882 : Projek Kuih Raya 2019
Alhamdulillah, seperti tahun lepas, tahun ini juga aku dan sahabat telah menjayakan Projek Kuih Raya 2019 untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Bahan-bahan telah dibeli bersama, kuih-kuih raya akan dibuat secara bergotong royong dan hasilnya akan dikongsi bersama. Dengan cara ini dapatlah menjimatkan kos membeli kuih raya yang agak mahal dan kadang kala tidak sedap itu.
Walaupon dengan adanya Projek Kuih Raya 2019 ni, aku tetap membeli beberapa jenis kuih yang aku suka tapi tak mampu untuk buat sendiri. Pejam celik, pejam celik dan pejam celik semula, agak banyaklah yang aku terbeli tanpa sedar. Antaranya, Popia Simpul yang aku beli di Ayer Hitem Johor tempoh hari, rempeyek kacang tanah, maruku dan tart nenas yang aku order dari kawan pejabat aku.
Projek bermula pada Cuti Hari Nuzul Quran, kami telah membuat kuih Cornflakes Madu. Oleh kerana kuih ni fevret kami, kami telah membuat sebanyak dua adunan, dapatlah dua balang besar. Malangnya, batch pertama yang masuk oven tu terlebih bakar plak. Makanya, agar gelap warnanya dari kebiasaan. Tetapi rasanya tetap sedap..
Cornflakes Madu yang telah siap. Menunggu masa untuk di makan
Satu bekas khas untuk kakak aku. Khabarnya dah habis..
sedap sangat la tu.. hehehe
Diikuti pada hari Sabtu lepas dengan Chocolate Chips Cookies. First time aku mencuba cookies ni. Resepi dapat dari seorang sahabat di opis. Batch pertama yang masuk oven agak tak cantik bentuknya. Lama kelamaan, bila kami dah mahir, makanya jadilah macam cookies Famous Amos tu. Kalau aku tambah lebih sedikit chocolate chips dengan almond tu mesti lebih sedap.
Biskut Chocolate Chips yang sedia untuk dibakar
Dan pada hari Ahad dengan Peanut Cookies atau dalam bahasa Melayunya Biskut Mazola. Resepi biskut ni aku dapat dari FB. Adunan mula-mula yang ikut resepi tu agak lembik dan susah untuk dibentukkan. Mungkin kerana terlebih minyak walaupon aku masukkan tak sampai sukatan yang disyorkan dalam resepi tersebut. Makanya, batch awal-awal tu agak buruk dan tidak sekata bentuknya. Setelah ditambah tepung sedikit demi sedikit, batch terakhir yang masuk ke oven dapat dibentukkan dengan cantik dan bulat sekata. Tak boleh ikut sangat resepinye kan..
Biskut Mazola dalam proses dihiaskan sebelum dimasukkan ke dalam oven
Disamping itu juga aku telah mendapat Biskut Kelapa dan kacang dari seorang sahabat yang berminat untuk melakukan Program Bertukar-Tukar Kuih Raya 2019 dengan aku kerana nak merasa biskut-biskut raya homemade aku tuh. Hehehe.. alhamdulillah mendapat pujian. Terima kasih kepada yang sudi memberi dan memberi puji-pujian. Bangga aku sekejap sebab biskut raya aku sedap... ahaks...
Pemberian seorang sahabat. Terima kasih
Masih ada lagi satu projek yang akan dijalankan sebelum berakhirnya Ramadhan ni. Harap-harap kami berjaya menjayakannya.
0 comments