883 : Berlalulah Sudah Ramadhan, Sebulan Tak Puasa

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan tak puasa...

Pejam celik, pejam celik, pejam dan celik semula, Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Telah diumumkan seantero Malaya, esok kita akan menyambut Syawal dan Hari Raya Aidilfitri mulia. Kat radio, sudah giat menghidangkan lagu-lagu raya baru dan lama. Lagu lama masih mendapat tempat di hati aku, lagu baru pon ade gak yang aku minat. Tapi lagi raya baru yang paling aku minat adalah lagu ni... hehehe...

Raya Balik - Elyana

Esok dah nak raya, aku masih lagi berada di kantor. Masih ada tugas yang perlu diselesaikan walaupon mood kerja tu dah lama ke laut dalam. Terpaksa selesaikan juga. Kat opis dah ramai yang bercuti, tinggallah kami anak-anak jati Kay-Ell yang akan menyambut lebaran di sini. Best juga raya kat Kay-Ell ni, bukannya tak best. Engkau jer yang membuatkannya tak best. 

Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada semua

Cuti Raya

Disebabkan Hari Raya jatuh pada tengah minggu, hari Rabu dan Khamis, makanya aku telah memohon cuti untuk hari Jumaat dan Isnin minggu berikutnya. Jadinya aku akan bercuti raya selama 6 hari sahaja. Dan cuti juga telah diluluskan. Opis telah keluar notis kerja separuh hari sahaja pada hari ini. Pukul 1.00 petang, bole berambus dari kantor ni. Mengikut perancangannya, lepas opis, aku akan terus balik ke Selayang, amik bapak aku dan bawa beliau ke rumah kakak aku di Putra Perdana. Kami akan menyambut Hari Raya di Putra Perdana, sama seperti tahun lepas. 

Puasa

Alhamdulillah, puasa aku masih terpelihara. Tidak lagi pernah mengantoikan diri. Sepanjang puasa ni aku selalunya berbuka puasa seorang diri di rumah. Juadah berbuka puasa aku beli sahaja di Bazar Ramadhan berhampiran terutama Bazar Ramadhan Putrajaya. Pernah juga ke Bazar Ramadhan Cyberjaya dan Putra Perdana. Kadang-kadang tu aku beli McD sahaja, ade sekali tu aku beli Nando's dan Kenny Rojes. Sepanjang berpuasa ni, cuma enam kali aku berbuka puasa di luar, itupon cuma berbuka di rumah aku di Selayang bersama keluarga, dua kali aku berbuka puasa di rumah kakak aku di Putra Perdana dan sekali di rumah mak mertua sahabat di Bukit Jalil. 

Sahur pula aku bersahur sendiri di rumah. Juadah bersahur selalunya aku beli siap-siap dari Bazar Ramadhan. Ade juga dua tiga kali aku makan biskut sahaja, kadang-kadang makan megi dan sekali aku terlajak sahur, cuma sempat minum air kosong segelas sahaja. Sejurus aku telan air tu, azan Subuh berkumandang.

Tahun ini juga boleh dikatakan yang aku lebih rajin menunaikan solat sunat tarawikh. Bersolat di masjid berhampiran rumah aku, cuma jalan kaki sahaja. Alhamdulillah...

Persiapan Raya - Baju Raya

Persiapan raya aku dari segi baju raya tu takde la hebat mane pon. Aku cuma beli sehelai Baju Melayu Johor berjenama Khatam, kaler pink di Alamanda Shopping Centre. Kemudian aku juga ada membeli tiga helai t-shirt murah-murah semasa shopping di AEON Mall Shah Alam. Aku juga telah sepasang kopiah putih tinggi semasa bershopping-shopping raya di Kompleks PKNS Shah Alam. Aku juga turut membeli butang baju melayu Thanos yang viral itu walaupon aku tidak berbaju melayu tahun ini. Sebab dia viral dan cantik, aku belilah satu set.

Baju raya 2019... Done

Persiapan Raya - Kuih Raya

Tahun ni tahun kedua aku membuat sendiri kuih raya hasil projek kerjasama dengan seorang sahabat. Antara kuih dan biskut raya yang sempat kami buat adalah Cornflakes Madu, Chocolate Chips Cookies, Biskut Mazola dan Kuih Tart Nenas. Disamping itu, aku ada juga membeli beberapa jenis kuih raya yang aku tak mampu nak buat sendiri seperti Popia Simpul, Rempeyek Kacang Tanah, Tart Nenas dan Maruku. Kemudian ada gak orang yang memberi aku kuih raya seperti Biskut Kelapa, Kacang Goreng, another type of Maruku dan dua jenis Kek Lapis Sarawak. Huh... meriah betul kuih raya aku.


Projek Kuih Raya 2019 yang berjaya dilaksanakan.

Kuih raya pemberian seorang kawan

Semalam aku ada membuat Kek Sarang Semut. Malangnya tak jadi seperti yang aku harapkan, tapi rasa not bad. Kakak aku juga ada meminta aku membuat Agar-Agar Santan Gula Merah. Aku pernah buat agar-agar ni sebelum ni dan dia kata sedap dan meminta untuk aku membuatnya lagi untuk hari raya. Siap dia sponser agar-agar dengan santan. Nampaknye malam ni terpaksa aku memenuhi permintaannya.

Agar-Agar Santan Gula Merah yang aku cuba buat beberapa 
hari lepas. Cantik plak kejadiannya dan sedap rasanya.

Balik Kampung

Tahun ni seperti tahun lepas aku akan berhari raya di rumah kakak aku di Putra Perdana. Semua adik beradik aku akan beraya di sini. Perancangan untuk balik ke kampung di Johor masih belum mendapat kata putus. Abang dan adik aku akan balik. Kalau kakak aku balik, aku pon terpaksalah balik juga.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ucapan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
kepada semua yang mengenali diri ini. 

You Might Also Like

2 comments

  1. Selamat hari raya Aidil Fitri.
    Salam kenal singgah dari blog PakNgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidil fitri, maaf zahir dan batin Mrs A
      terima kasih sudi singgah di sini..

      Delete