855 : Weekend Gateway - Segamat, Johor (Episod Pertama)

Cuti panjang minggu lepas rugi kalau dipersia-siakan tanpa aktiviti yang berfaedah. Aku sebenarnya takde merancang pon apa-apa aktiviti untuk cuti panjang itu. Tetapi sahabat ajak aku pulang ke kampungnya di Chaah, Segamat, Johor, Darul Takzim. Pada mulanya aku tak memberi apa-apa kata putus, tetapi bila memikirkan cuti empat hari tanpa apa-apa nak buat, bole mati kutu aku lepak-lepak sahaja di rumah. Akhirnya, aku ikut juga sahabat pulang ke kampungnya.

Kami memulakan perjalanan kami pada pukul 4.00 petang dari Cyberjaya, memasuki Lebuhraya Elite dan terus keluar di Persimpangan Nilai (Utara) di Lebuhraya PLUS. Kenderaan sudah banyak di lebuhraya dan menyebabkan kesesakan menuju ke selatan. Kami singgah di RnR Seremban kerana adik kepada sahabat sudah menunggu di sana untuk konvoi bersama. Tak singgah makan pon, kami terus meneruskan perjalanan kami. Lebuhraya sesak sepanjang perjalanan kami sehingga kami singgah berhenti rehat di Restoran Jejantas Ayer Keroh.

Selamat Datang ke Kampung Jawa - Gambar Ehsan Google

Kami berhenti untuk buang air, solat dan makan sebelum meneruskan perjalanan hingga ke persimpangan Yong Peng. Kami tiba di tempat yang dituju, Kampung Jawa, Chaah lebih kurang pukul 8.00 malam.

9 September 2018 (Ahad)

Lebih kurang pukul 8.00 kami telah bersiap-siap. Destinasi kami pagi itu adalah ke Pasar Minggu Chaah untuk membeli sarapan dan bahan mentah untuk makan tengahari nanti. Kami pergi dengan dua buah kereta dalam hujan yang renyai-renyai kadang kala lebat pagi itu. Lokasi pasar tidaklah berapa jauh dari kediaman kami, lebih kurang lima minit sahaja menaiki kenderaan. Katanya pasar ini hanya diadakah pada hari minggu sahaja. 

Aktiviti di pasar tidaklah meriah seperti selalu, mungkin kerana hujan pagi itu. Kami berjalan dari satu hujung hinggalah ke hujung yang satu lagi. Barang-barang dagangan adalah dari barang-barang basah seperti ikan, ayam dan daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barang-barang kering seperti bawang, kentang, cili dan sebagainya, pakaian dan makanan. Bagi aku yang dah lama tak ke pasar, agak janggal juga rasanya. Yang menariknya, makanan yang tidak sinonim dengan sarapan pagi juga ada dijual di sini seperti murtabak, roti goreng dan ayam goreng. Menurut sahabat, yang menariknya pasar ini adalah ikan akan dijual secara lambak, maksudnya, peniaga akan membuka tong-tong ikan dan pembeli akan mengambil terus ikan, sotong, udang bagai dari tong-tong itu. Aku lihat pembeli mengambil dengan kuantiti yang sangat banyak, mungkin murah harganya. Peniaga-peniaga ayam bukan sahaja menjual ayam, tetapi ada juga menjual bahagian-bahagian ayam yang lain seperti organ dalaman, kaki, leher, bontot dan sebagainya secara timbang kilo. Ko cakap je ko nak berapa kilo bontot ayam tu senah, dia bole jual. Begitu juga dengan peniaga daging. At the end of the journey kat pasar tu aku adalah terbeli dua bijik nenas yang agak besar dengan harga RM10 dan juga beberapa jenis sarapan untuk sarapan kami pagi itu. 

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami beramai-ramai keluar untuk pergi berkelah di Hutan Lipur Sungai Bantang di sebuah tempat bernama Bekok lebih kurang 30 minit perjalanan. Seperti tempat-tempat perkelahan yang lain, tempat ni pon dipenuhi pengunjung ketika itu memandangkan Johor cuti pada hari itu sempena Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Agong kita. Nasib baik kami dapat pakir memandangkan tempat meletak kenderaan yang terhad. Kami memilih tempat untuk berkelah yang berdekatan dengan sungai. Kami berkelah di bawah sahaja kerana untuk ke kawasan air terjun yang lebih cantik, kita akan terpaksa berjalan melalui denai hutan dan bukit. Tak tahulah berapa lama untuk ke kawasan air terjun itu. Apa-apa pon, kat bawah pon jadilah. Seperti biasa, air sungai sangat sejuk, baru masuk separuh badan, dah menggigil seluruh badan. Sejuk-sejuk pon best bila dapat menyejukkan badan yang kepanasan dek cuaca.



 Permandangan sekitar Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok

Sebelum pergi, mak dah siapkan bekalan makanan tengahari, nasi putih dengan ikan sembilang masak asam pedas, kerang rebus, sayur (sayur aper ntah, lupe plak aku), tempe goreng dan petai. Sedap dapat makan lauk-lauk macam tu. Lebih kurang pukul 3.00 petang, kami beransur pulang. Petang itu hujan turun dengan lebat di daerah itu, nasib baik kami dah sampai rumah sebelum hujan turun lagi. Disebabkan itu, plan untuk ke bandar Segamat petang itu terpaksa dibatalkan.

Malam itu, kami ke sebuah restoran berhampiran untuk makan malam. Untuk makan malam, aku telah memilih untuk makan Mee Bandung yang yang lain memilih mengikut cita rasa masing-masing. Mee Bandung dia tidaklah berapa sedap dan aku pernah merasa yang lebih sedap dari itu. Yang menariknya, ada sebuah gerai menjual burger yang menjual dengan harga yang amat murah. Burger Daging Spesial hanya RM4.00 sahaja dan oleh kerana murah dan terdapat pelbagai jenis burger, aku telah memesan Burgur Daging Burung Unta dengan harga RM4.00 juga. Murah sesangat. Dan apabila dimakan, aku tak dapat bezakan daging burung unta dengan burger daging, macam sama jer, tapai sahabat mengatakan daging itu berlemak lebih sikit. Apa-apa pon next time kalau ke sini lagi, nak order Burger Rusa plak. Tak pernah makan rusa... Harga RM4.00 juga ko...

... bersambung

You Might Also Like

0 comments