437 : Catatan Perjalanan, Medan - Tanah Seberang (Hari Keempat)
28 November 2011
Perjalanan diteruskan seawal pukul 8.00 pagi meninggalkan Danau Toba. Perjalanan hari ini sangat jauh menuju balik ke Medan dan dijangka sampai di Medan lebih kurang pukul 1.00 petang. Perjalanan kami hari ini dijamu dengan permandangan ladang2 getah dan kelapa sawit yang menjadi komoditi utama Indonesia dan melewati beberapa buah bandar utama di Propinsi Sumatera Utara.
Kami singgah di bandar Permatang Siantar, bandar kedua terbesar di Propinsi Sumatera Utara. Kami ke sebuah kedai yang menjual sesuatu yang dikatakan boleh menjadi cenderahati terbaik dari Indonesia untuk dibawa pulang. Tak tau plak nama kedai tu aper, tapi rasanya Paten yang menjual manisan tempatan yang unik namanya, teng-teng, pang-pang, ting-ting, tang-tang, tong-tong dan ak-am. Kami diberi rasa semua manisan itu dan membeli yang mana kita suke pada harga Rp16,500 sekotak. Aku cume membeli beberapa kotak sahaja untuk dibawa pulang, kawan2 yang lean plak, memborong sakan nampak nye.
(1) Cenderahati istimewa untuk di bawa pulang
(2) Kawan2 laen masih lagi memilih
Perjalanan diteruskan dan kami merentasi kampung2, pekan2 dan bandar. Kami tiba di Medan lebih kurang pukul 1.00 petang dan terus dibawa menikmati makan tengahari di Lubuk Idai. Makan tengahari amat mewah dan bagi aku makan di Lubuk Idai adalah yang paling best selama aku di sini. Nyam3...
Makan tengahari di Lubuk Idai
Seterusnya adalah aktiviti bershopping di Kota Medan. Tempat pertama kami dibawa adalah ke Pasar Ikan. Jangan tertipu dengan namanya, tiada seekor pon ikan yang dijual di pasar ini. Nama Pasar Ikan itu hanyalah sejarah. Banyak benda yang boleh dibeli di sini cume masanya sahaja tidak mencukupi oleh aku untuk menjelajah keseluruh Pasar Ikan. Memang syurga shopping lah kepada yang gila shopping di sini. Baju, kain, telekung, pelikat, sejadah, karpet, cenderahati semuanya ada. Tahan tak tahan kepanasan je lah di sini. Peniaga di sini ok, tidak lah seperti di Pulau Samosir, mereka menegur orang yang lalu lalang dengan baek untuk menarik pelanggan di kedai mereka. Di sini aku tak dan nak beli aper2 pon, rambang mata di buat nya, cume kawan aku membelikan sepasang telekung untuk ibunya. Seterusnya kami terus keluar, tak tahan kepanasan dan masa sudah time. Kalau anda ke sini nnt, minta lah masa yang lebih sikit.
Menuju ke Pasar Ikan
Destinasi kami seterusnya adalah ke Medan Mall. Medan Mall ni lebih kurang sama jer macam mall yang terdapat di Malaysia. Cume, Medan Mall ini terbahagi kepada 3 bahagian, bahagian depan adalah Mall moden, bahagian tengah pula seperti bazar yang menjual pakaian dan yang belakang adalah pasar basah. Aku dan kawan aku ni, berjalan sehinggalah ke pasar basah di belakang. Takde aper yang menarik di sini cume, cara peniaga buah di pasar basahnya berurusan itu agak menarik. Terpesona jugak lah kami melihatnya.
Medan Mall
Kerana masa yang diperuntukkan masih lama dan ada lagi barangan yang dihajati, kami menyusur jalan di luar. Agak jauh jugaklah kami berjalan tetapi ape yang dicari tidak juga ditemui. Kami bercadang untuk kembali ke Medan Mall semula. Malangnya bahagian bazar yang menjual pakaian itu telah pon ditutup walaupon baru jer pukul 6.00 petang. Erm.. tak dapat juga mencari benda itu.
Ni lebih kurang macam uptown jer
Pukul 7.00 malam kami berlepas meninggalkan Medan Mall untuk makan malam di sebuah hotel. Tak ingat plak nama hotel tu aper, tapi makan malam kami untuk malam itu adalah buffet style. Sedap2 juga makanan yang dihidangkan, kene rasa semuanya, kalau tak rugi. Selesai makan, kami kembali ke Hotel Madani, penginapan kami untuk malam terakhir di Kota Medan.
Makan malam
... bersambung
9 comments
Assalammualaikum
ReplyDeleteSeronoklah cuci mata dan menyopping..
mcmmana dgn anak gadis di sana? tunjuklah..
Salam dekk afezz
ReplyDeleteErmm tunggu hari kelima lakk...hehehe dah balik kut..
waalaikumsalam mama ju : rambang mata lah mama nak menyopping. mcm saya ni mane ade plan nak beli aper2.. tu yg rambang tak tau nak beli aper... mama, gadis2 di sini tetap menjadi pujaan hatiku.. hehehe
ReplyDeletewaalaikumsalam kak shami : hari kelima dah balik dah.. tapi masih ade entry gak.. tunggu....
dah bape byk abis RM buat shopping? x apa..2 minggu lagi dpt 1/2 bln gaji. heheheh...alah, org bujang, duit x abis nak makan. lain la sy yg ada anak ramai ni..
ReplyDeleteassalamualaikum daddy : hehehe... sib baek ade bonus, kalau tak payah gak. time bujang macam ni la bole 'berpoya2', dah kawen nnt kene kurangkan sket aktiviti2 macam ni
ReplyDeleteassalamualaikum bro..
ReplyDeleteaweks cana ada mcm dian sastro tak?? ke level PR kat malaysia nie aje hahahahahaha
waalaikumsalam sahrom : gadis melayu kite lebih menawan....
ReplyDeletesalam afeez,
ReplyDeletesalam ziarah, nanti az ada ole oleh utk afeez yer. Tungguuuuuu
waalaikumsalam AZ : WOW!! ye ker? I likee... thanks
ReplyDelete