868 : Weekend Gateway - Segamat, Johor (Episod Akhir)

... sambungannya


24 Disember 2018 (Isnin)

Pagi itu lebih kurang pukul 9.00 pagi kami bertiga keluar ke Segamat di dalam misi untuk memperbaiki cermin kereta yang telah retak dan berderai itu.  Cari-cari dalam internet macam tak jumpa pula kedai yang boleh memperbaiki cermin kereta.  Hanya sebuah sahaja bengkel pakar cermin yang namanya sentiasa pop-up di dalam senarai hasil carian En.  Google.  Kami memutuskan untuk ke bengkel itu sahaja.

Selamat Datang ke Segamat (gambar ehsan google)

Lebih kurang pukul 10. 00 pagi kami tiba di Bandar Segamat dan bengkel pakar cermin yang dituju.  Bengkel itu sudah dibuka dan kami terus masuk ke dalam untuk bertanya.  Malangnya cermin untuk Honda City tiada dalam stok bengkel itu dan perlu diorder dari Muar dan stok akan tiba lebih kurang pukul 2.00 petang nanti. Aku berfikir-fikir kerana terpaksa menunggu sehingga 4 jam.  Aku tidak memberi keputusan aku lagi kepada tuan punya bengkel dan bercadang untuk mencari bengkel yang lain.  Kami menemui sebuah bengkel yang lain.  Malangnya terpaksa juga menunggu stok yang dijangka memakan masa selama 2 hari.  Gila ke ape,  dari mana dia order cermin tu,  dari Jepun ke sampai kene tunggu 2 hari.  Oleh kerana sudah malas untuk mencari bengkel yang lain, akhirnya aku decided untuk ke bengkel yang pertama tadi sahaja.  Aku terus menelefon bengkel tersebut dan akan datang semula pada pukul 2. 00 petang nanti.

Kedai Cermin Kereta Tan, Segamat 
(gambar ehsan google)

Untuk membuang masa yang terluang itu kami telah ke Segamat Central untuk menonton wayang sahaja.  Nasib baik ada waktu tontonan awal.  Kami telah menonton filem terbaru di pawagam iaitu filem Aquaman.  Waktu tontonan kami adalah pada pukul 11.45 pagi (kalau tak silap)  dan harga tiket sangat murah,  RM8 sahaja seorang.

Aquaman

Bagi aku filem ini agak menarik walaupon sempat jugak aku terlelap semasa menonton.  Tak perlulah aku buat review,  anda bolehlah menonton sendiri filem ini di pawagam-pawagam berhampiran anda. 

Sejurus tamat filem tersebut,  kami terus ke bengkel berkenaan.  Tauke bengkel kata nak call bila barang dah sampai,  tapi sampai ke sudah tak call-call.  Kami tiba di bengkel tersebut lebih kurang pukul 2.30 petang.  Nasib baik barang sudah tiba,  tauke pon sudah call tapi masa tu aku tengah drive,  tak perasan dia call.  Proses penukaran mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.  Jumlah kerugian sebanyak RM150 tidak termasuk kos perjalanan Chaah-Segamar-Chaah,  kos tiket wayang dan kos makan sepanjang masa di Segamat.  Hahaha...

Keadaan cermin kereta aku sebelum diganti

Dua bengkel yang kami pergi. Dua ni jer yang kami jumpa. 
Mungkin orang Segamat boleh bantu cadangkan bengkel yang lain. 

Selesai urusan kami di Segamat,  kami terus pulang ke Chaah.  Lebih kurang pukul 8.30 malam,  kami berangkat pulang ke Cyberjaya. 

You Might Also Like

0 comments