316 : RM300

Akhirnya dapat juga aku melunaskan saman2 tertunggak aku yang berjumlah RM300. Free2 jer memberi polis RM300. Nasib baek ade diskaun 50%, klu tak mampus aku nak bayar RM600. Niat di hati nak bayar guna MyEG tetapi niat suci murni aku tu terbantut setelah beberapa kali online MyEG, sistem akan hang tatkala hendak memilih mode pembayaran. Khuatir akan perkara2 yg tidak diingini berlaku aku memutuskan untuk membuang masa beratur di kaunter untuk membuat pembayaran.

Sabtu lepas aku dengan seorang kawan telah pergi ke Kaunter Trafik di The Curve. Memandangkan sabtu lepas, Selangor cuti, maka kami berfikir bahawa Kaunter Bayaran Saman Trafik di IPD Gombak pon turut tutup juga, sebab tu lah kami ke sini. Ingatkan tak ramai orang, rupa2nya panjang juga barisannya pada petang itu walaupon masa untuk pembayaran tinggal 1 jam sahaja lagi sebelum ditutup. Yang tak berapa cerdiknya, kaunter pembayaran hanya 1 sahaja yg buka. Ditambah pula dengan orang yang samannya berjela2 panjang menambahkan lagi kesesakan dan menjadi faktor penyebab kelewatan.

15 minit sebelum kaunter ditutup, seorang pegawai bertugas memaklumkan kepada orang ramai bahawa kaunter akan ditutup pada pukul 6.00 petang walaupon masih terdapat kira2 30 orang di dalam barisan. Perkara ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan orang ramai yang rata2nya telah beratur hampir 1 jam. Orang ramai mula bising menyalahkan itu dan ini. Ada yang terus beredar dan ade yang masih setia di dalam barisan. Aku mengajak kawan aku blah sahaja dan datang keesokan harinya, tetapi kawan aku tu tidak mahu berganjak. Alhamdulillah kami menjadi orang yang terakhir membuat pembayaran sebelum kaunter ditutup. Mereka dibelakang kami mula kecoh dan seperti nak merusuh. Nyaris tak roboh kaunter tuh. Hehehe



Suasana Kaunter Trafik pada petang itu


~Salam Sayang~

You Might Also Like

9 comments

  1. wah sekarang semua berpusu2 nak bayar saman...ada diskaun kan..

    ReplyDelete
  2. wow cik kancil, time diskaun le baru nak bayar, klu tak melayang rm600. same le cam shopping, time ade diskaun le baru nak shopping kan... heheh

    ReplyDelete
  3. salam abang
    diskaun 50% kan??? selebihnya boleh azie mengepau abg.. hehehehehe

    ReplyDelete
  4. wsalam azie : pow?? eh.. tak malunye dia...

    ReplyDelete
  5. tahniah!! akhirnya hang sudi bersedekah kpd kerajaan la...la, apa la sgt rm 300 tue kan..yg penting, nama clear hahahah...

    ReplyDelete
  6. salam sahrom : hahaha... suke ko yer! actully dah kene black list pon aku, sib baek masih dpt diskaun tuh. road tax pon dpt renew 6 bulan jer, ni nak pi apply lagi 6 bulan... heheh

    ReplyDelete
  7. salam abg

    sesekali mengepow.. hehehehe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Afeezz

    Alhamdulillah
    tiada hutang lagi...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. wsalam azie : hehehe... sesekali le tak bole, pasal nnt nak selalu... huhu...

    wsalam abg : alhamdulillah... hutang cik siti jer masih banyak lagi.. hehe

    ReplyDelete