879 : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1440 (Episod 9)

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi membawa seribu keberkatan kepada semua umat Islam di dunia. Sudah enam hari umat Islam di Malaysia berada di bulan Ramadhan tahun ini. Aku berharap aku dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk menempuh bulan ini. Aku berdoa agar semua amalan aku di bulan ini diterima Allah dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda, InsyaAllah.


Sebagai seorang bujang yang hidup sebatang kara di kota raya yang penuh tipu daya ini, bulan Ramadhan disambut sederhana sahaja malah sama sahaja dengan hari-hari yang lain. Rutin aku di bulan ini bermula pada pukul 5.00 pagi. Aku akan bersahur dengan apa jua rezeki pagi itu yang ada. Paling mewah pon aku bersahur dengan 6 pieces Chicken McNugget beserta air kosong dan paling cikai hanya biskut dan air kosong. Alhamdulillah, sepanjang berpuasa selama enam hari ini, tiada apa-apa masalah bagi aku dari segi kelaparan atau kehausan. 

Rezeki sahur pertama, McD Chicken McNugget

Usai solat Subuh, aku akan terus ke kantor untuk mencari rezeki. Sepanjang bulan Ramadhan ni, aku masuk kerja pada pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah, so far, punch card belum pernah lagi merah. Tugas-tugas di kantor perlu diselesaikan walaupon di bulan Ramadhan. Tiada sebab untuk tidak melakukannya walaupon selalu sahaja rasa malas dan mengantuk. Di kantor ni takde port untuk melempiaskan rasa mengantuk. Tahan sajalah walaupon kadang-kadang terlelap juga di meja. Lunch hour adalah dari pukul 1.30 hingga 2.00 petang. Time ni aku selalunya akan melelapkan mata. Pantry kantor telah aku booking sebagai tempat aku tidor, takde sape bole kacau. 

Pukul 4.00 petang, masa untuk meninggalkan kantor. Tinggalkan sahaja tugas-tugas yang masih belum selesai itu. Tak guna rasanya bagi aku menunggu lebih lama. Esok kita sambung sahaja tugas-tugas itu. Kebiasaannya sebelum pukul 5.00 petang aku sudah sampai di Cyberjaya. Untuk berbuka, aku hanya beli sahaja di Bazar Ramadhan yang berhampiran. Selalunya aku ke Bazar Ramadhan Putrajaya dan pernah sekali ke Bazar Ramadhan Putra Perdana. Menu berbuka aku tidak lah semewah mana, cukuplah dengan nasi campur sebungkus dengan sedikit kuih. Itu pon dekat RM20.00. 

Rezeki berbuka pertama, Nasi Ambeng (RM9)

Alhamdulillah, bulan Ramadhan ini aku rajin ke masjid berhampiran untuk bersama-sama mengerjakan Solat Sunat Tarawikh. Masih lagi terpelihara walaupon semalam telah terkantoi, uhuks. Masjid itu masih lagi penuh dengan jemaah yang dari mana entah datangnya. Jemaah ramai sehingga aku tidak ada rezeki untuk merasa moreh yang disediakan, habis sokmo. Husnuzon sahaja, mungkin ada yang lebih memerlukan. 

Suasana Terawih pertama

Seperti biasa, aku akan tidor pada pukul 11.00 malam. Esok pukul 5.00 pagi, rutin aku berulang semula. 

You Might Also Like

0 comments