867 : Weekend Gateway - Segamat, Johor (Episod 2)

... sambungannya

23 Disember 2018

Hari kedua dan aku masih lagi di bumi Johor Darul Takzim. Pagi itu cuaca sejuk menyelubungi Kampung Jawa, Chaah. Kabus menyelubungi subuh membawa ke pagi. Aku suka akan bau kampung di pagi hari, bau-bau kombinasi bau tanah dan tahi ayam.. hahaha...


 Kawasan sekitar rumah yang diselubungi kabus pagi. 
Terasa macam kat oversea plak

On the way ke Pasar Minggu Pekan Chaah. 
Masih lagi kabus menyelimuti alam

Masjid Chaah hampir hilang dari pandangan

Pagi itu kami ke pasar minggu di Pekan, Chaah untuk mencari sarapan dan juga lauk untuk makan tengahari nanti. Cuaca yang baik pagi itu dan peniaga serta pelanggan sudah ramai dengan urusan masing-masing. Walaupun pasar ni bertaraf pasar minggu sahaja, yang bestnya banyak makanan dan sarapan pagi yang di jual di sini. Tak payah susah-susah nak mencari sarapan. Untuk sarapan pagi itu kami telah membeli nasi lemak bungkus dan mee goreng bungkus dalam plastik. Sedap nasi lemak dan mee goreng dia, nasib baik beli awal pasal bila datang semula, dah tinggal bakul je. Kami juga ada membeli roti goreng dan sedikit kuih. Untuk makan tengahari kami telah membeli ikan untuk dimasak asam pedas dan sedikit sayur-sayuran. Tidak lupa juga aku membeli dua biji nenas dengan harga RM10.00. Kalau pi Johor kalau tak beli nenas memang tidak sah bagi aku. Nenas kat sini mesti manis. Tiada aktiviti lain kami lakukan hari itu, hanya lepak-lepak sahaja.

Suasana Pasar Minggu Chaah

Masih lagi berkabus. Suasana di Pasar Minggu

Petang itu sahabat aku memaklumkan bahawa cermin kereta aku pecah. Aku pikirkan hanya retak sahaja, tetapi bila aku tengok, sudah retak seribu dan tidak dapat diselamatkan lagi. Sebab utama cermin tu pecah mungkin disebabkan terkena batu yang melayang semasa abang sahabat sedang memotong rumput menggunakan mesin rumput di kawasan berdekatan. Ermmm....

Keadaan cermin kereta yang retak menanti berderai

Nak tak hendak terpaksalah aku dan sahabat keluar mencari kedai cermin untuk menggantikan cermin dah retak seribu itu. Mula-mula kami mencari di kawasan Chaah, tapi tiada nasib. Kami terus ke pekan terdekat iaitu Pekan Labis. Kami bertanya di dua buah bengkel yang masih buka, kedua-duanya mengatakan bahawa cermin terpaksa ditempah terlebih dahulu dan tidak dapat disiapkan hari itu. Setelah berpusing-pusing satu Labis, akhirnya kami pulang sahaja ke rumah dan esok terpaksa kami ke Segamat dan mencuba nasib di sana pula.

... bersambung


You Might Also Like

0 comments