853 : Sambutan Hari Raya Idul Adha 1439H/2018M - Berkorban Di Pullman Putrajaya Lakeside
Sudah terlambat rasanya untuk aku mengucapkan ucapan selamat Hari Raya Idul Adha kepada semua, tapi.... rayakan sebulan, rasanya tak terlambat pon kan... ahakz
Tahun ni sambutan Idul Adha aku sekeluarga nampaknye berlainan dari tahun-tahun sebelumnya. Sehari sebelum Idul Adha, selepas tamat waktu bekerja aku terus balik ke Selayang. Lebih kurang pukul 8.30 malam, aku bersama-sama ayah keluar dan menuju ke rumah kakak di Puchong Perdana. Tahun ini, kami akan menyambut Idul Adha di rumah kakak, seperti apa yang kami lakukan semasa Idul Fitri yang lepas. Kakak nampaknya tak membuat apa-apa persiapan pon. Ketika aku sampai di rumahnya, dia dan suaminya tiada di rumah, keluar membeli bahan-bahan yang hendak digunakan untuk memasak juadah hari raya katanya. Tinggal aku dan ayah bersama anak-anaknya. Lebih kurang pukul 11.00 malam, aku meminta diri dan pulang ke Cyberjaya (kampung sebelah jer, bukan jauh pon) dan berjanji esok aku akan datang pagi-pagi selepas subuh, hahaha...
Tidak seperti yang dijanjikan, esoknya pukul 10.30 pagi baru aku sampai di rumah kakak. Juadah hari raya biasa berupa nasi impit, kurma ayam dan kuah lodeh nampaknya telah terhidang. Entah pukul berapa agaknya dia mula memasak, agar-agar dan bubur kacang pon ada. Abang ipar aku pula sedang sibuk menyediakan rendang daging. Tidak lama selepas itu, adik bersama keluarganya tiba membawa bersama nasi minyak dan ayam masak merah serta ketupat palas. Abang dan keluarganya nampaknya tidak turut serta pagi itu.
Selepas Asar, aku, ayah serta kakak sekeluarga menuju ke Pullman Putrajaya Lakeside. Adik nampaknya telah membooking dan membelanja tiga bilik untuk kami bercuti dan berehat di Pullman. Adik sekeluarga awal-awal lagi sudah check-in dan setiba kami di sana mereka sedang seronok mandi kolam. Ini merupakan pertama kali aku ke Pullman Putrajaya Lakeside, tempat untuk orang ada-ada, aku hanya mampu tengok sahaja, sib baik ade orang nak belanja. Terima kasih adik kerana sudi belanja satu bilik untuk aku.
Permandangan sekitar Pullman Lakeside Putrajaya
Selepas Maghrib, kami semua termasuk abang sekeluarga menuju ke Restoran Padi, Putrajaya untuk makan malam. Makan malam malam itu disponser oleh abang. Ini merupakan kali kedua kami makan beramai-ramai di sini. Makanan di sini bagi aku biasa-biasa sahaja dan banyak pilihan makanan tempatan dan antarabangsa. Untuk malam itu, kerana orang belanja aku telah mengorder Fried Chicken Parmagiana with spaghetti and vege. Biasa-biasa sahaja Chicken Parmagiana dia, aku pernah rasa yang lebih sedap dari itu (ke yang sedap tu Chicken Cordoun Bleu). Terima kasih abang kerana sudi belanja kami. Sebelum bersurai malam itu, sempat juga aku mengepow kakak Macadamia Cheese Cake, hehehe.. Terima kasih kakak ku. Huhu...
Penginapan kami malam itu datang bersama dengan sarapan pagi. Maka keesokkan harinya, lebih kurang pukul 8.00 pagi, kami ke restoran hotel untuk bersarapan pagi. Banyak juga juadah sarapan pagi yang disediakan dari yang tempatan hinggalah ke antarabangsa. Makan sampai kenyang walau pon makanan yang dihidangkan tidaklah berapa menarik. Menurut sumber yang boleh dipercayai, menu pagi itu disediakan sedemikian rupa kerana majoriti tetamu di hotel berkenaan adalah warga China, maka terpaksalah mengikut cita rasa warga China, walaupon menunya tak nampak macam China pun.
Lebih kurang pukul 10.30 pagi itu, aku terpaksa berundur diri kerana ada urusan peribadi yang aku hendak lakukan. Yang lain, masih lagi bermandi manda di kolam.
0 comments