. Tetiba boleh pulak berangan nak kawin pakai hanbok... hahaha... Tak sempat nak tanya pulak harga sepasang berapa...

Beg cenderahati yang dibeli. Ada pelbagai warna. 
Gambar ni beg itu telah dilipat menjadi beg kecil, kalau dibuka, 
boleh jadi beg yang besar. Kami pon memula tak tahu, ajumma kedai tu yang beritahu...

Pusing-pusing aku terbekenan pulak pada satu cadar kaler putih tu. Corak simple sahaja dan tak berserabut dan tak berbunga-bunga sangat. Itu nyang aku mahu. Memang berhajat di hati nak mencari cadar. Dia bukan yang jenis fitted tu, tapi jenis yang letak atas tilam, tak setebal toto, kain dia pon sedap-sedap jer bila pegang. Aku beli sahaja pada harga KRW55,000 kerana duit KRW masih banyak berbaki. Nak cari sarung bantal pula, tapi tiada yang berkenan dan dah kesuntukan masa untuk round-round lebih lama.

 Cadar yang dibeli di Namdaemun Market yang telah dibentangkan di katil 
di rumah bujang ku. Nampak cantik bilik aku.. huhu... 

Menjelang pukul 12.00 tengahari kami sudah sampai semula ke rumah kediaman kami. Bersiap-siap apa yang patut, berkemas serba sedikit rumah itu agar tidak bersepah dan sempat juga kami makan tengahari menghabiskan stok makanan yang di bawa. Stok yang tidak habis, kami sedekah dan tinggalkan sahaja di rumah itu untuk tetamu yang akan datang. Lebih kurang pukul 1.00 petang, kami berlalu meninggalkan rumah kecil tiang seribu itu. Selamat tinggal Cheongpadong. We will miss you. 

afeezz. syah, nisya & taj was here with love
3 ~ 9 October 2019

Jalan yang dilalui untuk ke Stesen Sookmyung Women's University

Pintu masuk rumah kecil tiang seribu kami.
Tuan rumah perlulah buat sesuatu untuk menjadikannya lebih ceria

Stesen Sookmyung Women's University

Kami menaiki train dari Sookmyung Women's University Station ke Seoul Station dan terus ke Incheon International Airport. Selepas check-in dan check-in luggage, kami mencari kaunter untuk tax claim. Ada barang yang aku beli yang dapat tax claim. Selepas tuntutan dibuat, aku mendapat semula pulangan cukai berjumlah KRW2,000. Selepas selesai urusan tuntutan cukai itu, kami bergegas pula ke pintu berlepas, memandangkan kami sudah agak kelewatan. Nasib baik sempat sampai dan proses boarding penumpang masih dijalankan.

Pesawat berlepas mengikut jadual mendongak ke langit dan meninggalkan bumi Seoul.

Menu yang dipilih di dalam pesawat, Roasted Chicken. Tak cukup plak makan satu... 

Oleh kerana tak kenyang makan Roasted Chicken, kite order plak Vietnamese Iced Coffee dan Caramelized Apple Burnt Cheesecake ni. Sedap cheesecake tersebut. Bende ni beli masa atas pesawat menggunakan KRW yang masih berbaki. Wang asing diterima di atas pesawat cuma, bakinya akan dipulangkan di dalam RM. 

Permandangan luar pesawat 

Matahari hari itu hampir terbenam

Kami mendarat di tanah air lebih kurang pukul 10.00 malam. #missingseoul








bersambung (Episod 9 - Akan datang)
  • 4 Comments
Episod sebelumnya (Episod 6)

8 Oktober 2019 (Selasa)

Hari keenam kami di bumi Seoul, Korea Selatan. Cuaca hari ini sangat baik berbanding semalam yang hujan sepanjang hari. Perancangan hari ini, kami akan bergumbira di Lotte World, salah sebuah taman tema popular di Korea yang juga merupakan indoor theme park terbesar di dunia. Bangga ko dapat sampai sini, ahaks. Tiket masuk ke taman ini telah kami beli di Malaysia melalui klook.com dengan harga RM108.00 seorang. Kalau beli di kaunter taman tema itu pon boleh, harganya cuma KRW57,000 kalau diconvertkan akan menjadi lebih kurang RM200 gitu mengikut pertukaran matawang semasa. Makanya jika beli di klook.com adalah lebih murah dan berbaloi. Tiket ini terhad kepada beberapa bahagian taman sahaja, ada tempat yang pemegang tiket ini tidak dibenarkan masuk. Oleh itu, bacalah terma dan syaratnya dahulu ye.

