886 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 12) - Agar-Agar Santan Gula Merah
Beberapa hari sebelum Hari Raya tempoh hari, aku telah mencuba untuk membuat Agar-Agar Santan Gula Merah. Agar-agar ni adalah agar-agar kegemaran aku. Suka sangat agar-agar ni especially yang arwah mak aku buat dulu. Kalau beli pon selalunya tak berapa nak sedap di tekak aku ni. Dah lama berangan nak cuba membuatnya, hari itu baru lah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Petang itu aku telah keluar bersama seorang rakan ke sebuah pasaraya berhampiran, sekadar untuk membeli beberapa bahan untuk agar-agar itu. Dan seperti biasa aku terbeli benda-benda yang tak perlu juga. Ermmm...
Malam itu selepas Solat Sunat Terawih aku memulakan projek aku. Resepi aku dapat dari internet sahaja. Terima kasih En. Google dan mereka yang sudi berkongsi resepi tersebut. Oleh kerana aku ni belum pandai untuk multi-tasking, aku buat satu persatu mengikut arahan resepi itu, dan akhirnya ia mengambil masa yang agak lama jugaklah. Ahaks..
Memula aku siapkan adunan gula merahnya. Aku beli gula merah yang telah sedia dihancurkan, senang sikit kerja aku. Aku larutkan bersama gula pasir sedikit dan masak sehingga kedua-dua gula tersebut larut. Sedap plak bau gula merah tu. Kemudian aku rebuslah agar-agar. Katanya 20g agar-agar, oleh kerana aku malas nak timbang sekadar 20g tu, aku masukkan jer satu peket tu bersama jumlah air yang disyorkan. Lama juga agar-agar ni nak larut rupanya. Jenuh aku menunggu dan menggodakkannya sehingga larut.
Melihatkan agar-agar aku tu nak larut, aku pon sediakan adunan santan dan telur. Godak-godak pakai tangan jer sampai sebati. Kemudian, masukkan adunan gula merah itu ke dalam adunan agar-agar dan gaul sebati. Bila dan agak-agak sebati, masukkan adunan santan dan gula itu dan tunggu sehingga mendidih.
Adunan yang hampir siap. Biarkan mendidih sekejap kemudian
boleh ditutup api dapurnya. Biarkan sejuk sedikit, kemudian baru
tuangkan ke dalam loyang.
Bila dan mendidih tu, tutup api dan biarkan ia sejuk sebentar sebelum dituangkan ke dalam acuan. Bila dah sejuk tu, masukkan ke dalam peti ais. Kene tunggu lah sehingga ia keras untuk melihatkan hasilnya, samada cantik kejadiannya atau tidak.
Adunan yang telah dimasukkan ke dalam loyang. Loyang pon
baru dibeli semata-mata nak buat agar-agar ni
Sahur keesokan harinya dengan penuh debaran di dada, aku memotong agar-agar aku tuh. Dan voila.... berjaya, cantik kejadiannya dan enak rasanya. Huhu....
Cantik kan kejadiannya... mak bangga nak...
Agar-agar itu telah aku jamu kepada keluarga aku. Masing-masing memuji kesedapannya. Dan ada juga rakan yang memuji kecantikannya. Hehehe.. Syukur la nak, terima kasih kepada yang memuji.
4 comments
Huii.... sampai 2019, dah era fb, masih update blog. Terbaik bos
ReplyDeleteblog ni masih ada sentimental value nye, tu yg tak bole nak move on lg...
DeleteHehehehe... ialah cantik kejadiannya.
ReplyDeleteTahniah!
hahaha... so far dah 3x buat, semuanya cantik kejadiannya...
Delete