870 : Weekend Gateway - Camping At Taman Eko Rimba Sungai Tua (Episod 1)

Cuti panjang sempena Hari Thaipusam yang lepas tidak aku sia-siakan dengan aktiviti tidak berfaedah. Seorang sahabat telah mengajak aku dan beberapa orang sahabat lain untuk menyertai aktiviti berkhemah selama 2 hari 1 malam di Taman Eko Rimba Sungai Tua. Seramai lapan orang sahabat telah mengesahkan untuk menyertai perkhemahan ini tetapi akhirnya dua orang telah menarik diri atas sebab peribadi. Tak mengapalah.

Kali terakhir kami mengadakan aktiviti berkhemah adalah pada bulan September 2014 di Sungai Lepoh, Hulu Langat, Selangor. Seramai enam orang telah menyertai perkhemahan yang banyak meninggalkan kenangan suka dan duka. Apa-apa pun semua itu menjadi kenangan indah bagi kami. Semasa perkhemahan tempoh hari juga, banyak kali kami bercerita akan kenangan-kenangan pahit manis di Lepoh itu.

20 Januari 2019 (Ahad)

Lebih kurang pukul 8.00 pagi aku dan seorang sahabat telah bertolak dari rumah kami di Cyberjaya menuju ke rumah seorang lagi sahabat yang tidak berapa jauh dari rumah kami. Kemudian lebih kurang pukul 8.30 pagi kami seramai lima orang dengan dua buah kereta menuju ke tempat pertemuan kami dengan seorang lagi sahabat kami (ketua kumpulan). Aku hanya mengekori kenderaan yang satu lagi menuju ke destinasi di Stesen Minyak Petronas, Bandar Baru Selayang Fasa 2A. Ketua Kumpulan tu katanya dah menunggu kami sejak pukul 8.00 pagi lagi. Sebelum meneruskan perjalanan, kami bersarapan dahulu di sebuah restoran berhampiran.

Selesai bersantapan pagi, kami dengan kekuatan tiga buah jentera terus menuju ke destinasi tujuan kami. Perjalanan kami santai sahaja kerana keadaan jalan kecil serta berliku-liku, tidak digalakkan untuk memecut di kawasan ini kerana sangat berbahaya, walaupon ada jer yang macam tak paham bahasa. Kami tiba di tempat tujuan kami, Taman Eko Rimba Sungai Tua lebih kurang pukul 11.00 pagi. Ketua Kumpulan telah menuju ke pejabat rimba untuk membuat pembayaran tapak khemah dan caj masuk untuk kami semua. Caj yang dikenakan untuk tapak khemah adalah RM10.00 bagi satu khemah dan RM2.00 untuk setiap orang yang masuk. Katanya Ketua Kumpulan kami dapat harga diskaon. Pepandailah ayat abang yang kerja kat situ. Huhu...

Pintu Gerbang masuk ke Taman Eko Rimba Sungai Tua 
(gambar dari google)

Jambatan gantung menyeberangi sungai untuk 
ke tapak perkhemahan (gambar dari google) 

Kami telah memilih tapak yang terbaik di kawasan perkhemahan di seberang sungai itu. Tidak ramai orang nampaknya di seberang sini. Huhu,,, baguslah, seumpama tempat ini kami yang punya. Tiga buah khemah segera didirikan untuk tempat kami bermalam. Usai mendirikan khemah masing-masing, kami berkumpul dan berbual kosong, maklumlah sudah lama tak berjumpa, hanya berjumpa di group whatapps saje. Kemudian, kami bermain permainan yang telah disediakan oleh salah seorang sahabat. Owh ye.. di sini line telefon macam nak tak nak je adanya. Baguslah macam tu, takde lah asik nak berkepit dengan henfon jer masing-masing.

Tapak perkhemahan yang luas dan bersih

Tiga buah khemah telah berjaya didirikan. 
Tempat kami bermalam malam ini.

