315 : Setahun Sudah Berlalu
Hari ini 8 Disember 2010, genaplah setahun aku bersama dengan Cik Siti Nur. Dalam masa setahun ini telah jauh Cik Siti Nur berjalan. Mileage Cik Siti Nur sudah menghampiri 21000km. Cik Siti Nur telah pon sampai ke Johor Bharu dan Pulau Pinang. Cik Siti Nur juga telah sampai ke Melaka, Port Dickson dan Bukit Tinggi. Setiap hari aku aku membawa Cik Siti Nur ke pejabat memandangkan jalan yang aku lalui setiap hari tidak jem seperti jalan2 lain di Kuala Lumpur ini. Sehingga kini Cik Siti Nur tidak pernah membawa apa2 masalah kepadaku. Cik Siti Nur telah dua kali terlibat dalam kemalangan kecil, mempunyai calar di bumper kiri depan dan kerosakan di bumper kanan depan yang mana aku belum lagi membawanya untuk diperbaiki. Sepanjang setahun ini jugalah Cik Siti Nur telah 3 kali disaman. 1 saman parking di Pasar Borong Kuala Lumpur dan 2 lagi saman speed trap di Jalan Ipoh dan Taiping. Yang mana ketiga2 saman masih lagi tertunggak (hehehe) akan dilunaskan sementara masih ade diskaun yang diberi.
~Salam Sayang~
~Salam Sayang~
14 comments
Assalamualaikum Afeezz
ReplyDeletebila la agaknya set depan cik siti nur tu nak diduduki .....
he he
Wassalam
wsalam abg rozali : bile bukan persoalannya, soalnya siapa?
ReplyDeleteWow tahniah... dah setahun yer.. wow jauh juga kete kesayangan ko tu dah menjelajah.
ReplyDeletepersoalan siapa yang nk duduk depan tu.. tanya diri sendiri ler.. aiyoo g tanya org lain, macam mana orang lain nk jawap?
jangan lupe bawak aku round-round nnt
makaseh
http://www.dunhillguy.blogspot.com
wow ed... tu lah, sejak2 ade kete ni, panjang jer kaki aku pi jenjalan.. hehehe... persoalan tu biarlah rahsia dulu... bawak ko round2 ke stabak bole ker?
ReplyDeletebole bole... tgk la kalu ada kesempatan... nk merasa gak naik city, sebab slalu drive civic aje. nk jugak tengok perbezaannya.. siyes ni aku tak penah naik city baru ni..
ReplyDeletesalam abg..
ReplyDeletetapi cik siti belum lagi abg bwk turun kelantan...
ed : nak naik city ker? tgklah yer, klu ade kemasaan nnt aku bawak ko jalan2... huhu :P
ReplyDeleteazie : insyaAllah, akan wat perancangan pi ke Pantai Timur plak nnt
ye ler.. dh setahun, sikit pun x undang aku untuk naik city ko tu...
ReplyDeletejakun ni xpenah naik city lagi ni
Salam Afeezz,
ReplyDeleteTerima kasih sbb dah dua kali rasanya merasa naik Cik Siti Nur..nak tunggu sendiri punya lambat lagi huhu..
ed : hahaha.. aku penah undang aper, ko jer yg jual mahal masa tu pasal ko takut aku pow ko macam2 kan... hahahah
ReplyDeletesyima : tak pernah naik Big Green Apple lagi....
as salam ziarah..aku dpt rasa sport rim cik siti nur pun dh ok dah hehheheh
ReplyDeletewsalam sahrom : yg hang nak pi rasa sport rim tu wat per?? hehehe
ReplyDeleteSalam dekk afezz
ReplyDeleteKalau meter cik ct nur dah cecah 21000km..berapalah agaknya meter kaki kita berjalan kat dunia ni aa kan...hihihih..dalam berjalan2 tu blum lagi jumpa si dia tut** kan..hehehe
wsalam kak shami : meter cik siti telah pon mencecah 21k km semalam dan patut diservis. tp nak tunggu gaji dulu baru nak pi servis. jauh perjalanan luas permandangan kak shami, tp masih belum jumpe yang menambat di hati.. hehehe
ReplyDelete