866 : Weekend Gateway - Segamat Johor (Episod 1)

Cuti hujung minggu kedua terakhir bulan Disember ditambah dengan cuti Hari Krismas tidak aku sia-siakan dengan aktiviti tidak berfaedah. Aku mengambil Cuti Rehat pada hari Isnin, 24 Disember 2018, dan kalau dicampur dengan cuti-cuti yang ada, aku bercuti selama 4 hari. Seronoknya hati tak terkata dapat melepaskan diri dari tugas-tugas di kantor yang sudah bosan untuk diselesaikan. Untuk cuti panjang itu aku telah memanjangkan kaki aku ke kampung seorang sahabat di Chaah, daerah Segamat, Johor Darul Takzim. Kampung sahabat itu memang tidak asing sudah bagi aku. Sudah beberapa kali aku pergi dan bermalam di kampungnya. Dah jadi macam kampung aku pulak rasanya. 

22 Disember 2018 (Sabtu)

Program kami bemula agak awal. Mengikut perancangannya pukul 6.30 pagi dah nak gerak ke Johor, tapi terlewat sedikit, dalam 6,45 pagi baru kami memulakan perjalanan. Perjalanan kami santai sahaja dari Cyberjaya melalui Lebuhraya Elite dan terus ke Lebuhraya PLUS. Kami berhenti sebentar di R&R Seremban untuk membeli sedikit jajan untuk perjalanan kami pagi itu. 

Kami kemudiannya singgah di Daerah Muar untuk bersarapan. Memang sudah merancang untuk bersarapan di Muar, sebab sarapan di Muar ni lain daripada yang lain. Kami singgah di restoran kegemaran kami, malangnya restoran itu sudah ditutup kerana menjalani proses pembinaan bangunan baru. Tak tahu pula kami ke mana restoran itu berpindah. Kami berpusing-pusing mencari restoran lain, malangnya tidak terdapat banyak pilihan. Cari dalam google pon keputusannya amat mengecewakan, hehehe. Akhirnya, setelah buntu mencari tempat lain, kami singgah di sebuah restoran yang pernah kami makan sebelum ini, Renney's Satay. Pagi itu aku telah memilih untuk makan Mee Bandung Muar dan sate ayam dan daging. Mee bandung di sini bagi aku agak sedap tetapi aku pernah merasa mee bandung yang lebih sedap dari ini. Sate dia juga sedap. Sebelun ini aku pernah mencuba lontong di sini, tetapi bagi aku lontong dia tak berapa sedap jika hendak dibandingkan dengan lontong di restoran yang telah ditutup itu. 

Suasana semasa bersarapan pagi di Renney's Satay

Sate ayam, sate daging dan sate perut di Renney's Satay

Mee Bandung Muar di Renney's Satay

Sarapan pagi kami pagi iteww..

Inilah restoran yang kami nak pergi. Restoran ni dan restoran 
di sebelahnya (restoran sebelah tu tak tau nama apa). 
Lontong dia sangat sedap. Sapa tau restoran ni pindah ke mana?

Selepas bersarapan, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Daerah Segamat pula dan kami tiba di Chaah menjelang tengahari. Tiada apa-apa yang kami lakukan tengahari itu. Masing-masing merehatkan diri dan ada juga yang terlelap. Menjelang petang, lebih kurang pukul 3.30 petang, perut mulai terasa lapar. Memandangkan kami tidak tahu di mana hendak makan dan cuaca juga amat panas petang itu, kami menuju ke Yong Peng untuk makan KFC sahaja. Berada di dalam KFC pon masih terasa bahangnya. 

Selesai makan kami menuju pula ke Ayer Hitam, sekadar jalan-jalan dan mencuci mata sahaja. Tiada apa yang dicari sebenarnya, tapi kalau ada yang berkenan, kita amik sahaja. Setelah puas pusing-pusing kawasan itu, akhirnya aku terbeli juga sebijik bantal besar berharga RM15 dan sehampar tikar Sarawak kecil berharga RM60. Nasib baek tak beli bunga, pasal semuanya aku tak berkenan... hahaha...

Sekitar tempat menjual pelbagai jenis bunga dan 
pokok tiruan di Ayer Hitam

Hasil tangkapan di Ayer Hitam. Nenas tu beli di pasar minggu Chaah.

Malam itu kami hanya lepak-lepak di rumah sahaja. Perut masih kenyang kerana di Ayer Hitam petang tadi kami telah makan Char Kuey Teow yang tak berapa nak sedap dan otak-otak yang tak berapa nak sedap juga walaupon baunya yang sedap telah berjaya membuat kami membelinya. Kami juga telah memakan ABC yang juga tak berapa nak sedap dan tak macam ABC pon. Tak pernah aku jumpe ABC yang hanya ada ais, jagung, ditabur dengan nestum dan ada ais krim di atasnya. Ermmm....

bersambung...

You Might Also Like

0 comments