Tak tahu apa nama game ni, tetapi menyeronokkan

Lebih kurang pukul 1.00 petang, Ketua Kumpulan telah bersiap-siap untuk menyediakan makan tengahari. Memang giliran beliau untuk menyediakan makan tengahari untuk kami. Katanya menu sedap. Menunggukan makanan tengahari siap, kami yang lain-lainnya turun untuk mandi sungai. Sungai di sini nampaknya bersih dan jernih airnya. Sebelum masuk memang mengigil sebab airnya yang sejuk. Kami telah memilih port yang tak ramai orang untuk mandi manda dan menjamu mata dengan apa saja yang terhidang, huhu.


Sungai yang bersih, jernih, sejuk dan menyegarkan

Setelah badan terasa sejuk dan segar, dan perut sudah merasa lapar, kami kembali semula ke khemah. Makan tengahari sudah hampir siap. Memu makan tengahari kami hari itu adalah Nasi Kunyit, Udang Bakar, Sosej Bakar, Tempe Goreng, Grilled Pineapple dan sedikit daun-daun salad. Kenyang makan tengahari itu.

Menu makan tengahari kami, nasi kunyit, udang bakar, sosej bakar, 
nenas grilled, tempe goreng dan dedaunan salad. 
Terima kasih kepada Ketua Kumpulan yang menyediakan makan tengahari itu

Udang bakar.

Selesai bersantapan, kami membuat hal masing-masing. Ada yang berbaring, ada yang tidor dan ada yang berbual kosong. Kemudian, seorang sahabat ajak main Uno. Dah lama gak rasanya tak main Uno.  Round pertama cuma empat orang sahaja dan round-round berikutnya semua turut bermain sambil dihidangkan minum petang berupa nescafe panas dan perbagai jenis jajan sumbangan seorang sahabat lain. Sempat gak bergaduh-gaduh sambil dengki mendengki sesama sendiri hanya untuk menang game tersebut.

Petang itu cuaca amat baik,  tidak panas,  mendung sahaja.  Macam nak hujan pon ada sehingga kadang-kadang macam terasa juga gerimisnya.  Kami bercadang untuk menaikkan kanvas sebagai persediaan jika hujan akan turun.  Tapi entah macam mana,  plan nak naekkan kanvas terbatal sebaliknya kami berpindah ke satu kawasan perkhemahan lain yang lebih selesa,  siap ada tempat untuk buat barbeque malam nanti. Selepas selesai berpindah dan mendirikan khemah di tapak baru,  sekali lagi kami beramai-ramai terjun ke sungai untuk menyejukkan badan yang kepanasan.

Aktiviti mandi sungai waktu petang sebelum gelap

Apabila matahari telah terbenam dan suasana sudah beransur gelap,  kami mula untuk menyediakkan makan malam.  Makan malam kami malam itu disediakan oleh seorang sahabat yang lain. Walau bagaimanapun,  semua orang bekerjasama menyediakan makan malam itu.  Menu kami tidaklah mewah,  sekadar chicken wing bakar,  udang bakar,  sosej bakar,  mashroom soup dan nasi baki tengahari tadi. Makan sampai kenyang tapi aku makan tak banyak pasal takut plak sakit perot nak berak malam nanti.  Tak kuasa nak pi tandas yang jauh dah gelap itu dan tak selesa plak nak berak kat sungai. Ahaks...

Menu makan malam, grilled chicken wing, grilled prawn, 
grilled sausage dan sup cendawan

Grilled prawn and grilled sausage

Grilled chicken wings

Selesai makan kami hanya berbual kosong dan masing-masing mula masuk ke khemah lebih kurang pukul 11.00 malam.

...  bersambung

You Might Also Like

2 comments

  1. Hehehe... camping macam zaman sekolah dahulu kala.
    Mrs.A suka pantai dan laut lebih dari macam ni

    ReplyDelete