314 : Mari Menonton

Tahap kesihatan aku semakin baik. Alhamdulillah. Sakit tekak sudah hilang sepenuhnya, terima kasih kepada Dequadine. Cume batuk jer tak hilang2 lagi, bertambah teruk bila waktu malam, rasa macam nak terkeluar anak tekak. Terganggu waktu tidur ku.

Semalam berkesempatan menonton wayang filem The Chronicles Of Narnia : The Voyage of The Dawn Treader in 3D. Tak merancang pon nak menonton filem ni semalam, sepatutnya nak bermain boling, sebaliknya termenonton plak. Walaupon bayaran tiket yg dikenakan agak mahal kerana 3D, kami tetap menonton kerana tak tau bile lagi nak menonton filem ni. Ini adalah kali pertama aku menonton filem 3D di panggung.

Bagi peminat2 filem The Chronicles Of Narnia, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini kerana ia tidak sama dengan 2 filem sebelum ini. Filem ini mengisahkan bagaimana Edmond dan Lucy Pevensie bersama seorang sepupu mereka telah dibawa ke Narnia sekali lagi dan mengembara di atas kapal Dawn Treader bersama King Caspian untuk mencari tujuh orang Lord yang telah hilang. Pengembaraan mereka telah membawa mereka ke beberapa buah pulau dan mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan. Apakah dugaan2 yang terpaksa dilalui oleh anak2 kapal Dawn Treader? Saksikan di pawagam berhampiran anda. Tarikh tayangan bukan 3D bermula pada 9 Disember 2010.

Bagi aku, cerita ni sangat menarik dari segi kesan efek 3d dan grafiknya. Tetapi jalan cerita agak perlahan dan kurang aksi lawan2 tidak seperti 2 filem sebelum ni. Walau bagaimanapun filem ini tidaklah seboring filem Harry Potter and the Deathly Hollow Part I yg aku tonton bulan lepas. Aku bagi filem ni 4/5 bintang.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

11 comments

  1. as salam ziarah sahabatku afeezz..satu2nya keunikan pada blog hang nie yang aku perasan ialah hang cukup suka membuat preview film..syabas kerana ia telah memberi info kpd golongan yang jarang tgk wayang mcm aku nie..trima kasih atas info ini ya

    ReplyDelete
  2. ini nak marah ni komen pasal harry potter!!!!!!!!!!! ceewah

    wow nk tgk tp xda masa. wow 3D. aku xleh nk tgk sangat 3D kalu pakai spek. mengganggu mata aku. juling2 mata aku bile tgk cite yang 3D. Kena pakai lens ok.

    ReplyDelete
  3. wsalam sahabatku sahrom : aku ni nak preview byk2 bukannya pandai sgt. tu yg selalunya aku tulis "saksikan di pawagam2 berhampiran anda jer". tapi rasanya tak sia2 aku post preview2 filem ni, at least dpt memberi info pada mereka yang tak berkesempatan nak menonton kat wayang kan, macam ko lah... hehehe

    ReplyDelete
  4. wow mr. dunhill, tak habis2 lagi marah ko kat aku pasal harry potter tuh.. hehehe... chill bro.

    ni 1st time tgk 3D, sakit gak mata dan telinga nak pakai spek 3D tuh. tp spek tu cool lah, igt nak rembat jer sebijik...

    ReplyDelete
  5. wat pe nk rebat. xbaik ok. dah nk maal hijrah ni... ok.. :P

    iyer la marah!!!

    http://dunhillguy.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. ops... kan dah kene nasihat ngan abe ed.. tu lah, tak baek merembat2 ni kan...

    jgn le marah, harry potter tu mmg tak best pon, bosan

    ReplyDelete
  7. mungkin ko xpenah baca buku dia kot. storyline dia better dari narnia ok.!

    ReplyDelete
  8. sori lah, aku ni tak suke membaca, so aku tak tau le maner yg best maner yg tak. aku tgk filem jer...

    ReplyDelete
  9. Salam Afeezz,

    Owh seronok eks Narnia tuh..ok2x
    Selamat Menyambut Maal Hijrah..

    ReplyDelete
  10. tgk iklan je baru...nk pegi pawagam sini,wasalam laa...dgn bau ketiak semua cukup kan..ahahhaa! nnti tunggu dvd kuar,xpun balik msia nnti laa tgk jawabnya...hihihi

    ReplyDelete
  11. wsalam syima : seronok... pi le tgk. Salam Maal Hijrah juga...

    salam anis : hehehe.. pawagam saner tak macam kat sini ker? mungkin panggung lama kot. hahaha.. beli dvd je lah, by the time awak balik sini, dah takde kot cite ni kat panggung..

    ReplyDelete