854 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 4)
Sejak-sejak kejayaan aku menghasilkan kek marble semasa bulan puasa lepas untuk Hari Raya Idul Fitri, makin rajin pulak aku membuat kek. Sehingga kini ada la dalam 3-4 kali aku berjaya membuat kek walaupon pada aku tidaklah secantik dan sesedap kek yang arwah mak aku buat, masih ade yang boleh diperbaiki, masih ada kesilapan-kesilapan kecil yang dikenalpasti oleh aku.
Usaha pertama aku untuk menghasilkan kek marble adalah semasa bulan puasa lepas. Kek menjadi, walaupon tidak segebu yang diharapkan dan kek tersebut naik tinggi dan merkah ditengahnya. Orang kata kalau kek jadi sedemikian rupe, disebabkan tepung terlalu banyak. Tapi aku buat dah ikut resepi yang aku ada. Tak tau la kan, mungkin ada silap di mana-mana tu, yang penting kek tu sedap, hehehe...
Inilah hasil percubaan pertama aku membuat kek marble..
Percubaan kedua juga membuat kek marble dan juga semasa bulan puasa lepas. Kali ni juga menjadi (tak amik gambar plak). Kali ketiga aku telah mencuba kek oren. Resepi aku dapatkan dari internet sahaja. Kek ni juga aku cuba masa bulan Ramadhan lepas untuk makan semasa hari raya. Malangnya kek itu tak jadi. Tak naik dan dalam dia tak masak. Terpaksa buang dua adunan kek yang telah dimasak itu. Sedih je rasa, uhuks. Kesilapan yang telah dikenalpasti adalah disebabkan mungkin aku terlupa nak letak baking powder sebab tu kek tak berapa nak naik dan kerana aku terletak banyak sangat jus oren, sebab tu kek tak masak.
Seterusnya aku telah membuat kek marble khas untuk kawan-kawan aku yang nak datang beraya kat rumah. Mereka datang pon semata-mata nak merasa homemade raya cookies aku dengan homemade kek aku. Nak tak nak terpaksa lah aku membuat satu kek untuk mereka. Alhamdulillah, menjadi kek aku untuk tetamu-tetamu aku tuh.
Kek marble yang aku buat dan kek-kek lain yang kakak aku bagi
beserta kuih-kuih raya homemade yang aku buat untuk tetamu aku
Seterusnya aku cuba lagi untuk membuat kek oren mengikut resepi yang diberikan oleh seorang otai masak memasak ni. Alhamdulillah, menjadi. Kek sudah gebu, rasa bole tahan tapi apasal ler hitam sangat kek aku tu. Ada kawan cakap, mungkin sebab oven aku tu panas sangat. Ermmm.... suhu oven semua tak sama ke?
Percubaan kedua membuat kek oren,
hasilnya kek oren syantek di dalam hitam diluar tapi sedap
Last but not least, oleh sebab kebosanan duduk rumah sorang-sorang, aku buatlah satu lagi kek marble, memandangkan bahan-bahan masih ade di rumah. Alhamdulillah, kek marble amu menjadi. Bila potong, cantik plak corak kat dalam dia. Huhu...
Kek marble yang dibuat semasa boring,
hasilnya belang-belang kek yang syantek
Lepas ni InsyaAllah aku akan terus membuat kek-kek lain yang lebih cantik dan sedap. Yang ni sekadar nak mengasah bakat aku dalam aktiviti membaking. Apa-apa pon, wish me luck...
0 comments