885 : Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1440/2019 (Episod 2)
... sambungannya
3 Syawal 1440 (7 Jun 2019, Jumaat)
Hari ini kami semua ke rumah abang di Jalan Duta untuk berhari raya. Selepas solat Jumaat, aku ke rumah kakak sekali lagi dan kami beramai-ramai dengan menaiki dua buah kereta menuju ke rumah abang. Adik akan bertplak lewat sedikit dari rumahnya di Bandar Sri Putra. Tiba sahaja di rumah abang, hidangan untuk tetamu telah tersedia dengan agak mewah. Ada ketupat, rendang, sambal goreng jawa, ayam masak merah, bihun goreng, ayam goreng sekadar menyebutkan beberapa. Kemudian adik pula tiba membawa bersama mac & cheese dan sandwich tuna.
Kemeriahan beraya di rumah abang di Jalan Duta, KL
Semua terpesona menonton tv.
Kemeriahan beraya di rumah abang di Jalan Duta, KL
Aku jer yang tak beralih dari meja
Kenyang makan, suka hati semua orang.
4 Syawal 1440 (8 Jun 2019, Sabtu)
Hari ni aku dan sahabat beraya di panggung wayang TGV, D'Pulze, Cyberjaya. Dah lama rasanya tidak menonton wayang. Banyak filem-filem baru, semuanya terlepas. Di bulan Ramadhan lepas, aktiviti menonton wayang dikurangkan untuk aktiviti yang lebih bermanfaat. Kami telah menonton filem terbaru di panggung iaitu, Godzilla: King of the Monsters. Memandangkan aku ni peminat kepada filem-filem Godzilla, maka aku tidak melepaskan peluang menontonnya di panggung.
Not bad filem ni. Sila tonton di pawagam berhampiran anda
5 Syawal 1440 (9 Jun 2019, Ahad)
Hari ini aku menerima dua rombongan tetamu ke rumah aku untuk beraya. Pagi itu aku dan sahabat telah ke sebuah pasaraya berhampiran untuk membeli sedikit bahan untuk aku menjamu tetamu aku nanti. Aku sebenarnya tak tahu nak buat apa, takkan lah nak hidangkan kuih raya sahaja, rasa macam bersalah pulak tak hidangkan sesuatu. Makanya aku bercadang untuk membuat mee goreng sahaja. Ini adalah kali pertama aku cuba untuk membuat mee goreng, dan resepi aku tengok kat google sahaja.
Lebih kurang pukul 11.00 pagi aku memulakan projek mee goreng aku. Berpandukan resepi dari google dan pengalaman seorang sahabat, jadi juga mee goreng aku tu. Nampak sedap tapi rasanya tak tahu lah. Lebih kurang pukul 1.30 petang, seorang sahabat aku yang aku kenali sejak zaman belajar kat ITM Perlis tiba bersama keluarganya. Mee goreng aku mendapat pujian. Sedap kata mereka walaupon pada selera aku tidak berapa nak sedap. Habis juga lah semangkuk mee tersebut. Hehehe...
Terima kasih Zam dan keluarga sudi mampir di teratak hamba
Lebih kurang pukul 6.30 petang aku memulakan lagi projek mee goreng aku untuk tetamu aku yang akan datang malam nanti. Mee goreng aku kali ni tak secantik mee petang tadi. Ada silap lah tu di mana-mana, terlebih cili kisar kot pasal warnanya yang merah itu. Ermmm... takpelah, janji ada rasa, hahaha.. Pukul 8.00 malam, tiga orang sahabat aku tiba, kemudian datang seorang lagi dan kemudian datang lagi tiga orang. Aku menjamu mereka dengan apa yang ada. Alhamdulillah, mee goreng aku habis, tinggal sedikit sahaja. Tak perlulah aku nak simpan-simpan. (esoknya aku makanlah baki mee goreng tu, alamak.. tak sedap nye, macam takde rasa apa-apa, kesian kawan-kawan aku tu. Sorry ye guys, saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan)
Hidangan untuk tetamu aku di sebelah malam.
Sorry guys kalau ade yang terkurang.
Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi berkunjung ke teratak hamba. Jangan serik datang lagi ye.
6 Syawal 1440 (10 Jun 2019, Isnin)
Hari ini aku sengaja ambil cuti tahunan. Bestnye bercuti...
7 Syawal 1440 (11 Jun 2019, Selasa)
Aku sudah mula bekerja... uhuks...
11 Syawal 1440 (15 Jun 2019, Sabtu)
Aku menerima undangan ke open house yang pertama tahun ni dari seorang ex-officemate di Taman Puchong Prima. Kami sampai lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan merupakan tetamu yang pertama sampai. Menggunakan applikasi waze, tidak sukar mencari kawasan perumahannya. Yang sukar mencari rumahnya sahaja sehinnga tersalah naik ke pintu yang lain.
Di rumah sahabat itu, kami dijamu dengan bubur ayam yang sedap serta serawa durian disamping kuih-kuih raya. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjemput.
... bersambung (jika ada)
0 comments