881 : Weekend Gateway - Berpuasa di Chaah, Johor
Cuti panjang hujung minggu yang lepas sempena Hari Wesak dan Hari Nuzul Quran tidak aku sia-siakan dengan aktiviti tidak berfaedah. Plan awalnya nak memulakan projek kuih raya 2019 aku, tetapi projek tersebut terpaksa ditunda kerana sahabat telah mengajak aku pulang ke kampungnya di Chaah, daerah Segamat, JDT. Nak merasa juga berpuasa di tempat lain selain dari Kota Raya yang penuh tipu daya ni. Di sini, aku nak ceritakan perkara yang best-best sahaja. Sekurang-kurangnya best bagi aku.
Mencuba Sesuatu Yang Tidak Pernah Dicuba
Berbuka puasa hari pertama aku di Chaah dengan juadah yang dimasak oleh keluarga sahabat. Lama sudah aku tidak makan masakan homemade seperti ini. Selalunya aku makan yang kedaimade jer. Salah satu menu rare petang itu adalah Ikan Sebarau, sejenis ikan sungai yang agak rare. First time aku dengar dan first time juga aku rasa. Ikan itu dimasak tiga rasa kalau tak silap aku, atau masam manis, kurang pasti pulak saya.
Sebagai seorang yang suka makan ikan, bagi aku ikan ini sangat sedap. Isinya putih dan lembut. Kebijaksanaan orang yang menyediakannya membuatkan ikan ini tidak berasa atau berbau hanyir. Memang aku ratah ikan tersebut tanpa malu-malu. Tetapi ikan ni banyak tulang tau. Tulangnya lebih kurang macam tulang ikan terubuk, silap-silap makan bole tercekik.
Inilah dia ikan sebarau. Besar gak ikan ni ek.. (gambar dari google)
Ikan sebarau masak masam manis.. Ermmm.. sedap... (gambar dari google)
Nyam-nyam serius sedap... bila agaknya bole makan lagi ikan sebarau ni...
Hari kedua aku berbuka puasa aku telah mencuba kulit lembu masak ape ntah. Katanya masakan tradisional masyarakat setempat. Juadah ni dibeli semasa kunjungan kami ke Bazar Ramadhan di Parit Raja. Disebabkan rare dan susah nak dapat, maka harganya agak mahal, sesenduk RM4.00 dengarnya. Aku rasa sedikit sahaja, sekadar nak merasa, supaya nanti kalau ada orang tanya bole la aku katakan yang aku pernah rasa kulit lembu itew. Teksturnya kenyal dan agak tasteless untuk citarasa aku, rasanya datang dari jenis masakannya saja.
OK... aku tak suka sangat juadah ni, bye..
Bazar Ramadhan Parit Raja
Terlanjur kami ke Ayer Hitam dan Parit Raja pada hari kedua, kami telah singgah di Bazar Ramadhan di Parit Raja. Bazar ini tidaklah sehebat Bazar Ramadhan di Putrajaya atau di TTDI, bazar ala-ala kampung je. Tidak besar tetapi meriah dan mewah dengan hasil jualan penduduk setempat. Plan asalnya nak mencari kuih sahaja, akhirnya macam-macam pulak yang terbeli.
Mana tidaknya, di bazar ini kuih-muih dijual pada harga tiga seringgit. Pendapat aku mana nak dapat lagi orang jual kuih tiga seringgit nampaknya meleset. Pelbagai jenis kuih-muih dijual pada harga begitu rupa, dan boleh campur-campur. Kalau bazar kat sini especially di Putrajaya yang selalu aku pegi tu, kuih-muih sudah di pack dalam bekas plastik, kuih yang sama plak tu. Dijual rata-rata pada harga RM3 untuk satu pek lima biji. Oleh kerana murah, kami beli agak banyak jugak lah, daripada lepas pisang, lepat ubi, kuih kaswi dan roti sardin goreng.
Selain itu, laksa juga boleh dapat pada harga RM1 sebungkus. Sebungkus cukup untuk makan seorang, lengkap siap dengan condiment nye dan telur sekali. Aku tak rasa laksa ni, tapi bagi mereka yang rasa, katanya sedap, tak berbaloi dengan harganya yang murah itew. Kami beli ayam percik juga pada harga RM2 seketul. Kalau kat sini, ayam percik tu mau bole sampai RM5 ke RM6. Oleh kerana murah, kami beli dua ketul, dan rasanya juga tidak mengecewakan, terasa rugi plak beli sikit, ahaks. Kami juga membeli rojak manis, katanya rare juga rojak manis ni, susah nak jumpe, tapi aku kurang periksa plak, nampak macam rojak mamak je. Tak pasti berapa RM tapi rasanya sedap juga. Kami juga turut membeli beberapa jenis minuman. Aku beli teh ais madu pada harga RM2 sebungkus. Kalau kat sini aku beli ari tu RM4 cume besar sikit jer bungkusannya. Sate juga dengar kata beherga 50 sen secucuk, tapi kami tak beli sebab dan banyak sangat membeli di sana. Apa-apa pun, huntong la orang kat sini, bazar Ramadhan menjual makanan yang sedap dan murah. Kata ibu kepada sahabat, orang-orang Jawa memang akan masak sedap-sedap. No wonder lah aku suka masakan Jawa. Kene kawen orang Jawa la gamaknye aku, uhuks.
Shopping-shopping Kuih dan Kerepek Raya
Kalau nak shopping kuih atau kerepek raya boleh la shopping di Parit Raja atau ke Ayer Hitam. Katanya di Parit Raja lebih murah berbanding Ayer Hitam, tapi kami tak jumpa tempat yang hendak kami tuju itu. Makanya kami beli dia satu tempat yang namanya Pasar Kerepek kot (lupe la plak namanya) di Pekan Parit Raja. Kedua-dua tempat memang banyak pilihan tapi di Parit Raja lebih banyak pilihan kuih raya berbanding Ayer Hitam. Aku hanya membeli popia simpul sahaja di Ayer Hitam pada harga sekilo RM36 (kalau tak silaplah) dan beli pisang salai di Parit Raya dengan harga RM10 sepeket.
Memborong kerepek di salah satu kedai di Ayer Hitam, Johor
Banyak pilihan kat sini. Silalah buat perbandingan
harga sendiri ye untuk mendapatkan harga yang lebih murah.
Kat sini selesa sket nak memborong.
Esoknya kami telah singgah di Ayer Hitam lagi untuk memenuhi pesanan orang. Aku telah membeli kerepek ubi pedas, 500g RM10, kerepek bayam, 500g RM13 dan kerepek pisang tanduk, 500g RM20.
Cukuplah tu shopping untuk raya.
0 comments