852 : Weekend Gateway - Cherating, Pahang (Episod Akhir)

... sambungannya

29 Julai 2018 (Ahad)

Hari terakhir percutian hujung minggu kami di Cherating. Pagi itu aku terjaga agak awal, melangkah malas menuju jendela, di luar masih gelap dan hanya kedengaran bunyi ombak menghempas pantai. Aku duduk di balkoni melihat matahari terbit perlahan-lahan. 

Melihat matahari terbit

Tiada aktiviti yang dirancang pagi itu. Sarapan pagi itu juga disponser oleh sahabat, tidaklah mewah sekadar nasi putih dan kari ayam, sosej dan baked bean, roti bakar, puding roti dan buah-buahan. Pagi itu aku bersarapan dengan roti bakar dan puding roti serta buah-buahan dan kek. Alhamdulillah, kenyang perut pagi itu. Usai bersarapan, kami hanya lepak-lepak di bilik menunggu waktu check-out.

Lebih kurang pukul 1.00 petang, kami check-out dari The Legend. Kami terus menuju ke Monica Bay. Sudah janji dengan seorang lagi sahabat untuk berjumpa di sana. Sahabat dijangka tiba lebih kurang pukul 2.30 petang. Sementara menunggu ketibaan beliau, kami lepak-lepak di sebuah gerai sambil minum ABC yang tak berapa nak sedap dan makan pisang goreng. Kemudian, kami lepak-lepak di pantai.

Pantai Monica Bay @ Teluk Mak Nik

Lebih kurang pukul 2.30 petang, sahabat tiba. Kami terus ke sebuah gerai untuk menikmati sata. Walau bagaimanapun, gerai yang kami nak tuju tu tutup pula. Terus kami mencari port lain dan akhirnya dapat juga makan sata dan keropok lekor, cuma otak-otak jer takde. Selesai makan dan membeli belah keropok di kedai itu, kami bergerak semua ke pantai Monica Bay. Tetapi akhirnya kami singgah di satu gerai lagi. Di gerai itu kami makan lagi sata, keropok lekor, sotong celup tepung dan ABC. Tetapi bagi aku sata dan keropok lekor kedai makcik mula-mula tadi lagi sedap, hehehe. Agak lama jugalah kami lepak di gerai ni. 

Menikmati sata dan keropok lekor

Menikmati sata dan keropok lekor, terima kasih kepada yang sudi belanja

Makan sata dan keropok lekor kat gerai lain plak
Tambah makan sotong celup tepung gak

Kami seterusnya sambung lepak di Pantai Monica Bay sambil bersembang dan membawang panjang. Maklumlah dah lama tak jumpa sahabat yang sorang ni. 

Kami akhirnya meminta diri lebih kurang pukul 5.30 petang. Itu pon sebab hari dah nak hujan. 

The Bestest of Friends

Kami selamat tiba di Cyberjaya lebih kurang pukul 10.30 malam selepas menempuh jem yang maha gila dari Plaza Tol Karak ke Plaza Tol Gombak.

... Muah

You Might Also Like

0 comments