440 : Ikan Bakar + Boling + Karok + Piknik + Durian = Lotih Den..
Penat, letih dan mengantuk. Banyak tol aktiviti hujung minggu ni, jauh tol perjalanan. Ape2 pon sangat enjoy dapat bersama kawan2 dan mengisi masa terluang hujung minggu dengan perkara2 yang berfaedah.
10 Disember 2011
Kawan2 merancang nak pi dinner makan ikan bakar. Sepanjang minggu dok rancang, tapi semua macam main2 jer, nak pi ke taknak ni? Jadi ke tak? Cari2 dalam internet tempat2 makan ikan bakar yang best sekitar sini. Ade lah dalam 2-3 tempat yang menarik perhatian. Jadinya kami setuju nak ke Medan Ikan Bakar Tasik idaman.
First time sampai sini, jauh bagai nak rak rasanya. Luas kawasan nya dan menunya nampak menarik. Siap ade karaoke lagi malam tuh. Malam tu kami telah order ikan bakar - cencaru, kembung dan pari, tomyam ayam, kailan ikan masin, telur dadar, udang goreng tepung dan air tembikai (makan biase2 jer pasal bajet ciput). Alhamdulillah, licin sampai tidak dikenali lagi ape bende yang kami makan, berkat menahan lapar sejak siang kot.. hehehe...
Bagi aku ok lah makanan kat sini dan semuanya cume RM107.00 sahaja. Suasana jer happening sket dengan karaoke (yg tak best langsung semua orang nyanyi) dan layan gerhana bulan.
Memandangkan malam masih muda bagi kami yang semuanya masih solo, single and available ni, kami menuju ke Kajang untuk berkarok pula. Aku yang tak pernah masuk karok ni, follow je lah. Sampai tempat yang dituju, kami tak berkarok, sebaliknya kami pergi bermain boling. Hehehe.. lama sungguh rasanya tak maen boling. Member2 semuanya nampak begitu sporting malam ni. Siapa ya yang menang malam tuh?
Kemudian barulah kami berkarok... layanzz...
Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi, tapi semuanya masih bertenaga. Sib baek fun fair dah tutup, kalau tak kami singgah fun fair plak. Dalam perjalanan pulang kami singgah di satu tempat makan berhampiran Stadium Kajang, sekadar minum sahaja setelah penat berkarok. Kat sini ade karok gak, lebih best penyanyi2 kat sini berbanding kat Tasik Idaman.
Sampai rumah hampir2 pukul 4.00 pagi, tido umah member jer malam ni memandangkan dah lewat sangat untuk balik ke umah. Nyaris2 kami ke Genting plak pagi2 buta itu... hahaha
11 Disember 2011
Masih lagi kat umah member. Hari ni kami berpiknik pulak. Wah.. rajin betul mereka, siap masak2 lagi tuh. Terima kasih Lina, terima kasih Siti, sedap masakan awak. Dalam pukul 4.00 petang, kami bertolak ke Hutan Rekreasi Sungai Takala. Agak jauh gak lah perjalanan kami petang itu. First time gak aku sampai ke sini, tempat yang best untuk mandi manda tapi kebersihan nampak nyer tidak diurus dengan baik.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah plak di salah sebuah gerai menjual durian. Layan durian plak 3 bijik.. perghh heaven bak kata Siti. Terima kasih Siti...
~Salam Sayang~
14 comments
salam dekk
ReplyDeleteSesekali bawalah mak dan anak2 sedara datang sebelah Rawang ni lakk...heheheh
waalaikumsalam kak shami : insyaAllah, satu hari nnt smpi juga. siap bawak satu kampung lagi... hahah
ReplyDeleteSalam .Medan ikan bakar tasik idaman tu dekat sgt dgn sekolah cm.amboi meriahnyer hidup org bujang balik kul 4pg takde sapa yg bising
ReplyDeletewaalaikumsalam CM : next time kalau sampai sana lagi, bole la pow cm plak kan... hehehe..
ReplyDeletemeriah kak.. mau join ka? marilah
Assalamualaikum Afeezz
ReplyDeletewahhhhh.....2 hari penuh makna tu....
bajet ciput..tapi bebaloi..he he
Wassalam
waalaikumsalam atuk : memang berbaloi.. kenyang makan.. next time nak cube ketam plak.. nyam3
ReplyDeletesuatu masa dulu.. sg tekala sering menjadi tempat merehatkan fikiran saya..rindu plk rasanya..
ReplyDeleteassalamualaikum en. a.samad : sekali sekala bawak2 la berkunjung ke sana lagi.. masih cantik dan mmg sesuai untuk bersantai ujung minggu
ReplyDeletemeriah yer. alhamdulillah
ReplyDeleteassalamualaikum AZ : memang meriah... hehehe
ReplyDeleteSungguh padat jadual anda.
ReplyDeleteassalamualaikum encik dunhill : padan dengan aktiviti2 menyeronokkan...
ReplyDeletediulangi lagi.. wah sudah pandai berkarok skrg.... nyanyi lagu ape.. xcite pun...
ReplyDeletekwang3... nak tau ke lagu ape aku nyanyi.... salah satu drpnya, Ayam den Lapeh.. hoi.. hoi... ayam den lapeh... hahahha
ReplyDelete