249 : Johor - Part II

Selamat sudah perjalanan aku pergi dan kembali dari Johor Darul Takzim. Perjalanan jauh sulung ku bersama Cik Siti Nur, seronok tetapi amat memenatkan.

Bertolak pada hari Jumaat 18 Jun lepas lebih kurang pukul 9.30 pagi. Singgah di Hentian Rehat dan Rawat Seremban untuk menunggu adik dan kakak tiba, kemudian perjalanan diteruskan. Keadaan jalan sungguh selesa sehingga tidak perasan kelajuan telah mencecah 150km/j. Kenderaan diperlahankan demi keselamatan diri dan keluarga. Tiba di rumah abang sulung lebih kurang pukul 2.30 petang.

Aktiviti petang pula, kami pergi ke Ayer Hitam. Aku hanya menjadi driver jer, takde niat nak membeli ape2. Just emak ngan adik nak mencari bunga. Katenya bunga2 murah kat sini. Entah lah, ade aku kesah. Aku follow mak memilih bunga yang di berkenan. Rambang mata dia nak pilih, last2 dia cakap "ko pilih lah maner yang ko suka". Erk... aku plak yg kene pilih, aku ni bukan tau pon pasal bunga2 ni. Setelah hampir maghrib berlegar2 di ruang kedai tu, akhirnya ayah yang membuat pilihan. Dipilihnya bunga orkid ungu, yang mana aku pon berkenan pada bunga ni. Harga selepas diskaun, tak sampai RM100. Dalam lebih kurang pukul 8.30 malam, kami berangkat pulang ke rumah abang sulung.

19 Jun 2010 : Kami semua ke Johor Bahru untukmenghadiri kenduri seorang sepupu. Kami tiba lebih kurang pukul 11.30 pagi dan tetamu masih tidak ramai. Pengantin pon masih berseluar pendek ke hulu dan ke hilir. Selepas menjamu selera, takde ape yang boleh dibuat hanya lepak2 di dalam rumah smpi terlelap aku dibuatnya. Akibat kebosanan itu, aku menjadi resah, duduk salah, berdiri salah, ke luar pon salah, tak tahu aku nak buat ape. Last2 aku duduk di dalam kereta, bukak air-con dan radio kuat2 dan aku tidor sorang2. Pukul 4.00 petang aku ajak kakak aku balik tatkala ahli keluarga lain masih belum mahu balik.

Malam selepas maghrib, aku keluar berjumpa seorang kawan di Pontian. Memang dah berjanji dengan dia. Kami ke kedai pebret kawan aku tu di Kukup. Nama kedai tu Mandella. Not bad... makan sampai tak sedar diri kekenyangan. Ape2 pun aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan aku tu kerna sudi membelanja aku makan malam itu.

20 Jun 2010 : Pukul 8.00 pagi matahari dah tinggi, tak macam kat KL. Hari dah cerah, tengok jam masih pukul 8.00 pagi. Pagi ni ade beberapa program sebelum berangkat pulang ke KL. Pertama sekali, aku membawa ayah, mak ngan nenek ke rumah keluarga ayah di kampung yang sama gak. Tak smpi 10 minit perjalanan. Cume menjenguk dan bertanya khabar kepada orang tua itu. Dalam perjalanan pulang kami singgah pula di kedai Pak Uda. Sekadar menjenguk dan bertanya khabar sambil mengepow buah2 yang ada di kedainya. Dapat le jugak manggis, pisang dan durian. Pak Uda ni tak kedekut klu nak amik buah2 di kedai dia. Kemudian, kami beramai2 pergi ke rumah kak ipar aku yang juga tak jauh dari situ. Alang2 dah sampai, kami melawat le saudara mara yang ade di sana. Bile lagi nak menjenguk, entah esok lusa, dah tak dapat berjumpa lagi, manelah tau kan.

Aku tiba di Selayang lebih kurang pukul 5.30 petang selepas singgah berehat di rumah kakak di Puchong dan mengambil ayah di rumah abang di Jalan Duta. Sungguh letih tidak terhingga. Nasib baik hari ni aku cuti. Dapat merehatkan diri.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

11 comments

  1. Salam,

    [Akibat kebosanan itu, aku menjadi resah, duduk salah, berdiri salah, ke luar pon salah, tak tahu aku nak buat ape. Last2 aku duduk di dalam kereta, bukak air-con dan radio kuat2 dan aku tidor sorang2]--> alahai bila orang bandar balik ke kampung..

    ReplyDelete
  2. wsalam cik syima : hahaha... kantoi...

    ReplyDelete
  3. salam afeez,

    siapa kawannya kat pontian tuh. datang pontian tak singgah pun umah az yer

    ReplyDelete
  4. wsalam AZ : bukan az kate nak ke KL ker..tu yg tak call az pon

    ReplyDelete
  5. Salam dekk afezzz..

    Afezz kenape ko jdi macam tu dekk..apo ko pikir tu..sudah2 ler tu..carik larr hawanya cepat2...sian akak nengok aar..yg dekat cukup istimewa...hanya ko yg belum fokus adanya...dia...perlu akak bantu jdi orang tgah..ker..heheh sms akak k...jgan sia2kan masa yg ada.

    ReplyDelete
  6. Salam Afezz...

    Allah ciptakan Hawa utk Adam
    Sebagai teman bicara..
    penghibur kala sunyi dan
    untuk menjadikanNya bukan hanya pemuas nafsu semata...
    tetapi juga untuk pandukan Adam
    lebih fokus pada DIA juga..
    Bak khadijah..dan Rasululullah contohnya...

    ReplyDelete
  7. wsalam kak shami :







    afeezz kerut2 dahi baca komen kak shami.....

    ReplyDelete
  8. jauh perjalanan luas pemandangan huhuhuh

    ReplyDelete
  9. sahrom :

    jauh perjalanan
    luas permandangan
    penat rasa badan

    ReplyDelete
  10. kalu gi Pontian tu lalu lah kawasan perumahan akk ya...

    ReplyDelete
  11. kak CT : kawasan perumahan akak kat maner tuh? awat tak habaq awai2.. bole singgah... haha

    ReplyDelete