Kami memulakan perjalanan dari rumah kecil tiang seribu kami lebih kurang pukul 8.30 pagi. Kami akan menaiki metro dari Stesen Sookmyung Women's University dan terus ke Stesen Jamsil, stesen terhampir dengan Lotte World. Dari Stesen Jamsil itu, seperti biasa kami kehilangan arah dan hanya berpandukan kepada papan tanda yang ada. Laluan itu membawa kami masuk ke sebuah kompleks membeli belah, Lotte Department Store, yang membuatkan perjalanan kami mencari pintu masuk ke Lotte World lebih komplek. Setelah mencuba teknik trial an error, kami berjaya juga sampai ke South Gate Lotte World. Kami bernasib baik sampai di situ kerana voucher kami itu hanya boleh masuk melalui South Gate sahaja, kalau sampai di gate lain, satu kerja pulak nak mencari South Gate ni.

Salah sebuah fountain yang terdapat di dalam Lotte Department Store

Papan tanda menuju ke South Gate Lotte World

Barisan yang beratur untuk membeli tiket masuk juga sudah panjang. Hanya satu kaunter sahaja yang dibuka pagi itu. Sambil sahabat lain beratur menunggu giliran untuk menukar voucher kami kepada actual ticket, aku cuba jengah-jengah bahagian dalam sebelum pintu pemeriksaan tiket. Ada satu office yang tertulis Overseas Admission... Foreign Tourist... Online Voucher... bla bla bla gitu. Aku pon masuk dan tengok aktiviti di kaunter dalam pejabat itu. Rasanya kami boleh tukarkan voucher kami di sini, lantas aku terus memanggil sahabat yang lain. Dan memang betul, voucher kami ditukarkan kepada actual ticket di sini. Nasib baik lah aku nampak, kalau tak sia-sia sahaja beratur lama-lama kat luar tu. Itu lah orang tua-tua dah pesan, malu bertanya sesat jalan. Masalahnya, kalau kite tanya pon, orang Korea ni kadang-kadang bukannya paham bahasa English. Wakarimasen jawabnye nnt.

South Gate Lotte World. BArisan yang beratur untuk mendapatkan tiket masuk sudah pon panjang. 
Untuk warga asing atau pemegang voucher online, tiket masuk boleh di beli di kaunter sebelah kiri pintu masuk itu.

Di pejabat ini lah pemegang voucher online atau warga asing
 boleh mendapatkan tiket mereka. Tak perlu beratur kat kaunter tiket di luar

Suasana di kaunter. Masa kami beratur tetiba ramai orang plak.

Tiket masuk ke Lotte World

Melepasi kawasan pemeriksaan tiket.

Melepasi pintu pemeriksaan tiket (kat sini takde check beg pon, kami siap ada bawak makanan lagi, tp makanan ringan lah, bukan nasi, hehehe) kami terus memasuki indoor theme park. Pandangan pertama, memang besar theme park ni. Aku rasa macam ada 5 atau 6 tingkat kesemuanya. Pada masa itu, temanya adalah Halloween, so sana sini ada hantu. Akut...

Kusangkakan datang hari Selasa tak ramai orang, tapi jauh meleset sangkaan aku itu. Pengunjung punyalah ramai terutamanya budak-budak. Diaorang ni tak pergi sekolah ke, atau tengah cuti sekolah kat Seoul ni. Konfius aku sekejap. Hilang arah tujuan aku sekejap melihat lautan manusia di situ. Tambahan lagi, kami tak tahu attraction apa yang best di sana, tak sempat nak buat homework sebelum pergi dulu.



Beberapa permandangan di dalam Lotte World Indoor Theme Park

Apa-apa pun, untuk tidak menghampakan, kami berjaya bermain beberapa attraction di situ. Ini adalah beberapa attraction rides yang berjaya kami main.

