447 : Catatan Perjalanan - Percutian Bersama Buaya-Buaya Sungai Melaka (Part II)
... sambungannya
25 Disember 2011
Seawal 8.30 pagi kami telah check-out dari hotel penginapan kami menuju ke tempat pakir kenderaan berhadapan dengan Menara Taming Sari. Aktiviti kami yang pertama pagi itu adalah untuk menaiki Melaka River Cruise. Tunggu punya tunggu rupe2nye kaunter tiket dia bukak pukul 10 pagi. Untuk tidak membazirkan masa menunggu, kami telah pergi melawat Muzium Samudera yang tidak jauh dari situ. Bayaran RM3 dikenakan untuk dewasa. Malas nak cerita lebih lanjut, layan sahaja gambar2 di muzium tersebut.
Lebih kurang pukul 10 pagi, kami bergegas ke kaunter tiket Melaka River Cruise. Akhirnya, dapat juga kami tiket cruise tersebut, terpaksa juga beratur menunggu giliran untuk menaiki bot itu. Ini merupakan kali kedua aku menaiki cruise ini. Bayaran sebanyak RM10 dikenekan untuk seorang dewasa dan perjalanan sepanjang cruise adalah lebih kurang 45 minit. Layanlah gambar2 yang telah diambil semasa cruise itu.
Memandangkan sudah hampir tengahari, kami telah makan tengahari di sebuah kedai berhampiran. Menu kami tengahari itu, makan sendiri bayar sendiri. Aku cume makan ayam masak aper ntah dengan sup cendawan dan tauhu. Agak mahal harga makanan di sini, nasi campur aku dengan air limau ais berjumlah RM8, ermmm... Kemudiannya kami menapak ke kawasan bangunan merah yang glemer itu. Sekadar berjalan2 di kawasan perjualan cenderahati di situ. Niat di hati nak mencari kawan untuk Cicik, alhamdulilah, jumpe juga walaupon harganya sedikit mahal berbanding harga dulu.
Kami kemudiannya berehat sebentar sambil menikmati Cendol Jam Besar. Memang sedap cendol kat sini, setiap kali aku ke bandar Melaka, memang takkan ketinggalan untuk menikmati keenakan cendol di sini.
Selepas itu kami menapak pula ke Dataran Pahlawan untuk membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Kami juga telah membeli t-shirt yang serupa untuk dipakai semasa pulang ke KL dan membeli sedikit makanan ringan tempatan. Kami meninggalkan Bandar Melaka lebih kurang pukul 2.00 petang.
Dalam perjalanan pulang, kami telah singgah di Masjid Al-Azim untuk solat dan berehat, Taman Rama-Rama Melaka dan Restoran Jejantas Air Keroh untuk berehat dan makan malam.
Tidak cukup dengan itu, sebelum sampai ke rumah, kami telah singgah pula di Kajang untuk bermain boling dan berkarok kemudian supper. Masing2 tiba di umah lebih kurang pukul 3.00 pagi.
~Salam Sayang~
9 comments
Assalamualaikum Afeezz
ReplyDeletetak cendul tu yg tak tahan tengok ... he he
Wassalam
waalaikumsalam atuk : itu yg paling sedap tuh... nyam3
ReplyDeleteSalam dekk
ReplyDeleteUniform tu dibeli khas ker hehehe
nanti2 turun Melaka nak singgah kat kedai cendul tuh.
Salam dekk
ReplyDeleteUniform tu dibeli khas ker hehehe
nanti2 turun Melaka nak singgah kat kedai cendul tuh.
waalaikumsalam kak shami : takde le tempah khas, cume kami semua minat design tu, tu yg semuanya beli design yang sama. singgah la kak, senang jer, depan bangunan merah tu jer tmpt dia.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteDgr cerita Melaka padat hujung minggu kemarin.Dua adik yg ke sana tak dpt ke mana. tak de tpt parkir. dpt pegi mydin ngan jusco je..nasiblah.
Satu panduan menarik, lain kali mama pun teringin nak ke sana.
Baca komen mama kat bawah...
waalaikumsalam mama ju : betul tu mama, jalan jem sangat, orang pon ramai giler. tempat parking jangan cakap la, sib baek kami ade pengalaman, tu yg keluar awal dpt parking yang dekat...
ReplyDeleteAku tau jeti 7....memg melucukan di mana ada seorag wanita menahan cruise tu dengan harapan cruise tersebut berhennti. Tapi malangnya driver tersebut hanya mampu melemparkan senyuman kepada gadis yg agak malang tu....ada juga yg komen mugkin gadis tu tak cukup sexy....hehehehe
ReplyDeletewow satria : mungkin anda ada bersama kot semasa wanita itu menahan cruise tersebut. tak dapat aku membayangkan kelucuan itu. kurang seksi tu aku no komen... hehehe
ReplyDelete