321 : RM300,000
Kepada penjawat2 awam mesti tahu apa itu Peruntukan Vot 35000 atau Objek Sebagai 35000. Peruntukan ini adalah peruntukan yang dipohon oleh jabatan bagi perolehan aset. Untuk tahun 2011, unit aku telah diluluskan OS35000 sebanyak RM300,000 setelah beberapa tahun unit aku tidak diluluskan walau sesen pun permohonan untuk vot ini. Sepanjang aku berkhidmat di unit ini, ini adalah kali pertama kami diluluskan vot sebanyak ini. Wow !!
Kami telah diminta untuk menyenaraikan peralatan2 yang akan dibeli untuk tahun hadapan oleh Pejabat Bendahari. Bos telah memanggil aku untuk membincangkan perkara ini. Aku memaklumkan kepada bos bahawa kita pernah membuat permohonan untuk peruntukan ini bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 dan kita perlu semak semula permohonan yang telah dibuat. Aku juga memaklumkan bahawa beberapa peralatan tersebut telahpon diperolehi pada tahun ini, makanya tidak perlu untuk membeli lagi pada tahun hadapan. Aku turut memaklumkan bahawa kita pernah memohon untuk pembelian Mechanical Mobile File Cabinet, Pharmaceutical Refrigerator dan beberapa peralatan perubatan dan peralatan2 ini boleh dibeli menggunakan peruntukan yang telah diluluskan ini.
Bos macam tak teruja dengan apa yang aku cadangkan. Sebaliknya bos mencadangkan agar dibeli sebuah lagi Ambulan. Dahi aku mula berkerut. Kenapa nak dibeli lagi sebuah ambulan? Sekarang dah ada 1, 1 lagi dalam proses perolehan. Kalau dibeli lagi satu, sudah ada 3 buah. Siapa pulak nak memandunya? Pemandu ada sorang jer. Mabuk ape bos aku ni. Aku malas nak membantah, since rekod aku dengan dia pon telah sedia buruk. Bos kemudiannya menyerahkan pada aku untuk mencadangkan perkara2 yang perlu dibeli dengan peruntukan tersebut. Sebelum aku meninggalkan bilik bos, dia mencadangkan pulak pembelian sebuah kereta ala2 Alza untuk kegunaan staf melakukan tugas2 luar. Dalam hati aku 'What the f***'. Secara spontan aku berkata, 'U nak beli kenderaan banyak2 ni buat aper? Bendahari bole query tau kenapa kite nak beli kenderaan banyak2'. Bos tak berkata apa2.
Bila aku menyerahkan cadangan aku, aku tak masukkan langsung Ambulan dan Alza tuh, sebaliknya aku meletakkan perolehan keperluan pejabat sehingga RM100,000. Selebihnya untuk perolehan kelengkapan perubatan. Aku dengar bos tak setuju dengan cadangan aku. Tapi masalahnya dia tak bagitau aku pon. Sebalinya dia pergi bising kat orang lain. Ini lah perangai bos aku tuh. At the end of the day, aku tanya kerani kewangan aku pasal bende ni. Dia kata, bos takde cakap ape2 pon, dia setuju je.
~Salam Sayang~
9 comments
aslkm anakanda
ReplyDeleteAfeez,macammana nak sabar ek?
tapi afez tak takut ke boss baca?
Macammana dia fikir ya? ...
SALAM,
ReplyDeleteBILA MEMBACA N3 INI, TERINGAT MASA KERJA DULU2. MEMANG SELALU TIMBUL MASALAH SEBEGINI. KEPERLUAN ORANG BAWAHAN TAK DIDENGAR, TETAPI KEPERLUAN SENDIRI YANG DIIKUT. SABAR DAN TERUSKAN MEMBERIKAN DEDIKASI TERHADAP TUGAS KERANA ALLAH TAALA. INSYAALLAH, ALLAH AKAN MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA
salam afeez,
ReplyDeletetahniah, peruntukan yang dipohon diluluskan.
sokong mamaju, apa kata kalau boss u baca .............(ada ku kisah ke yum yum)
kenapa msg az , afeez x reply? bz yer
Salam Afeezz,
ReplyDeleteKnp sy tatau pun pasal VOT tue? Huhu
Tak apa, slps nie sy akan cuba ambil tahu sbg ilmu.
Tahniah, finally boss setuju dgn proposal awak..sy rs dia takde bantahan cuma bad history betw u and him yg buat dia takmo mengalah a.k.a Ego huhu
wsalam mama ju : sabar je lah mama, nak wat camne, kite keje kat situ. bole bg cadangan jer selebihnya terserahlah pada bos. Mama, bos sy tu buta IT. hehehe
ReplyDeletewsalam saudara : itu lah, mungkin klu kite berada di atas sana, kite pon akan wat bende yang sama. takpe lah, janji kite telah menjalankan tugas kite.
wsalam AZ : klu dia baca pon ade sy pedulik? lantak lah... semalam kredit takde la AZ...
ReplyDeletewsalam syima : hahaha... kene dok bahagian kewangan lah baru tau. bukan vot35000 jer, 27000, 382000 dan ntah ape2 vot lagi.. biar lah bos tuh, janji sy dah lakukan tugas sy...
Assalamualaikum Afeezz
ReplyDeletebias la afeezz
macam saya orang bawah lagi bawah ni
terima arahan ajer
Wassalam
assalamualaikum bro..tahniah!! entri yg sgt2 berani...aku pun tiada keberanian nak buat entri cenggini..mmg hang superb la...
ReplyDeleteaku tau serba sedikit pasal vot2 nie tp takla se expert hang..syabas..
wsalam abg rozali : nak wat camner kan, kite mentinum, menggolek kite kene, digolek pon kite kene... sabar jer lah
ReplyDeletewsalam sahrom : hahaha... entry berani mati ni. tp aku tau yg boss aku tu buta IT.. tu yg berani tuh... hahaha