856 : Weekend Gateway - Segamat, Johor (Episod Akhir)

... sambungannya

10 September 2018 (Isnin)

Sambung cuti lagi kite hari ni, dah aku masih lagi di Kampung Jawa, Chaah. Seawal pukul 9.30 pagi kami beramai-ramai keluar untuk memulakan aktiviti hari ni. Destinasi tujuan pertama kami adalah ke Restoran Kari Kambing 40 Hari di daerah Yong Peng, Batu Pahat, lebih kurang 30 minit dari tempat kami menginap. Dah banyak kali lalu-lalu di situ baru hari ini berkesempatan singgah. Pernah dulu singgah sekali, tengok-tengok kedai tu dah tutup.

Permandangan hadapan restoran (gambar ehsan Google)

Ramainya orang yang beratur untuk mengorder makanan
(gambar ehsan google)

Kami sampai di sana lebih kurang pukul 10.00 pagi dan pengunjung telah ramai dan barisan untuk mengorder makanan juga telah panjang. Nasib baik kami dapat meja untuk makan. Kami telah memesan menu utama restoran iaitu nasi arab dengan kari kambing, dan kami makan dalam talam. Dua talam kami order dan boleh dimakan seramai 10 orang dan kami juga telah mengorder dua jug air sirap. Aku yang kurang makan kambing ni pon bole belasah kambing tu, sebab sedap dan nasi dia pon sedap, Licin lah dua talam tu dikerjakan kami 10 orang. Disamping kambing, nampak juga ada orang yang order ayam dan ada juga yang makan untuk seorang dalam pinggan. Nyam-nyam...

Menu yang kami order 2 talam. Nasi Arab dengan Kari Kambing. 
Sedap la nak...

Dia saat kami melangkah pulang meninggalkan restoran tersebut, pengunjung bertambah ramai dan barisan untuk mengorder telahpun hampir ke luar restoran. Oleh yang demikian, aku sarankan kepada sesiapa yang nak pergi ke restoran tu, datanglah seawal mungkin untuk mengelakkan kesesakan dan kekesalan. Waktu perniagaan restoran itu adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 3.00 petang. InsyaAllah, akan berkunjung lagi ke sana.

Kami meninggalkan restoran itu lebih kerang pukul 11.00 lebih. Kami menuju pula ke Bandar Segamat. Sebenarnya takde apa yang nak di cari di sana, sekadar untuk berjalan-jalan melihat bandar sahaja. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Yong Peng bergantung kepada keadaan jalan kampung yang dilalui. 

Kami singgah di One Segamat dan akhirnya kami semua telah menonton wayang filem terkini yang laku keras di pawagam-pawagam berhampiran anda, Munafik 2. Tak payah la aku nak review filem tu kerana di luar sana lebih ramai orang yang boleh dan lebih layak memberi preview. Walau bagaimanapun, bagi aku filem itu tidak membosankan bagi seorang yang tak gemar filem melayu seperti aku. Perancangan awal macam nak tido jer dalam panggung, akhirnya aku menonton keseluruhan filem tersebut termasuk iklan-iklan yang ditayangkan sebelum tayangan. Yang tak bestnya, panggung tu, kerusi dia macam nak roboh jer. Hahaha.... Kepada owner panggung tu, silalah buat maintenance ye kerusi-kerusi awak. Sakit pinggang saya duduk.

Jangan jadi Munafik selepas menonton filem ini.

Selepas tamat tayangan kami menuju pula ke sebuah gerai untuk berehat yang akhirnya aku telah mengorder rojak mee dan cendol. Sedap rojak mee dia, antara yang tersedap pernah aku makan. Susah nak cari mamak-mamak yang jual rojak sedap. Kesedapan rojak ni terletak pada kuahnya, kalau kuah tak sedap, maka tak sedap lah rojak tu. Tapi yang ni sedap dan cendol dia pon sedap jugak. Boleh datang lagi jika singgah di Segamat. Nama kedai tu Cendol Segar Amat, dalam kawasan masjid (masjid ape ntah) dan sebelah sekolah cina. Orang Segamat tau kot. Member-member yang dari Segamat pon cakap, rojak dan cendol kat sini sedap.

Suasana kedai Cendol Segar Amat. Kalau nak makan
goreng-goreng pon ada, tapi kedai sebelah lah.

Rojak mee dan cendol biasa. Ada juga cendol luar biasa
seperti cendol durian, pulut, jagung dan ape ntah lagi.

Selesai menjamu selera dengan rojak dan cendol, kami beransur pulang ke Chaah. Selepas berehat dan makan malam hasil air tangan mak, kami beransur pulang ke Cyberjaya. Menu makan malam kami malam itu adalah sambal sardin, sayur kangkung kampung, dan sup ikan ayam (sejenis ikan yang rasanya macam ayam, first time aku rasa, memang macam ayam). 

Kami selamat tiba di Cyber lebih kurang pukul 11.00 malam.

OK, bye...

You Might Also Like

1 comments