Balloon Ride
Beratur menunggu giliran untuk menaiki Balloon Ride.
Sempat berkenalan dengan Amber dan bapanya dari Hawaii, US 

Selepas lebih satu jam beratur, dapat juga naik Balloon Ride. 
Sangat tinggi, tak sesuwai untuk mereka yang gayat macam aku.

Camelot Carousel
Oleh kerana barisan yang beratur tak panjang, 
kita naik bende pusing-pusing ni pulak

Ramai kanak-kanak jer yang naik... kami pun berjiwa kanak-kanak gak...

Muka-muka gembira dapat naik kuda pusing-pusing

Pharoah's Fury
Beratur untuk naik bende ni plak...

Selepas lebih satu jam dalam barisan, turn kami pon sampai

Takde la excited sangat mende ni, tapi kami tetap menjerit 
macam orang tak betul. Melepaskan tensi setelah kene beratur lama

World Monorail
Oleh kerana barisan yang beratur kat sini pon tak nak 
berapa panjang, kami pon turut serta beratur

Monorail kami dah sampai....

Dapat gak awek Korea sorang, tapi ajak balik Malaysia dia taknak plak

Kemudian kami tengok parade plak.






Sebahagian ahli parade. Tak berapa menarik parade dia 
pasal tak berapa nak kenal character dia.

Bila dah dapat duduk, malas pulak nak bangun. Hehehe

Yang lain-lain tu nampaknya terpaksa kami lupakan kerana barisan yang beratur sangat panjang hingga melebihi 1 jam lamanya. Tak larat rasanya nak berdiri dan beratur hanya untuk kegembiraan yang kurang dari 5 minit itu. Mood nak main pon dah takde, stress pulak terasa. Ermmm...

Kami meninggalkan indoor theme park itu dan menuju ke Magic Island. Di sinilah terletaknya castle Lotte World itu. Tak pasti plak nama castle tu ape. Kat sini attraction rides dia lebih menarik dan sesuwai untuk mereka yang berjiwa kental. Aku pulak, tengok pon dah takut. Sindrom dah tua agaknye. Kat sini pengunjung lagi lah ramai. Tak larat lagi rasanya dan berasak-asak berlanggar bahu dan teraba punggung di sana lagi. Kami sekadar tawaf satu pusingan dan seterusnya memutuskan untuk keluar sahaja dari situ. Nak main rides pon terpaksa beratur panjang. Rasanya, tak berbaloi untuk menunggu lebih lama.

 Istana di Lotte World dari kejauhan

Clear blue sky that afternoon


Attraction ride ni tak beroperasi plak hari itu. Tengok pon dah seram nak naik.
Tapi aku pernah gak cuba ride yang serupa dengan yang ini dahulu di Genting Highland

Sebelum pulang kita singgan di 7E dahulu dan makan sandwich ni. 
Halal katanya, InsyaAllah

Kami meninggalkan Lotte World lebih kurang pukul 3.00 petang. Plan B untuk hari itu untuk mengisi masa yang terluang, kami akan balik ke rumah kecil tiang seribu kami dahulu, berehat dan keluar semula petang nanti untuk shopping di Myongdong.

Melalui pemerhatian akulah, keadaan di Lotte World dan Disneyland Tokyo yang aku pernah pergi dahulu sama sahaja. Walau pon kita pergi pada weekdays itu tidak bermakna tak tamai pengunjung. Makanya, kalau ade duit lebih tu belilah Magic Pass kalau di Lotte World ni (kat Disneyland Tokyo aku tak ingat plak namenye ape). Magic Pass ni akan membolehkan kita memotong queue dan tak perlulah membuang masa beratur panjang. Tapi harga Magis Pass ni seolah-olah kita membeli dua tiket masuk. MAHAL!!!

