441 : Kenangan Bersama Pulut Durian
Pagi tadi macam biase lah, sebelum memulakan tugas harian, pergi la melawat ke blog kawan2 yang ada update. Singgah sebentar kat blog atuk, bacalah cerita atuk pasal pulut durian (mintak izin atuk amik gambar sebelah ye). Tiba2 fikiran melayang2 teringat satu pengalaman aku tentang pulut durian ni. Dah lama bebenor kejadian ni berlaku, tapi bila diingatkan, rindu plak rasanya pada masa itu.
Tak igt tahun berapa bende ni berlaku. Zaman tu aku masih lagi bergelar pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanah air. Nak dijadikan ceritanya, kami beberapa orang telah bermalam di rumah seorang rakan di Guar Cempedak, daerah Yan di Kedah. Pagi itu kami telah bersarapan pagi di rumah sahabat tu. Antara juadah yang dihidangkan adalah pulut, durian, santan, dan gula. Kami hanya melihat sahaja juadah yang dihidangkan. Aku pandang dia, dia plak pandang member yg sorang lagi sambil tersenyum2 tanpa bicara. 'Makan la... makan la', pelawa kami kepada sahabat2 yang laen. Semuanya masih lagi tersipu2.
Melihatkan gelagat kami, akhirnya ibu sahabat tu pon bersuara, 'Eh.. makan lah, ape yang tengok2 je tuh?...'
Seorang dari kami seraya menjawab sambil tersipu2, 'Tak reti makan makcik...' disambut gelak ketawa kami plak... Maklumlah, 3 org drp kami dari Selangor dan seorang lagi dari Johor. Maner lah penah jumpe hidangan istimewa macam ni kat sane.
Akhirnya tuan rumah pon demo lah cara nak prepare dan makan hidangan ni. Kami pon try.... Erk.. tak tertelan la plak aku. Mungkin first time makan pulut durian macam ni. Akhirnya, aku belasah durian jer untuk sarapan pagi hari itu. Ape2 pon terima kasih kepada tuan rumah kami hari itu.
9 comments
Assalamualaikum Afeezz
ReplyDeletepatut le pulut durian yg dihidangkan pagi tadi tak terusik...he he
Wassalam
waalaikumsalam atuk : durian jer yg habiskan, pulutnya byk lagi.... hehehe
ReplyDeletesalam afeez
ReplyDeletehari tu, kak as hidangkan az pulut pagi dengan ikan pekasam. best siotttttt
Salam dekk afezz
ReplyDeleteAdoaiii..hehehe
memacam pulut ada di kreatifkan orang kedah
Pulut kukus ikan tamban & nyiok ( kelapa parut)
Pulut ngan mangga + santan
Pulut dengan buah cempedak + Santan
Pulut dengan pisang + santan
Pulut + air garam + durian
Pulut kuah durian
bagai2 diorang buat menu pulut heheh
waalaikumsalam AZ : tak pernah pulak rasa, ikan pekasam tu macam aper?
ReplyDeletewaalaikumsalam kak shami : yg laen2 tu tak penah rasa plak kecuali pulut ngan kuah durian tuh....
assalamualaikum afeezz...
ReplyDeleteko tau tau mertua aku kan org kedah..bile lik kampong, memang aku tak reti nak makan pulut durian nie..serius aku mmg tak makan beb..
aku cuma makan durian je hahahahahahaa
p/s: org jawa mana reti makan pulut durian huhuhhhh
waalaikumsalam sahrom : sejak2 kejadian tu, dan sejak2 dah meninggalkan utara ni, takde plak aku jumpe lagi pulut durian macam tu lagi. kalau ade orang hidang, rasanya nak cube gak...
ReplyDeletenmpk sedap.. tp saya xsuka pulut. semua jenis pulut mmg xsuka.
ReplyDeleteassalamualaikum dunhill guy : laa... awatnye tak suke. sedap la pulut... nyam3
ReplyDelete