448 : Catatan Perjalanan - Dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu Ke Kuala Terengganu Ke Kuantan Dan Ke Kuala Lumpur Semula (Hari Pertama)

Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semuanya terutamanya pengunjung2 setia blog aku ni. Semoga tahun ini lebih baek dari tahun sebelumnya dan mudah2an kita dilimpahkan setiap kurnia dan berkat yang diciptakan olehNya untuk manusia. InsyaAllah.
Di penghujung tahun lepas, aku berpeluang sekali lagi untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Kalau ada kaki, semuanya jadi. Percutian aku kali ini tidak dirancang, takde plan, takde booking ini dan takde booking itu, hanya mengikut kehendak hati dan akal fikiran. Percutian a.k.a pengembaraan aku bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu seterusnya ke Kuala Terengganu dan ke Kuantan kemudian balik semula ke Kuala Lumpur.
29 Disember 2011
Pengembaraan kami bermula lebih kurang pukul 10.00 pagi menuju ke Kota Bharu. Perjalanan kami santai sahaja sambil menikmati permandangan desa dan ditemani hujan renyai kadang kala lebat di satu dua tempat. Ini merupakan kali pertama aku memandu ke KB dan perjalanan agak mencabar. Terasa sangat jauh perjalanan ini dan rasanya ini merupakan pemanduan aku yang paling jauh. Kami berhenti sebentar di Gua Musang untuk makan tengahari walaupon masa ketika itu sudah pon lebih kurang pukul 3.00 petang. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Krai dan tiba di Kota Bharu lebih kurang pukul 6.00 petang.
Kami sepakat untuk mencari penginapan malam itu di sekitar kawasan Wakaf Che Yeh memandangkan kami bole berjalan2 di sekitar kawasan itu pada malam hari. Tidak susah untuk mencari penginapan di sini kerana terdapat beberapa hotel yang boleh di sewa. Kami telah menyewa bilik di Polyland Inn dengan bayaran sebanyak RM89 semalam. Biliknya bersih, moden, selesa dan yang penting hotel ini milik orang Melayu kite. Lagi yang best, keluar jer dari hotel ni, terus pasar malam Wakaf Che Yeh tu, tak perlu jalan jauh. Malam itu kami makan malam di gerai di Wakaf Che Yeh dan kemudian jalan2 sambil cuci mata kat pasar malam itu.
Permandangan Wakaf Che Yeh dari tingkap bilik
Makan malam di salah sebuah gerai
... bersambung

You Might Also Like

8 comments

  1. Assalamualaikum Afeezz

    saya baru sekali aje pergi ke Wakaf Che Yeh tu....
    teringin nak pergi lagi

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam atuk : kalau nak beli2 baju kat situ memang banyak pilihan, sediakan duit je lah.

    ReplyDelete
  3. bakpo tak royak awal2 nak maghi kelate? kalu dok buleh doh kito juppo...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum daddy, waalaikumsalam azie : nak mintak maaf la pada orang Gua Musang pasal dok royak nak maghi klate. bukannye aper.. takmo mengganggu.. hehehe insyaAllah next time akan ku royakkan seantero klte kalau ambo nak maghi..

    terima kasih aper azie?

    ReplyDelete
  5. Aslkm

    Jalan2 satu Msia...sambil mencari ke?..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum AZ : perjalanan yang memenatkan tapi seronok...

    waalaikumsalam mama ju : mencari aper tu mama???

    ReplyDelete