 Lepak-lepak Myongdong sampai larut malam. 
Masih lagi happening tempat ni

Sahabat mencuba lobster tail ni. Aku tak cuba pasal takut kene alergic attack. 
KRW15,000 sahaja

Aku cuba mende ni, Banana and chocolate crepe.
KRW5,000 sahaja (mahal giler). Beli kat kedai oppa dua orang belakang tuh

Muka-muka gumbira dapat beli kasut Sketches sepasang


... bersambung (Episod 8)
  • 6 Comments
Older Posts Home

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Syazni Rahim Blog
    Prompt Gambar Oldschool
    3 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Drama Viu | The Hidden Hand ( Dia Perempuan Sialan)
    9 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Menghitung hari, Mengumpul Sisa Kekuatan Sebagai Guru
    11 hours ago
  • Bola Katok
    ZUS bagi sticker ube 2.0 pulak.
    20 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Irama dan Melodi Lagu Kehidupanku
    21 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    The chicken rice shop
    1 day ago
  • Blog Begins At Forty
    September 20, 2026
    1 day ago
  • Monolog Kakmim
    Ada Yang Masih Ingat Kakmim Ke?
    1 day ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Big Ass Softy (BAS) Cookies Lembut Dan Chewy All About Chew
    2 days ago
  • Warisan Petani
    Kau Tahu Aku Siapa?
    4 days ago
  • Travel My Way
    Hong Kong & Macau Part 6 : Midnight Walk Around Senado Square & St. Augustine's Square
    6 days ago
  • PESONA ETUZA
    Meriah Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kebangsaan, SK.Penagatan, Keningau.
    1 week ago
  • cikguzim
    Cerita Asal Usul Anak Gunung Krakatau
    1 week ago
  • AMMI
    Angin kus-kus
    1 week ago
  • KomenSen
    KANTOI BERSALAH.
    2 weeks ago
  • ixa-rism
    Two Hundred
    1 month ago
  • fairus.com
    Pelanduk Putih: Simbol Penubuhan Kerajaan dalam Tradisi Kesusasteraan Melayu
    2 months ago
  • MRS.A my blog my stori
    Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu
    2 months ago
  • Aiman Abdullah
    Cara Mendaftar Sebagai Seller Shopee
    8 months ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Tutorial remove background! di GOOGLE_ FREE ONLINE_
    8 months ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    2 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (17)
    • ▼  September (2)
      • 1055 : Throwback Thursday (Episod 6) - September 2026
      • 1054 : Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2025 (15)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (4)
  • 2025 : Armenia - Lori Region (3)
  • 2025 : Georgia - Tbilisi (9)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)
  • 2023 : Kedah - Pulau Langkawi (2)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 909 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Pangkor, Perak (Episod 2)
    Episod sebelumnya (Episod 1) Hari kedua kami di Pulau Pangkor ( 29 Februari 2020, Sabtu ). Cuaca pagi itu amat baik. Pagi itu kami bersar...
  • 1054 : Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari
      Assalamualaikum Bila bekerja di sektor awam ni, aktiviti makan free ni memang tidak dapat dipisahkan. Pejabat lain tak tahu lah, tapi di p...
  • 1055 : Throwback Thursday (Episod 6) - September 2026
    Pusat Pembedahan Harian, Pusat Perubatan Universiti Malaya 20 Julai 2026 yang lepas sepatutnya aku menjalani satu pembedahan kecil di Pusat ...
  • Posting No. 181 : Stop!... Stop Asking...
    BILA NAK KAWEN?... Malas betul aku nak menjawab soalan yang Maha Bodoh ni. Dah naik sebu telinga mendengar dan naik bernanah hati menahan be...
  • 1013 : Cute Foods - Nak Makan Ke Tak?
    Kalau makanan macam ni punya kiut, sayang nak makan. Tapi kalau tak makan, nanti membazir pulak. Membazir kan amalan syaitan. Baik di makan ...

Labels

  • Hanya Nak Cerita (302)
  • Jalan-Jalan (145)
  • Makan-Makan (91)
  • Cuti - Cuti Malaysia (83)
  • Ucapan Dari Hati (80)
  • Hiburan (79)
  • Saje Nak Tayang (73)
  • Cuti - Cuti Luar Negara (50)
  • Gambar (46)
  • Masak Sendiri Makan Sendiri (36)
  • Sukan (30)
  • Kerja (26)
  • Luahan Perasaan (24)
  • Kerinduan (21)
  • Takde Idea Nak Menulis (18)
  • Wordless Wednesday (12)
  • Famili (10)
  • Pengetahuan Bersama (8)
  • Throwback Thursday (6)
  • GiveAway (3)
  • Orang Berbudi Kita Berbahasa (2)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top